Tuesday, December 25, 2012

Pindah...

Assalamualaikum...
Hi semua...

Yati dalam proses pindah rumah, dari Seri Iskandar, ke Lumut. Pindah ke rumah arwah ma. Atas perbincangan keluarga. Papa Yati tinggal sorang kat rumah tu.

Anak-anak pun pindah sekolah juga.

Yati online, cuma jarang dan sekejap-sekejap. Itu yang Yati tutup sementara kedai online Yati. 

Husband Yati pun dapat transfer kerja ke Sitiawan. Kami akan angkut barang sikit-sikit. 

Ok la. Yati nak share hasil crochet terakhir Yati kat rumah Seri Iskandar ni, kopiah untuk anak-anak. Lepas ni, dah nak kemas semua benang, barang jahit semua.

Kopiah untuk Amirul.
Kopiah untuk Hafizan

Kopiah untuk Sulaiman
Masing-masing pilih sendiri benang nak warna apa.


Keychain strawberry ni, Yati siapkan betul-betul hari Selasa lepas, hari mama meninggal. Diam tak diam, cukup seminggu mama pergi.

Ok, kalau Yati tak sempat nak tulis entri lagi lepas ni, Yati nak ucapkan selamat ya, pada kawan-kawan semua. Tinggal beberapa hari lagi, cuti sekolah. Lepas tu, anak dah kembali ke sekolah. 

Live life happily dan penuh syukur, hargai semua benda yang kita ada, dan all the best semua...!

Sehingga kita jumpa lagi... ^_^

Thursday, December 20, 2012

Mama dah takde

Hari Selasa, lewat petang, papa telefon. Papa cakap, mama dibawa ke hospital, naik ambulans. Yati telefon suami, yang waktu tu, belum balik dari kerja. Dia terus balik, kami packed barang, dan terus on the way ke Lumut. Sebelum sempat bertolak dari rumah Seri Iskandar, papa telefon, cakap yang mama dah tak boleh bernafas. Guna bantuan mesin. 

Dalam kereta, semua orang senyap. Selalu budak-budak bising dalam kereta. Yati dengar Amirul ajar adik dia baca Al-fatihah. On the way sana, kami baru nak sampai Ayer Tawar, abang ipar telefon, cakap papa telefon yang mama dah takde. 

Yati telefon papa, betul, mama dah takde. Instead of terus pergi hospital, papa mintak Yati tunggu di rumah Lumut.

Kami sampai, kami keluarkan semua perabot ke luar rumah, cari kain batik lepas, bawa keluar tilam ke tengah rumah, etc.

Tak de sape pun, Yati dan suami yang buat semua. Plus, kami tak tau apa nak buat. Yati telefon semua orang dalam contact list mama, bagitau mama dah takde. Tak lama, ada sorang kawan masjid ma datang, kakak tu la yang tolong bagitau, cari apa, buat apa. Membantu sangat.

Suami makan dengan anak-anak. Yati bawa nasi dan lauk dari rumah. Sempat makan, anak-anak dah lapor sangat.

Tak lama, ma dibawa balik. Orang mula datang, Yati bersihkan diri, baca yassin. Kakak dan kakak tengah still on the way dari KL.

Dia orang sampai rumah around 11 malam. Yati masih ok waktu ni. Modem Wifi rumah ma kena kilat. Yati guna hp, bagitau ma meninggal kat FB. Abang ipar cerita, bilik ma di rumah kak di KL mati 3 lampu. (mentol terbakar). Bila papa called mama takde, lampu terakhir dalam bilik ma tup, terbakor.

Keesokan harinya, pukul 11 ma dimandikan. Kami 3 beradik turut mandikan ma. Masa ni Yati tak boleh tahan, ayor mata dah turun.

Semasa dikapankan, sebelum tutup muka, panggil semua anak beranak, cium opah buat kali terakhir. Masa ni lagi la banyak ayor mata keluar.

