Wednesday, February 29, 2012

Amirul dapat hadiah

Assalamualaikum...

Hello semua!!
Nak tengok benda comel tak?

Gambar di atas tu, face towel. Amirul dapat hadiah tu, dengan satu tupperware minum besar, dan 3 lagi buku, sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah dia hari Isnin lepas.

Nak ambil gambar barang lain, Amirul dah sembunyi dah. Dia memang suka sembunyi barang, sebab adik-adiknya pun suka ambil barang dia.

Yati tak pergi pun tengok Amirul ambil hadiah dia. Dok rumah, jaga Hafizan dan Sulaiman yang cirit-birit. Bapaknya keluar ofis kejap, pi tengok.
Tak tau nape sekolah Amirul suka buat waktu hari kerja. Bagi pula surat last minute, memang tak cukup notis nak apply cuti. Kan lebih bagus buat hari Sabtu.

Tu, untuk periksa tahun lepas, Amirul dapat nombor 6. Ok la kan, budak pompuan juga yang pandai, tengok nama yang dapat nombor 1-5 tu, semua budak pompuan.

Amirul dapat markah tertinggi untuk subjek Bahasa Inggeris.

Tahun ni, tak tau la camana tu. Dah naik darjah 3. Banyak tengok kartun je. Kalau tak suruh buat homework, dia tak gerak la dari depan tv tu.

Ini lah Amirul, anak sulung Yati. Gambar masa kami pi Telok Batik hari Ahad lepas. Nanti Yati cerita dalam next entri, dapat ambil gambar sunset. 

Sekian.
Selamat bekerja, dan senyum-senyum selalu! ^_^

Sunday, February 26, 2012

Selamat hari Ahad!

Assalamualaikum...
Hmmm... sejak hari Khamis juga tak update blog ni. 
Yati punya mental kurang sihat. Hehe.. ntah apa-apa, kan. Takde la sampai meletop, cuma kena time-out sat, pi kedai runcit, amik angin tengahari buta. Anak-anak tinggal kat bapak dia orang.
Yati memang camni sejak dulu. Jaga budak kat rumah ni, 7 hari seminggu, berkepit dengan dia orang, tak de kawan kat luar ni, adakalanya menyeksa jiwa juga. Bukan maksud tak sayang anak, cuma kita kadang nak juga keluar. 
Mungkin sebab lahir tahun kuda, rasa macam nak lari di padang rumput yang luas, berguling-guling.... bestnya... sorang-sorang, tanpa suami dan anak-anak. Ada tak surirumah lain yang rasa macam Yati?

Laa.. kita cari gambar kuda, gambar kucing pula yang keluar.
Tapi dah ok.. beransur-ansur ok. Bila dah dapat pi kedai runcit, tengok orang, cakap dengan orang, slow-slow sudah kembali ok.
Yati sendiri tak suka bila angin kus-kus tu datang. Sebab dia buat kita rasa tak best. Kalau kita dalam keadaan tak best, sangat-sangat tak best rasanya. Kena cari benda yang boleh buat kita stop, ubah frekuensi fikiran kita ni, dan mula pikir yang baik-baik pula. 
Yati juga kalau boleh, tak nak cakap, fikir dan tulis benda yang buruk. Tu pasal la blog ni tak ber-update. Bukan malas. Cross stitch Yati buat, crochet pun buat juga. Bergerak. Bergerak slow pun lebih baik daripada berenti terus, kan. 

Entah apa benda la yang Yati  merepek ni, kan. Selain sebab rimas dan bosan dok kat rumah ni juga, otak Yati juga macam sudah letih, sebab selalu dijadikan 'punching bag' oleh orang yang Yati sangat hormati dalam dunia ni. Dari dulu la. Asyik kena marah je. Bila nak marah je, kita la orangnya. Dengan orang lain, dia tak marah. Mungkin sebab Yati kawin dengan orang kampung yang miskin kot. Bukan macam orang tu, yang kawin dengan orang yang boleh beli kete 'sukan'. 

Tak boleh la macam tu. Kita ni orang, kan. Pernah tak kawan-kawan jumpa orang negatif? Orang negatif ni, semua benda yang keluar dari mulut dia, semua benda buruk la, mengata orang itu ini, marah orang itu ini, pendek kata, semua orang buruk la, dia je yang baik dan sempurna. Orang macam ni, Yati kesian sangat. Kalau boleh elak, memang Yati elak untuk berjumpa atau bersama, sebab aura negatif nya tu, boleh berjangkit. Kalau kita mood happy, tapi bila kita dekat dengan orang negatif macam ni, mood kita pun boleh down giler la, seperti dihina-hina dan dipijak-pijak. 

