Thursday, January 31, 2013

Cushion cover kotak nenek

Hello... Assalamualaikum....

Hari ni Sulaiman tak pi sekolah. Semalam masa dia balik, dia nangis. Cikgu dia pun kata, Sulaiman mintak balik dari pagi. Rupa-rupanya dia demam. Bawa ke klinik petang semalam, tinggi juga, 38 C. Hari ni dia ok sikit. Banding semalam balik sekolah, dia baring je. Cikgu dia tak call pun semalam, bagitau Sulaiman sakit ke apa. Kesian la pulak. 

Ni gambor 2 minggu lepas, Amirul bukan main semangat nak pakai uniform PBSM nya.

Amirul, senam diri!


Yati dulu masa sekolah menengah, masuk PBSM juga. Masa sekolah rendah, Puteri Islam. Hehe.. korang masuk kelab apa? ^_^

Yati ada siapkan granny square cushion cover. 

Depan
Belakang
Zip dan ada lining di dalam.
Ni pertama kali Yati buat corak granny square ni. Perasan tak, tengah punya square senget. Bila dia dah makin besar, baru tak senget. Lagi satu kesilapan, mulut cushion cover ni macam ternganga. Patutnya, Yati jahit zip dan lining tu lebih atas, supaya sisi oren dan biru tu jadi rapat bila kita tutup zip. Ini position dia ke bawah sikit, jadi macam mulut tak tutup rapat. Hehe.. takpe, lain kali Yati cuba improve. Nak masuk kedai juga ni, as ready stock.

Ok, hingga jumpa lagi. Take care!

Sunday, January 20, 2013

Amirul 10 tahun

Assalamualaikum... hi...

Minggu ni adalah minggu yang paling sibuk. Ada satu hari dalam minggu tu, budak-budak habis sekolah waktu berbeza, jadi sampai 3 trip ambik anak sekolah, dan 16 haribulan Januari lepas, birthday Amirul yang ke 10.

Amirul dengan Sulaiman. Hafizan tak nampak pala, kat belakang.

Aunty pun ada datang dari KL. Belikan aiskrim kek untuk Amirul.

Aunty ambik gambar
Seronok Amirul, dapat hadiah ipod dari aunty. Keesokannya, mama pulak bawa cupcakes ke kelas Amirul, masa waktu rehat sekolah, bagi kawan-kawan Amirul makan.

Harap Amirul lebih semangat lepas ni. Belajar bersungguh-sungguh, di sekolah baru. Juga rajin ngaji, Quran baru juzuk 10 ni.

Sebab kami tak jumpa kelas ngaji yang dekat, Yati yang tengok anak-anak ngaji lepas maghrib sekarang. Ada kelas, tapi nak menghantar waktu malam, husband pula kerja shif, time dia kerja malam, saya takut mau drive malam... huhu...

Sebelum ni takde la sesibuk ni. Tapi sebab dah tambah satu lagi kerja jadi driver ni, sibuk la sikit, tak dapat nak online.

Yati ada kait satu bekas botol air untuk Amirul bawa ke sekolah.



Color benang pilihan Amirul, dan dia request nak panjang talinya. Lama juga nak siapkan, seminggu. Hehe.. pattern ikut sesedap rasa.

Macamana kawan-kawan manage masa ya, pada yang jadi driver, yang bekerja, bangun pukul berapa dan tidor pukul berapa? Nak masak, nak mengemas, nak bercucuk tanam lagi (bukan farmville ya, siram pokok kat rumah ler)? Yati setakat ni, memang tak dapat nak cari masa lagi. Rasa bila pukul 9 malam tu, otak dan badan dah letih. Kena tidor, untuk bangun awal esoknya. Pernah tidor paling lewat pukul 12, tapi esoknya jadi blur blur sikit.

Ok la. Selamat ya semua, dan semangat, live life to the fullest! ^_^

Saturday, January 12, 2013

Bye, Seri Iskandar..

Masa minggu sekolah, rasa cepat saje masa tu berlalu, kan. Hari anak sekolah, pukul 9 malam mata ni dah ngantuk dah. Hari tu masa tengok Juara Lagu, Yati tertidor masa keputusan tu. Tidor duduk di sofa. Heee.. sedor-sedor tengok Aizat nyanyi lagu, dan credits pun naik. Cuma tahu Aizat - Terukir di Bintang menang Juara Lagu, lain keputusan tak tau. Paper pun tak sempat nak baca.

Hari Jumaat, lepas budak balik sekolah, kami balik Seri Iskandar sat. Pergi cuci rumah. Sempat makan di mamak vanggey, sambil buang sampah di tong sampah besor. Kalau nak letak semua sampah depan rumah, semak la pulak.

Lawa la tu, Hafizan, buat muka macam tu. Boleh nampak gigi yang patah tu.  Peberet Hafizan, tosei garing.

