Friday, September 21, 2012

jeng.. jeng... jeng...


Haha.. camana tu? Otak dah karat dah ni. Lama tak buat masalah matematik. Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan...
Guna diploma, baru dapat. Degree tak diiktiraf. Tapi takpe la tu. Kenapa, mungkin ada yang bertanya... kan dah elok dok rumah, niaga, boleh jaga anak sendiri selama ni, kan?
Sebenarnya, saya taklah sesenang kawan-kawan. Dalam kategori orang susah juga. Bila fikir long term, sangat gerun, tak nak la cerita. Ada rezeki, adalah. Yang penting, buat elok-elok, kan.
Kalau kawan yang ada pengalaman, cer cerita sikit exam ni, ok tak? Dengornya, macam tak cukup masa, ye tak.. 
Thank you, dan wish me luck ya, untuk periksa ni, minggu depan.. ^_^

Wednesday, September 19, 2012

Rose Garden Tote Bag

Assalamualaikum...

Hi... Yati tak sihat. Projek Yati buat ni pun Yati siapkan dalam keadaan tak sihat. Demam, sakit kepala, lenguh badan, sakit tekak. Tak pergi klinik pun. :(

Ini projek crochet-a-long (CAL) group Yarn Lovers Malaysia di Facebook. Yati tak berapa aktif sangat kat group-group sekarang, sebab sibuk dengan cross stitch tu kan. Tapi sesekali tengok hadiah CAL ni, terbakor jugak. Gatal juga tangan capai crochet hook, terus buat.

Yati buat semasa cuti Hari Malaysia. Dan campur semalam, jadi 4 hari buat. Peh.. banyak masa. Yati pun tak sangka projek ni ambil masa banyak sangat. Kalau Yati jahit Bouquet of Roses tu, mesti dah sampai mana progress Yati. Tapi tu la, benang tak pi beli lagi. Lepas ni, memang kena pulun..

Meh tengok masa Yati kait bag ni..

Serabut kau...
Tu la, masalah Yati dari dulu, tak reti nak match benang untuk projek kait. Yati suka color yang lembut, macam pastel tu. Itu yang Yati humban mana color lembut ada atas meja.


Ini la dia, bila dah siap. Nak kait bag tu sudah ambil masa, lepas tu, bunga rose, daun, spirals (benda gulung-gulung tu) lagi. Aduh... tengah jalan, ada rasa nak give up je. Sakit badan. Tapi ku gagahi jua... chewah...

Close-up sikit pada roses atas bag
Yati suka bila masuk knit-a-long ke, crochet-a-long ke, sebab mesti ada belajor benda baru masa kita siapkan projek tu. Lagi pula, kita buat benda yang kita tak pernah buat. Itu yang best! Nampak tak rose tu, ada yang kembang, ada yang kuncup, memang kena praktis buat lagi lepas ni.


Bahagian dalam bag, Yati jahit lining, guna cotton biasa. Muat la, kalau nak letak buku. Kalau Yati ada anak dara, mesti dah pass dah kat dia, boleh bawak pi kelas tambahan ke, tuition ke. Hehe..

Itu je. Menang kalah belakang cerita. Yang penting kita join dulu.

Sekian. Selamat bekerja semua! ^_^

Friday, September 14, 2012

Jamuan raya dan progress roses

Semalam pergi jamuan raya, ofis husband Yati buat, di Restoran Horizon Garden, Manjung.

Meh layan gambor sempat ambik.

Sulaiman ratah ayam goreng je. Hafizan plak dengan chocolate kek.
Ada nasi hujan panas. Budak-budak ni, nasi putih boleh le. Bila nasi ada color, dah tak nak makan. Tapi Amirul tu kalau beriani, makan pulak. Kan lebih kurang je rasanya.

Dah makan skit baru teringat, eh, lupa amik gambor. Lauk ayam goreng, rendang daging, kuah dhal  dan acar timun nenas.

Alhamdulillah, kenyang.
Amirul pun sama, makan chocolate kek je.
Dah kenyang, sandar Hafizan. Mata pun start ngantuk.
Sulaiman
Hadiah cabutan bertuah
Ada dapat duit raya... ^_^
Gambar budak-budak
Amirul dengan classmate
Ada anak ofismate husband anaknya satu kelas dengan Amirul. 

Anak-anak semua tidor dalam kete dalam perjalanan balik. 

Ok.. nak tengok progress Bouquet of Roses Yati...