Tapi macamana kalau Yati katakan, orang negatif macam ni wujud dekat dengan kita, seperti di kalangan family kita? Orang yang lebih tua dari kita? Masuk dari kategori derhaka ke kita, kalau kita pilih untuk menjauhi orang-orang camni? Kita orang, ada perasaan, bukannya punching bag yang boleh dihentam beribu-ribu kali, bangun, baik, dan dihentam lagi?

Letih, tau! Berapa banyak kena istighfar dan tampar diri sendiri la, supaya tak hanyut dalam lautan air mata. Biar la mereka dengan penyakit negatif mereka tu. Patut la sakit pun. Korang jangan jadi macam ni, tau. Jangan marah orang yang takde kena mengena. Mungkin ada yang tension di pejabat, bila balik rumah, anak merengek, minta perhatian, cakap suara tinggi. Anak tu tak bersalah. Jangan lepaskan amarah pada orang tak bersalah, ok. Sebab orang yang dimarah tu, mungkin boleh maafkan, tapi ingatan tu sampai ke mati boleh bawak.

Yang penting, gembirakan diri kita. Cari kebahagiaan kita sendiri. Kalau orang selalu suruh kita berkorban kan, isy.. tu salah, tau. Berkorban tu macam kita tak seronok pun, kita buat juga. Tak boleh! Kita first, kita yang pertama, yang mula-mula kena suka! Dan yang lain akan menyusul. Bila kita sendiri happy, baru kita boleh jaga orang lain.

Masa juga boleh heal kita. Lama-lama kita akan jadi kebal, atau belajar untuk masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, atau simply buat-buat tak dengar. Dan apa pun yang berlaku, kita akan terus berjalan dan senyum! ^_^

Have a great Sunday everyone!


Wednesday, February 22, 2012

Projek cross stitch

Assalamualaikum...
Pekabo semua? Harap semuanya sihat dan ceria-ceria selalu.

Nak tengok progress projek cross stitch Yati tak...? ^_^

Sekarang tengah buat Bouquet of Roses. Ni gambarnya...


Lawa, kan? Dah lama tak buat gambar bunga. Rasa seronok la juga.

Agak besar juga cross stitch ni, dia ada 290 stitches X 200 stitches. Pattern dia terbahagi kepada 6 bahagian. Yati tengah buat bahagian bucu kiri, bahagian bawah. 

Berikut progress Yati sehingga semalam.


Masuk hari ni, sudah 10 hari buat, tapi bahagian pertama pun belum lepas lagi. Lepas ni, kena pulun sikit.

Ni pula gambar sebahagian daripada benang yang guna untuk projek ni.


Sekarang dah 2 tray benang guna. Banyak!
Jika tiada urusan customer, Yati online selang sehari dalam seminggu, untuk siapkan cross stitch ni. 

Semangat, semangat! 
Take care, semua! ^_^

Monday, February 20, 2012

Fishing...

Assalamualaikum...
Dah lama kami tak pergi mancing. Jadi hari Sabtu dan Ahad, kami pi la. 2 hari tu, tapi pergi sat ja, lepas asar pi, sebelum maghrib dah balik. 

Meh kita tengok gambor.


Ikan besar sekali kat kiri gambor tu, nak tau tak sape yang tangkap? Sulaiman! Ya, budak kecik tu tangkap ikan paling besor. Masa dia dapat ikan tu, takde tunjuk reaksi langsung. Dia lebih suka bagi ikan makan, dia tunggu lama-lama sampai ikan makan habis umpan dia. Tengok sekali, dia tarik cepat pula, dapat ikan besor tu!


Juara hari Sabtu tangkap ikan paling besor Sulaiman. Juara tangkap ikan paling banyak pula, Hafizan. Asal letak, kena. Sampai bapaknya tak sempat nak mancing la. Kerja dok pasang umpan dan ambik ikan je dari mata kail tu. Memang meriah. Tu pun dah buang beberapa ekor yang kecik-kecik. Bila Sulaiman tahu ada ikan kena campak balik dalam kolam, melalak dia. Hehe..


Batang pancing budak-budak ni dibuat dari batang kayu, pasang tali pancing, mata kail dan batu (pemberat).