Control je Amirul ni...
Sulaiman budak busyuk masam-masam..
Lepas makan, cuci rumah pula. Semua dah kosong. Banyak barang kami jual, sedekah kat jiran, dan yang buang pun banyak juga. Sebab mana lah muat nak bawa semua ke rumah arwah ma. Siap cuci semuanya, hari pun dah gelap.

Budak-budak ni tak bole duduk diam la. Itu Yati, dengan anak-anak. ^_^

Sempat jumpa jiran tetangga yang ada di rumah petang tu. Mana lah tahu, lepas ni tak jumpa lagi. Sayang juga, sebab dah lama duduk menyewa kat sini. Sejak Yati mengandung Hafizan kami pindah Seri Iskandar, dari KL. Jadi, lebih kurang 7 tahun juga duduk sini. Sejak jalan 2 lane, sekarang dah 4 lane. Sejak tak ada banyak kedai, sekarang dah ada macam-macam, macDonald's, KFC, Tesco. Sedang dalam pembinaan sekarang, pusat beli belah, dengornya dia nak buat macam Nilai 3, Billion pun akan dibuka nanti, ada wayang dan pusat bowling. 

Masa mula datang sini, tak banyak pokok besor. Rasa panas sangat, dah la banyak lombong kawasan sini. Sampai masa Hafizan lahir, naik habis ruam-ruam kat badan dia, sebab panas.

Suka juga duduk sini, sebab takde jalan jem. Pasar malam pun tepi rumah saje. Anak sekolah, ambil jalan kaki saja. Amirul pergi sekolah naik basikal. Tapi dah pindah Lumut ni, tak boleh la benda tu semua.

Dari segi kait, tak berapa produktif sangat. Unpack kotak pun tak habis lagi. 

Ok.. selamat ya semua, take care! ^_^

Friday, January 04, 2013

baru..

Assalamualaikum... hai..!

Dah tak tau apa nak tulis, lama sangat tak update blog. Semuanya serba baru, tahun baru, rutin baru, anak-anak sekolah baru, Alhamdulillah.

Walau pun budak-budak terlambat masuk sikit masa hari pertama sekolah. Hafizan nak masuk darjah 1, hari pertama tu dia baru buat ujian, padahal budak-budak lain dah buat masa hari Isnin sebelumnya, kan. Rezeki dia, dapat kelas nombor 1.

Percaya atau tak, Yati takde gambar anak-anak masuk sekolah la. Sibuk punya pasal. Anak nak masuk sekolah, tapi macam Yati yang nak masuk. Malam sebelumnya, tak boleh tidor. Sekejap bangun pukul 1 pagi, pukul 4 pagi. Takut anak macamana, masuk sekolah.

Alhamdulillah, semua ok. Sulaiman yang masuk tadika PASTI pun ok, tak nangis. Hafizan ok, Amirul lagi la ok. Hafizan dan Amirul juga dapat sekolah yang sama, walau pun mula-mula dia orang dapat sekolah lain. Kami pergi PPD pagi-pagi hari pertama sekolah tu, minta tukar, Amirul tak de masalah, cuma Hafizan kan, budak darjah 1, banyak sekolah yang penuh. Akhirnya dapat juga.

Syukur la, semua berjalan lancar. Kami masih angkut barang sikit-sikit. Tak sewa lori pun lagi, sebab belum habis pack rumah lama. Slow-slow la. Husband pun selamat lapor diri kerja sini. Cuma, time dia kerja lain, jadi Yati kena hantar dan ambil anak sekolah kalau dia tak de.

Erk.. dah la lama tak drive. Sini pula kereta agak banyak. Rutin pun baru. 2 hari lepas nak masak tak sempat, nak basuh kain tak sempat. Masa rehat tunggu Hafizan di sekolah, ajar dia camana nak beli makan di kantin. Walau pun Yati ada sediakan bekal untuk Amirul dan Hafizan. Sulaiman takpe, cikgu bagi makan kat sekolah.

Hari ni baru rasa lapang sikit.

Banyak pulak cerita. Masa pack barang rumah lama, Yati terjumpa cross stitch lama Yati buat, masa zaman bercinta dengan husband. Hehe.. malu.


Tak frame kan pun. Terlipat di celah baju-baju lama. 24 Disember lepas, kami sambut ulangtahun perkahwinan ke 11. Ish, ish, cepatnya masa berlalu, dah 11 tahun aku kawin.

Nasib baik juga sekarang takde order kait dalam tangan. Kalau ada, ntah bila nak buat. Masa penuh, siang ambil dan hantar anak. Petang balut buku anak. Insya-Allah nanti ok ler kan, bila dah lama sikit.

Rindu la, nak tahu cerita kawan-kawan. ^_^