Yati dan kakak tengah naik van jenazah ke masjid daerah Manjung, lepas zolat zohor, solat jenazah terus di sana.

Lepas solat, mama dibawa ke tanah perkuburan Islam dekat manjung. Dia atas sikit dari hospital manjung tu, dalam kawasan perumahan.

Ma selamat dikebumikan, dengor talkin sampai habis. Anak-anak dah lapor. Hafizan dah naik angin. 
Amirul dan Hafizan tahu opah dah takde. Sulaiman je bila tengok opah cakap nape opah tidor situ?

Yati kemas rumah, kami susun semula perabot. Rasa sayu bila tengok plastik ubat ma, knitted headband ma, bilik ma, baju ma, beg ngaji ma...

Masa last sekali ma masuk hospital, Yati ada tulis kat dalam entri blog yang kait dalam kereta tu, ma muntah, ada sikit darah. Hari ma meninggal tu, ma muntah warna hitam. 

Papa cakap, ada 3 doktor tengok ma masa emergency. Sorang doktor cakap itu sisa makanan. Sorang doktor, doktor yang operate cancer ma dulu cakap, no, this is something else. 

Ada sorang cousin, dia doktor, through uncle cakap, itu semua effect dari cancer. Ayu, yang kehilangan mama dan nenek oleh cancer, juga cakap, muntah darah tu salah satu tanda. Yati baru baca komen Ayu lepas ma dah takde. 

Ramai kawan ma datang. Jiran keliling datang. Semua cakap akan rindu ma. Sebab ma punya suara kuat. Bila ma sakit, dia orang tak dengar suara ma, dia orang datang visit, kenapa... oh.. ma dah takde. Sedara dari utara, dari johor, dari KL, semua datang.

Sorang uncle cakap, Yati, you have to be strong. 

Mama dukung Sulaiman masa Sulaiman kecik.
Rindu kat ma. Semoga ma tenang di sana. Alfatihah.

Monday, December 17, 2012

A thousand days' promise

Sape tengok cerita ni, angkat tangan! Hehe...


Cerita Korea ni disiarkan di tv2, setiap hari Isnin sampai Rabu, pukul 5 petang. Hari ni, ya, hari ini, hari Isnin, adalah final episod dia. Huwaaaa.... manyak sedih lor...

Cerita ni mengisahkan sorang laki ni, dia sanggup jaga isteri dia yang sakit alzheimer. Masa perempuan tu baru dapat tahu yang dia di-diagnosed menghidap alzheimer di usia 30 tahun, lelaki ni, yang waktu tu sudah pun punya tunang, sanggup cancel wedding dia (sebab ikut kehendak orang tua) dan terus pergi kat perempuan ni, kawin, dan jaga dia.

Pandai betul orang Korea ni buat cerita. Dia punya pelakon yang membawa watak dengan hebat, dia punya skrip. Boleh tersentuh hati kita dibuatnya. Yati tengok dalam beberapa episod, sampai menangis meleleh ayor mata. Huwaaa....

Ingat senang ke jaga orang sakit ni? Benda kecil-kecil, tapi letih, tau. Kita boleh rasa penderitaan dan juga hebatnya cinta pasangan ni.

Antara dialog sebelum kawin tu yang Yati ingat sikit, perempuan ni kata, "Sudah sedia ke nak masuk neraka? Bila dah masuk tak boleh undur lagi."

Lelaki tu jawap,"Sudah, sebab awak ada sama dalam neraka."

Waiya.. bukan macam kebanyakan orang, bila belum kawin semua ok. Bila sudah kawin, jangan kan bila sakit, bila hal kecil datang menguji pun boleh bercerai. Amenda ler..

Hehe.. syoknya layan cerita ni. 
Ok ler.. jumpa lagi.. :-)

Wednesday, December 12, 2012

kait dalam kereta

Minggu lepas Yati sibuk. Selain buat ready stock untuk jual di bazaar tu, kami terpaksa ke KL. Ada urusan rumah kat KL. Ada dateline pulak tu, jadi kena turun juga hari sebelum bazaar tu.