Pancing kat tepi je, asal letak je, dapat!
Tu gambor mancing hari sabtu, meh kita tengok yang hari Ahad punya plak.


Ni baru Amirul ikut. Hari Sabtu tu, dia tak nak ikut. Budak berdua ni, bagi mancing sat je, sebab umpan cengkerik pun dah tinggal sikit. Bagi can Amirul pulak.


Dapat pun Amirul ikan. Dengan kayu sekali dia bawak naik.
Hasil tangkapan hari Ahad, semua dicampak semula dalam kolam. Sebab ikan dalam fridge pun banyak lagi, penat nak menyiang ikan tak habis lagi. Mancing seronok-seronok je.
Sambil tengok kerbau dari jauh. 


Hari ni hari isnin.
Ceria-ceria selalu! ^_^

Friday, February 17, 2012

Macamana mulakan cross stitch dengan loop knot

Assalamualaikum...
Pekabo semua? :-)

Ada yang bertanya, saya nak terangkan dalam bentuk karangan, tak tau la boleh faham ke tak. Jadi, saya tunjuk langkah demi langkah ya.

Masa zaman remaja dulu, mama Yati ajar mulakan cross stitch dengan buat simpulan. Macam nak jahit biasa tu, kita buat simpul di akhir benang, kan. 

Bila meningkat ke remaja purba, melalui pembacaan, baru lah Yati tahu, tak digalakkan kita mulakan cross stitch dengan menyimpul benang kita, sebab nanti cross stitch kita akan ada 'bump' sana-sini, atau tak rata. Lagi-lagi kalau kita nak frame cross stitch kita nanti.

Hari ni, Yati nak tunjukkan salah satu cara nak mulakan cross stitch, dengan gunakan loop knot. Cara biasa, kita boleh saja tinggalkan ekor benang yang panjang dan jahit cross stitch seperti biasa. Sebab jahitan kita tak terkeluar, melainkan kita cungkil dia keluar atau tetas dia, baru dia cabut, kan.

Tapi kalau tak suka cara tu, takut tak secure atau kedekut benang macam saya, boleh juga gunakan loop knot. Mari kita mulakan...

Sebelum tu, cara ni sesuai untuk yang guna 2, 4 atau 6 strands benang sahaja ya, sila ambil perhatian.

1) Potong benang 2 kali ganda panjang dari panjang yang kita nak guna. Sebab kita akan temukan kedua hujung benang, seperti gambar di atas. Kalau potong pendek, kontot la jawapnya.

2) Masukkan benang dalam lubang jarum seperti biasa. Dalam contoh di atas, saya guna 6 strands, jadi saya bahagi 3-3.

3) Lebih kurang macam gambar di atas rupanya bila dah masuk jarum. Kita ada hujung yang bulat camtu, bentuk loop.

4) Boleh mulakan dengan masukkan jarum dari arah bawah, seperti biasa, tapi....

5) Jangan tarik sampai habis benang tu. Buat half cross stitch dulu, macam biasa, tapi kat bawah...

6)... selak belakang kain, pastikan jarum kita masuk melalui loop kat bawah ya.

7) Bila benang tu melalui loop, rupanya seperti gambar di atas. Boleh la tarik benang, bagi kemas. Jadi sudah, jahitan kita secure kat belakang.

8) Boleh la jahit cross stitch seperti biasa. Dalam gambar di atas, pattern tu nak half stitch. Bila kita dah banyak jahit, kita tengok kat belakang, nampak lebih kemas tak de la serabut macam selalu. Kalau kita buat ekor panjang tu, kadang waktu jahit, ekor tu pun saje je ikut naik ke atas kan.

Ok, begitulah caranya nak mulakan cross stitch dengan loop knot. Ada faham ka adik manis? :-D

Opps, ni progress cross stitch Yati buat sekarang, bouquet of roses.

Suka jahit bunga ni. 

Camana pun, terpulang pada keselesaan masing-masing la ya, nak mulakan cross stitch macamana. Harap bermanfaat pada yang baru nak belajar cross stitch.
Happy stitching! ^_^

Friday, February 10, 2012

MKC pillow swap

Assalamualaikum...

Yati sudah siapkan sarung bantal kait 2 jarum. Bantal dalamnya juga Yati buat baru. Lama tak guna mesin jahit tu. Cian dia. 


