Friday, November 30, 2012

sunyi plak kat rumah...

Tu dia, lama benor tak update. 
Banyak benda berlaku. Mak Yati masuk hospital, cermin kereta pecah, tiga-tiga anak Yati tak de dengan Yati sekarang. Dia orang pergi KL sejak hari Isnin lepas. Rumah aunty dia orang. Takpe la, dia orang nak holiday. Duduk rumah pun boring, mama tak bawak jalan sangat. Mama busy prepare stok untuk bazaar bulan depan. Hehe...

Yati siapkan 2 tote bag crochet, tempahan customer dari Sungai Petani. Meh tengok gambor.

Bag satu. First time Yati jahit lining dalam ada poket. Tapi simple poket saja. 
Lain kali boleh la try buat lining ada poket berzip pula. 

Bag 2. Inspirasi dari tote bag Yati buat untuk projek CAL dulu.

Supaya handle bag tak melendut, Yati letak tali bag nylon di dalam. Pun pertama kali cuba juga. Memang tak stretchable sangat, banding kita tak letak apa-apa.

Yati siapkan kedua-dua bag ni separuh kat rumah, separuh lagi kat rumah mak. Masa tu, mak Yati masuk hospital. Husband pulak pergi kursus di Kedah. Mak Yati hari tu teruk juga. Tapi sekarang dah ok sikit.


Ni gambar kakak Yati hantar. Amboi, syoknya budak-budak ni jalan-jalan. Sulaiman dah boleh pisah dengan kami ni, tak nangis pun dok rumah aunty. Kalau tinggal dia sorang kat rumah macam last year, monyok manjang. Hari-hari kena bawak pi kedai beli ultraman nak bagi happy. At least sekarang dia orang bertiga seronok time cuti sekolah.

Ok. Sekian dulu buat kali ni. Take care semua, ^_^

Wednesday, November 07, 2012

work-in-progress

Assalamualaikum, hellooo semua....! ^_^

Saya baru je potong-potong felt...

Baru potong, belum jahit.
...nak buat keychain. Tiba-tiba ada yang tempah bag kait, terus bayar penuh. Terpaksalah kete-kete tu dok diam kat situ dulu, sementara saya nak siapkan bag garden rose 2 biji.

Baru buat tapak bag
Kereta-kereta tu, saya nak masukkan dalam stok. Sebab, bulan depan, saya nak bukak meja kat sini...


Hehe... rasa excited, dan berdebar-debar, sebab pertama kali nak cuba jual offline. Cari pengalaman.

Lepas siap bag, nak buat topi untuk kawan stitch ku. (cak.. hai kak!).
Wah, banyaknya benda nak buat. Toing, toing...

Selamat ye semua. ^_^

Saturday, November 03, 2012

cerita hari sabtu

Assalamualaikum... hello semua!

Pagi ni ada majlis Ihtifal Pasti, sekolah Hafizan. Yati pergi dengan Hafizan.


Hafizan ada buat persembahan, ada hafazan sikit.

Hafizan sekolah kat Pasti ni dah 2 tahun, masa umur 5 dan 6 tahun. Kami kekalkan dia kat Pasti je, sebab banyak Hafizan belajar kat sini. Membaca pun dah boleh, masa umur 5 tahun. Jawi pun dia boleh baca. 
Silap kami dulu, tak hantar Amirul ke Pasti. Sampai sekarang Amirul tak lancar Jawi lagi.

Lepas persembahan, ada penyampaian hadiah dan jamuan juga. Gambar blur. Yati segan nak ke depan, amik gambar lebih dekat, ramai bapak-bapak kat depan tu. 

Selain majlis sekolah Hafizan, hari ni juga dapat tahu keputusan periksa SPA yang Yati pergi bulan 9 yang lepas.


Yati gagal. Sedih ke? Tak lah sedih sangat. Ok je. Hmmm... nanti nak pikio sama ada nak apply lagi ke tak. ^_^

Lagi satu cerita, husband print out keputusan peperiksaan Amirul. Bagi yang tahun 3 ke atas (betul ke, kawan-kawan ku yang kerja cikgu? Kalau salah, ampun..), boleh check dah kat laman SAPS. Klik pada Semakan Ibubapa.

Amirul ada improvement. Masa periksa tengah tahun dia dapat nombor 22, yang periksa akhir tahun baru ni, dia dapat nombor 7. Gred keseluruhan dia 4A 1B. Ok ler tu. Anak mama lagi pandai la, mama pun failed periksa. Hehe..

Hari ni nak jalan-jalan ke mana? Petang je hujan kan, sekarang. 
Selamat hujung minggu semua.. ^_^

Thursday, November 01, 2012

Homemade kerepek dan beanie tak jadi

Assalamualaikum... hello semua!

Kain dah start tak kering. Matahari takde, mendung satu hari semalam. Tidor malam sejuk bebenor. Hehe..

Masa baru sampai rumah dari raya haji hari tu, ada jiran sedekah ni.


Apa tu? Cer teka, cer teka..

....
...
...

Ubi kayu ler.

Kami dah rebus sikit. Kedai nyor pun tak bukak hari tu, cuti lagi beraya. Jadi, kami rebus ubi makan dengan gula.

Bakinya, kami potong nipis, bior dalam ayor garam setengah jam, dan goreng.


Jadilah kerepek ubi. Husband dan Hafizan kruk krak kruk krak makan sambil tengok tv. Yati tak leh, sakit gigi la pulak.

Semalam tak online, nak cuba buat slouchie beanie (topi atau serkup kepala besor). Biorlah muat kepala orang tua pakai. Tapi tak muat pun kepala kita. Muat kepala Sulaiman dan Hafizan je.

Dari depan

Tu pun belum kait dia punya edging. Bila dah, lagi la kecik, Sulaiman pun tak muat.

Dari tepi
Dah frogging dah, nak buat baru, yang boleh muat. Rasanya, tau kat mana nak increase row tu. Pattern dia tak susah pun. Tapi bab kait kopiah ke, topi ke, tricky jugak bagi Yati, sebab takut tak muat. Nanti nak cuba lagi.

Hari ni dah 1 November, yek. Minggu depan dah start cuti sekolah. Cepatnya...

^_^