Sudah siap 5 bahagian. Sampai ke bahagian terakhir. Banyak benang dah abis ni. Buat je la bahagian mana yang benang ada dulu. Nanti bila dah abis, rindu la dengan roses ni. Dah buat sejak bulan Februari. Ramai juga yang minat dengan roses ni. Tapi mintak maaf ya, yang ni dah ada orang punya. ^_^

Selamat hujung minggu semua! 

Tuesday, September 11, 2012

Knitted short scarf

Assalamualaikum...

What's up semua? Chewah, macam buat concert je.
Hari ni Amirul tak pergi sekolah, dia demam. Main hujan. Hari Ahad ada jamuan raya penduduk taman perumahan Yati ni. Makan punya makan, terus hujan turun. Nasib khemah tak terbang. Hehe..

Hari ni, nak cerita pasal projek hari sabtu dan Ahad. Yati dah hampir boring dah dengan cross stitch. Jadi, rehat sat. Lepas gian untuk knit. Lagi pulak Malaysia Knitting Club, group FB ni, ada buat knit-a-long. Tajuknya simple, easy, short scarf. Yati pulak lama dah nak buat scarf untuk diri sendiri. Sebab selalu naik kereta, kena aircond, lebih-lebih lagi kalau hujan, Yati semput. Jadi, boleh la tu, sambil lepas rindu knit, boleh jugak buat sesuatu untuk diri sendiri.

Guna benang Wina dan iceyarn, jenis wool, color lilac dan white.
Nak tengok kombinasi 2 benang tu hasilkan corak camana. Pulun la jugak. Nak siapkan jugak on weekend. Sebab hari lain nak sambung buat cross stitch.

Semasa blocking. Nampak panjang.

Masa nak buat tassel kat bawah, refer buku dulu. Sebab tak online, beb. Kalau online, mesti terjebak main game. Hehe..

Tak susah pun. Baru first time buat.

Siap! 
Yeh, suka! 

Close-up sikit.
Dari sudut lain
Bila Yati pakai, lebih pendek sikit banding patung tu pakai. Leher lebar. Hehe.. 
Ada lebihan benang lagi, lepas siap tassel tu, benang Wina dan wool tu, cukup satu buku.

Sangat suka! Nak menang hadiah untuk knit-a-long tu, Yati tak rasa kot. Sebab simple je, cuma knit dan purl untuk hasilkan stockinette stitch. Sebab last time join swap sarung kusyen dulu, buat pattern cable. Kali ni, buat simple sudah. 

Selamat yek semua! ^_^


Thursday, September 06, 2012

aksi anak

Hari ni kita layan gambor je nak. Meh kita tengok gambar anak-anak Yati  dengan pelbagai aksi.

Sulaiman buat mata juling.
La, nape ngan muka orang kat tengah tu. Tu abang ipar Yati.  Hehe..
Sulaiman dah muka masam dah. Amirul dan Hafizan yang kurus.
Ni hari Sabtu lepas, pi Ulu Kenas, mandi ayor terjun.
Saje, hari ni transfer gambar ke hard disk. Dah banyak makan space dalam netbook Yati ni. Entah bila nak print. Kadang rasa lebih baik pakai camera guna filem tu, sebab bila dah habis, hantar kedai dan cuci. Sekarang ni, banyak amik gambar, tapi remain softcopy je, tak print out pun.

Ok ler, selamat ye semua. ^_^

 

Tuesday, September 04, 2012

pepatung

Semalam husband Yati jumpa menatang ni kat depan rumah.


Dia bawak masuk dalam rumah, tunjuk kat Yati. Ele... ingat orang takut la tu. Hehe.. jarang yek jumpa color merah, banyak jumpa color hitam je. Kalau yang dok bandar, entah-entah tak jumpa langsung pepatung ni yek.

Hafizan cakap ni bukan pepatung, ni dragon fly. Hehe..

Kalu orang Perak, panggil menatang ni, taik cibor. Haha.. betul.

Masa kecik dulu, Yati kalau jumpa pepatung ni, Yati cabut sayap dia. Pastu, letak dalam kolah (bekas tempayan isi air) luor rumah. Pastu menatang ni berenang ler kat atas permukaan air tu. Seronok tengok. Jahat tak? Menzalimi binatang, kan. Ate.. zaman kita dulu mana ada computer, ipad, tab ni. Kita main tangkap rama-rama, main masak-masak, main longkang. Betul tak? 
Rindunya zaman tu. ^_^