Gambar di atas menunjukkan bahagian depan dan belakang bantal. Yati guna beberapa color benang, sebab Yati dan partner swap, Wie, sepakat pilih tema warna-warni.


Button pun letak macam-macam color.
Bagus juga dapat join program swap camni. Sebab Yati pun belajar buat pattern cable yang tak pernah buat sebelum ni. Juga, dapat praktis knitting. Rasanya, improve la sikit kelajuan Yati mengait dua jarum ni.

Selamat berhujung minggu semua.

Sebelum tu, Yati nak tanya sikit kawan-kawan di sini. Pada yang layak terima bantuan 1 Malaysia tu, adakah korang sudah terima? Kami belum terima la, walau pun check hari tu layak. Hehe... saje tanya, maklum la, tengah bulan ni. ^_^

Wednesday, February 08, 2012

Progress knit pillow case

Assalamualaikum...!

Hello semua! Pekabo? 
Nak tau tak, saya cirit-birit sejak hari Ahad. Hari pertama tu, lemah-lemah anggota badan. Urat sendi semua lenguh. Hari kedua tu baru saya ke klinik. Beransur baik, tapi pagi ni ada lagi. Tapi masih lagi boleh keluar jalan, main game kat fb, kait, jogging, sepanjang cuti weekend yang panjang tu. Hehe...

Berikut progress knit untuk swap projek group MKC. 


Bahagian depan dah siap, sekarang tengah kait bahagian belakang. Nampak timbul kan, corak cable atau berselirat tu. 

Gambar di atas, masa tengah 'blocking'. Pada kawan-kawan yang tak tahu, blocking ialah proses semasa kait, supaya hasil kait tu mengikut bentuk yang kita nak. Elok buat blocking sebab nanti kita nak cantum dia dengan bahagian lain. Misalnya, bentuk hasil kaitan tu kita nak dia terbentuk square, sebelum ni, hujung-hujungnya melengkung atau bergulung. 

Yati cuma stretch kan hasil kaitan yang dah siap, pin sekeliling dengan jarum peniti, dan spray supaya dia lembab. Kemudian biar kering. 

Yati guna benang Daiso yang medium thick. Masa nak weave-in (sembunyi ekor benang), tak muat pakai jarum cross stitch hujung tumpul yang Yati selalu guna untuk weave-in. Jadi, cari kat kedai, jumpa la jarum yang agak besar. Tuan kedai tu kata, jarum tu untuk ribbon embroidery (RE) punya.


Ha, cuba tengok. Jarum kiri, adalah jarum cross stitch hujung tumpul yang Yati selalu guna. Dan jarum kiri adalah jarum RE. Besor sikit, dan boleh la guna untuk benang tebal atau bulky lepas ni. 

Yati plan nak siapkan pillow case ni minggu ni. Sebab partner swap Yati dah siap dah dia punya. 

Orait.. selamat menjalankan tugas harian dan senyum-senyum selalu! ^_^

Thursday, February 02, 2012

Crocheted bolero

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah beri kesihatan yang baik untuk Yati selesaikan order customer. Rasa sangat tak senang hati sebab kita ambil masa lama nak siapkan, padahal customer sudah bayar lama. Terima kasih kepada semua customer Yati yang memahami, kesibukan kat rumah dan nak siapkan tempahan lagi. Yati hargai sangat, tau! ♥

Sekarang, lega rasanya. Sudah siap, hantar dan selamat diterima. Ini adalah bolero (A very short jacket worn open in the front) hasil crochet yang telah ditempah oleh Kak Ina atau nickname beliau MP.



Sama warna dan pattern dengan bolero yang pernah Yati hasilkan untuk projek crochet-a-long group YLM tak lama dulu. Cuma untuk kak Ina, saiznya lebih besar sikit. Guna benang 100% acrylic. Bersamanya, Yati buat brooch rose.


Tara... bolero Kak Ina di sebelah kanan. Bolero sebelah kiri tu, Yati dah masukkan dalam kedai, untuk dijual. 

Terima kasih pada kak Ina yang sudi order dengan Yati. Ni first garment hasil kaitan yang di order. Jadi, Yati sangat suka campur nervous, takut tak muat ke, tak suka ke, atau sebagainya. Alhamdulillah... nak tengok anak Kak Ina pakai bolero ni, sila ke blog Kak Ina ya. Ayu nya anak dara kak Ina. ^_^

Ok sekian. 
Selamat dan take care semua!