Nak tau tak, Yati baru tahu yang Yati boleh kait dalam kereta. Pelik juga, sebab Yati memang tak boleh baca dalam kereta. Bila baca newspaper, akan start pening dan loya. 


Ni masa perjalanan pergi KL. Yati nak kait bag. Cuma bezanya, tak leh la laju sangat kaitnya. Sekali-sekala kena tengok depan juga.

Sampai KL, settle urusan, dan terus balik Perak semula. Tak jalan mana-mana pun. Lawak, tak. Huhu..


Ni pula masa perjalanan balik Perak. Pulak tu, kereta semput la pulak, tak leh bawak laju kat highway. Petang pula time tu, hujan lebat, all the way sampai tol Gopeng. Mulut dok baca ayat Qursi, tangan dok kait. Dah macam orang tua la Yati ni.


Sampai saje Batu Gajah, terus pi bengkel. Tuning enjin. Sempat siap satu bag. Eh, tak siap sepenuhnya, masa gambar di atas, belum jahit whip stitch bahagian bawah.

Beg ni antara barang Yati jual kat bazaar. Ada sorang kakak quilter yang sama jual di bazaar tu, dia suggest Yati letak snap button kat dalam bag. Yati suka sangat, dapat kenal dengan crafters lain, dan dia orang pula tak lokek ilmu. Dia orang lagi la banyak pengalaman dari Yati, selalu jual di bazaar banyak kali dah.

Yati sekarang ada kat rumah mak di Lumut. Mak Yati baru keluar hospital, sekali lagi. Ma biasa muntah bila lepas makan, tapi kali ni, ada darah pulak. Doktor takut mungkin cancer tu dah pergi ke hati. Tunggu dan lihat la camana.

Yati masih menunggu gambar dari customer untuk projek cross stitch seterusnya. Jadi, sementara menunggu tu, kalau ada yang nak tempah barang kait, boleh la contact, email Yati di yati_my@yahoo.com.

Ok, jumpa lagi, berusaha, chaiyok! ^_^

Monday, December 10, 2012

go away, M

Lega, semuanya dah lepas.

Yati ada upload gambar masa bazaar di page facebook. Klik sini untuk tengok.

Rasa seronok, dapat kenal dengan ramai orang dan jual barang secara berdepan dengan customer. Lain seronoknya banding selama ni, Yati jual online saja.

Kalau ada kawan yang ada add Yati di pinterest, mesti tau yang join craft bazaar ni antara wishlist Yati. Alhamdulillah, tertunai sudah tahun ni. Rasa seronok sangat. Bila kita dah cuba, baru kita tahu macamana. Pengalaman tu yang Yati cari.

Sekarang dah bulan Disember. Kawan-kawan ada yang holiday lagi? Bestnya... jalan-jalan.
Masa hujung tahun ni la kita nilai balik kan, adakah azam kita masa awal tahun sudah tercapai atau tak. Kalau tak, seperti biasa, carry forward ler ke tahun depan. Jangan kecewa kalau ada yang tak tercapai, sebab Insya-Allah kita boleh, cuma mungkin perlukan masa lebih sikit. Chaiyok, berusaha!

Entri takde gambar tak best la. Nak letak jugak gambar..


Burung purple tu antara yang Yati buat untuk bazaar. Dah pun dibeli dek orang. Tinggal gambar je sebagai kenangan. Teddy bear kecik tu Sulaiman punya. Rindu la kat budak-budak. Tak sangka budak kecik tu boleh tahan lama-lama dok dengan aunty dia orang.

Ada antara kawan-kawan rasa malas tak nak update blog... macam Yati? Hehe.. 
Ok ler, jumpa lagi. ^_^

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea