Monday, January 30, 2012

knit pillow case

Assalamualaikum...

Yati rancang nak siapkan order cross stitch hari Sabtu dan Ahad. Tapi hajat tak kesampaian.
Sudah bangun pukul 3 pagi, sudah on radio, sudah start jahit pun beberapa baris, tapi terbayang macam ada perempuan rambut panjang duduk luar tingkap, tengok Yati jahit.

Ni gara-gara husband ada cerita, ada orang nampak hantu perempuan rambut panjang sampai ke tanah dekat pintu gerbang taman perumahan kami ni. 

Dah takut nak jahit. Pelan-pelan kemas benang dan kain, tidor balik. Huhu...

Selain cross stitch, Yati sudah start knit pillow case untuk projek Swap MKC. Setakat ni, baru siap 5 inci. Partner Yati, Wie. Expert knit Wie ni, kait baju sekejap je siap. Gerun Yati bila tahu partner dengan orang terer ni. Kita ni, baru beginner.

Pertama kali Yati cuba kait cable pattern. Corak macam tali dipintal atau sekali tengok, macam ular pun ada tu, cable pattern orang panggil.


Untuk projek knit ni, Yati berkesempatan guna circular needle baru tunjuk hari tu. Patutnya ada satu alat ni, nama dia cable holder, lebih sesuai guna. Tapi Yati takde tu. Tapi boleh juga guna apa yang ada. Sebab dia kena slip beberapa stitches ke circular needle dan pegang di belakang atau di depan (ikut arahan pada pattern), sementara kita knit beberapa stitches berikutnya di jarum kait kiri, lepas tu baru kita knit stitches di circular needle yang kita hold tadi.

Boleh juga guna double pointed needle kalau takde cable holder atau circular needle. Sebab dia kena masuk ikut satu hujung, dan keluar hujung yang satu lagi. 
Dengan buat camtu, kita dapat pattern macam ular dalam gambar pertama tadi.

Harap dapat siapkan cross stitch secepat mungkin. Supaya boleh sambung knit pillow case ni. Sebab Yati kait agak lambat. Yang ni kena siapkan bulan 2.

Eh, tengok juara lagu tak malam tadi? Cantik stage dia, kan. Suka masa Aizat buat persembahan, guna pasir tu. Lagu Awan Nano tu memang sedap, patut menang.

Ok, selamat bekerja pada semua! ^_^

Thursday, January 26, 2012

Tak abis-abis lagi sibuk

Assalamualaikum...

Ha ah. Sibuk lagi, nak buat camana... hehe...
Hafizan sekolah dari hari Rabu, cuma Amirul cuti seminggu, tapi kena ganti juga cuti tu nanti. 

Kawan-kawan yang saya hormati sekalian,
pernah tak korang beli barang kat hypermarket, dekat rak tulis harga lain, tapi bila scan nak bayor, harga dia lain? 
Kalau kat 'Gergasi' tu dulu selalu kena. Sekarang kat 'Teko' pun dah kena. Dah 2 kali dah kami beli beras, dia cakap kat harga lekat di dinding tu, harga lain, bila bayor, ternyata harga yang keluar lebih mahal.

Camana pula dengan harga yang dalam katalog, dia kata ada promosi sempena hari perayaan, tapi bila kita pi beli, tak dak pun diskaun? 

Contohnya, macam bekas letak benang Yati kat atas, dalam risalah dia kata, ada diskaun, harga cuma RM14.90. Tapi tengok-tengok harga sebenor RM19.90. Hmmm... baik tak yah cakap, kan. Kalau ada barang-barang camni kat kedai runcit, takde lah kita nak pi hypermarket. Sebab kat kedai runcit, lagi murah harga kebanyakan barang.

Tapi kan, ada juga yang kat 'Teko' tu barang jauh lebih murah dari kat pasar malam. Sampai peniaga kat pasar malam sendiri cakap kat saya. Ha, apa? Cuba teka?

Ayam la! Ayam kat 'Teko' tu 3 ringgit je, orang kata. Banding ayam kat pasar malam, 12 ringgit sekor. Saya tak tau, sebab tak pernah beli ayam kat 'Teko' tu. Sampai orang kat pasar malam tu cakap, dia rugi bila pasar malam kat Ipoh, sebab ramai dok beli kat 'Teko' je, tak beli ayam kat pasar malam dah, sampai ayam dia tak laku, rugi je bawak banyak. Hehe...

Tak tau la tu. 
Ok la ya, lain kali saya sambung lagi.

Dah singgah tak kat kedai saya? Dah color pink, tau. Cukup-cukup la 3 tahun color biru. ^_^
Letih ler juga tengok skrip html, nak bagi lebor page dan masukkan table ni. 

www.yatiandstitch.com
Take care semua!

Friday, January 20, 2012

Salam Jumaat...

Assalamualaikum...

Yeh! Nanti cuti lama. Kami tak pi mana, balik rumah mak di Lumut saje.

2 hari juga Yati senyap. Syok pula tak online, nak habiskan crochet bolero. Sekarang tinggal nak cantum dan jahit edging sahaja. ^_^


Gambar di atas masa buat bahagian belakang bolero. Hmmm... macam projek bolero saya pernah buat dulu, kan, kalau ada yang perasan. Memang sama, benang warna sama, pattern juga sama, cuma saiznya saja berbeza. Yang ni, lebih besor sikit.

Masa pergi KL tak lama dulu, masa cuti sekolah bulan 12, Yati ada beli row counter. Beli kat Haby & Wool, Ampang Park. 

Close-up sikit menatang row counter tu. Sesuai untuk crochet hook atau knitting needles saiz 4-6 mm. Sebelum ni, setiap kali lepas selesai satu row, Yati akan tulis progress Yati atas kertas. Begitu lah bila habis setiap row. Sebab kita mudah lupa, kan, tak nak lah nanti kena kira balik kita di row ke berapa kalau tiba-tiba dah tak ingat.

Lagi-lagi Yati ni, kejap kena tinggal kerja, pi buat susu anak. Kejap tinggal lagi, pi masak nasi.Mudah lah sikit dan lebih jimat masa untuk mengait lepas ni.

Ha... kat atas ni pula, gambar circular knitting needles, 2 yang kiri sambor kat Daiso Sunway Piramid, dan 2 yang kanan kat Haby & Wool juga. Ni untuk projek knit seterusnya, Yati nak knit cardigan. Memang dah lama dah masuk dalam senarai waiting list. Tapi ye lah kan, order cross stitch pun tak siap-siap lagi. Camno tu...

Lepas ni, nak siapkan bolero, cross stitch, nak knit pillow case untuk projek Swap group Malaysia Knitting Club (MKC), due next month. Dan lepas tu baru dapat knit cardigan. Itu pun kalau takde order customer. Weee.....

Selamat bercuti panjang pada semua. ^_^

Tuesday, January 17, 2012

Cubaan buat kek, kali ke-4

Assalamualaikum...

Projeknya hari Sabtu, tapi baru hari ni nak cerita.


Alkisah, jiran punya pinggan, segan pula nak pulangkan pinggan kosong je. Hari Sabtu lepas, cari lah bahan nak buat kek. Lagi sebab birthday Amirul hari Isnin, dan birthday husband Yati hari Rabu (esok). Boleh la munch-munch sikit.

Jadi kek tau! Eee... Yati pun tak sangka. Rasa cake. Texture pun kek. Sebab dah 3 kali buat, kalau ada yang masih ingat, Yati pernah buat entri pasal cubaan buat kek ni dulu. Ada sekali, kek lawa, tapi rasa pahit dan kelat! Lagi sekali buat, dia tak jadi kek, dia lembik macam bengkang! Lagi sekali buat, takde rupa kek, ke tong sampah juga angkat. Hehhee...

Dapat banyak ni je. Abaikan meja saya yang semak tu!

Tapi kek simple je la. Butter cupcake biasa. Nak topping, nanti la dulu, sebab base-nya pun tak pass lagi. Lepas ni, boleh la cuba lagi. ^_^

Mood hari ni, gumbira!. Walau pun tanpa speeding, kedua progress projek order customer berjalan dengan lancar, dan rasa puas sebab kerja rumah pun buat, kerja customer pun buat.

Cross stitch Mr. Cheng - 50% sudah siap.
Crochet bolero anak Kak Ina - 60% sudah siap.

Insya-Allah, akan cuba buat dengan penuh kasih sayang. 
 Ok la, nak sambung buat kerja.

Take care, semua!

Monday, January 16, 2012

Hari ni birthday Amirul

Assalamualaikum... Hello semua!! ^_^

 Anak sulung Yati ni, hari ni menyambut harijadinya yang ke-9. Sudah darjah 3 dah dia.

Amirul dengan adik keciknya, Sulaiman.
Dia orang ni time baik, baik juga. Tapi gaduh, gaduh juga. Mostly, sebab berebut barang. Atau berebut masa main game. Orang ni main dah lama, tapi dok juga, tak bagi orang lain main. Apa lagi, perang la lepas tu. Tapi Amirul dah nampak sikit kematangannya. Dia banyak tolak ansur dengan Hafizan dan Sulaiman.

9 tahun yang dulu, Yati lahirkan Amirul secara ceasarean. Yati yang pilih tarikh bila nak lahirkan dia. Amirul punya position breech dalam perut. Dari 7 bulan kedudukan dia dalam perut dah tahu. Tengok-tengok sampai 9 bulan tak berubah-ubah juga, terpaksa operate. 

Besarnya belanja bila beranak operate, 4 ribu lebih, kat pusat bersalin swasta. Tu pasal kami tunggu sampai 3 tahun untuk lahir anak kedua, sebab Yati nak cuba beranak secara normal. Alhamdulillah, 3 tahun lepas tu, Hafizan lahir secara normal dengan selamatnya.

Amirul merasa susu badan sampai umur dia 6 bulan sahaja. Berbanding Hafizan dan Sulaiman, yang dapat merasa susu badan sampai 2 tahun lebih. Sebab lepas lahir Amirul, Yati tak berapa sihat sangat. 

Amirul juga satu-satunya anak Yati yang merasa duduk di nursery, masa umur dia 2 tahun. Merasa dia di bawah jagaan orang lain. Tapi almost setiap bulan dia demam. Dan sebab itu juga Yati ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa, sebab tak sanggup tengok dia selalu sakit dan tak happy bila hantar ke nursery.

Semoga Amirul membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam apa saje bidang yang Amirul suka, amin. 

Tahun lepas, ada satu hari, Amirul kata, cikgu dia minta semua murid bawa biji benih masa subjek Sains. Sudah... ape benda la nak di projeknya. Yati pun amik cili yang layu dalam peti ais, bawa keluar biji cili tu, dan jemur. Esoknya Amirul bawa ke sekolah.

Balik sekolah, dia minta tanam biji benih cili yang dibawa tadi kat sekolah dalam pasu yang lebih besar kat rumah. Dah beberapa bulan berlalu, sampai husband Yati tanya, ni pokok cili ke, rumput liar ke, yang tumbuh dalam pasu tu. Tengok-tengok akhirnya...


...berbuah juga pokok cili tu, dalam 2-3 hari lepas. Baru perasan ada sebijik ha. Pokok yang Amirul tanam sendiri.

Cuma... 


Pokok limau mama je belum keluarkan buah. Dok berbunga je macam di atas, pastu bunga tu kena makan dek ulat, pastu tak juga keluar limaunya. 


Hehhe... tak kisah la tu. 
Happy birthday, Amirul...^_^

Thursday, January 12, 2012

Mabuk cross stitch sudah...

Assalamualaikum...
Hari yang mendung kat sini. Korang pekabo?

Semalam kan, Yati speeding buat cross stitch. Sekarang projek tinggal satu cross stitch, dan satu order kait bolero. Dua-dua in progress.

Masa buat cross stitch tu semalam, ada la 2 jam juga buat, dengan kelajuan sepantas mungkin. Tiba-tiba Yati rasa loya nak muntah dan pening.
Ha, tu ada la yang fikir, ntah-ntah mabuk 'berisi' tak. Tak lah, ok.

Lepas tu, sebab rasa loya sangat, Yati stop dan baring. Bila baring dan pusing badan ke kiri, bunyi tulang belakang, 'kuk' 'kuk'. Aiyaaa... ape pasal ini macam.

Hmm... tak leh speeding dah. Boleh mabuk. Jadi hari ni, Yati buat rileks-rileks la. Sambil, jom tengok apa Yati masak hari ni.

Lauk simple je. Dua-dua jenis sup hari ni.

Lauk budak-budak, sup fishball.
Lauk orang tua, tomyam ayam.
Tomyam tu tengah masak lagi. Banyaknya Yati perah asam limau. Lagi masam, lagi bagus. Cuma satu kurang, daun limau takde pula.

Ok, nak lipat kain pula.
Take care, dan have a great day semua! ^_^

Tuesday, January 10, 2012

cerita last weekend

Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas, kami ke KL lagi. Urusan akhir, jumpa penyewa yang dah nak masuk rumah.

Kami bertolak pagi-pagi dari Perak dan balik hari yang sama juga. Nak kejor pejabat maintenance rumah, sebab hari Sabtu, dia buka half day je. Nak kena amik sticker dan pass masuk. Dulu masa kami duk rumah ni, tahun 2005, takde lagi pintu pagar automatik. Takde apa-apa pun.

Sekarang nak masuk, kena ada pass tag. Dulu cuma ada econsave, sekarang dah ada Carrefour, Jaya Jusco, dan Giant. 

Sayang pula nak bagi orang sewa. Tapi kalau tak bagi, kami juga yang susah nak bayor 2 rumah tiap bulan. Itu pun, dah setahun lebih dah rumah ni kosong. Banyak juga yang dah kami keluarkan untuk repair yang bocor, dan pasang kipas dalam 3 bilik. Kami juga cat baru rumah. Penyewa yang sebelum ni, masa dia keluar rumah, dengan tempat sidai kain kami dia angkut sekali. Harap penyewa kali ni lebih ok.


Ni la rumah kami. Rumah kecik je. Kat luar tu, balkoni. 3 bilik, 2 bilik air. Tingkat 4. Semput la naik, sebab takde lif. Tapi sejuk, angin masuk je. Malam-malam tidor buka sliding door, nyamuk takde. Masa husband beli rumah ni, Amirul baru 2 tahun.

Pernah waktu susah, Yati cadangkan supaya jual je rumah ni. Sebab dulu, tak mampu  nak repair semuanya. Tapi husband sayang nak jual, sebab takde dah dapat rumah harga camni kat KL. Cuma bertahan, tu je la yang kami buat. Dengan ansuran bulanan rumah KL, dan sewa rumah Perak lagi, dengan belanja bulanan anak-anak, susahnya Tuhan je yang tahu. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Itu pun tunggu bonus juga, baru dapat repair semuanya.

Ni nasi ayam My Mom's Chicken Rice kepunyaan... ha, korang tau la sape punya, kan. Saje, tak pernah merasa, nak juga la try. Baru buka di Giant tepi highway nak pi Kajang tu. Rumah kami dekat area situ le. Hmmm... nasi ayamnya boleh le tahan. 7 ringgit lebih sepinggan. Tapi dia meninggalkan rasa bawang putih yang kuat dalam mulut lepas habis makan. Atau mungkin Yati je yang rasa camtu. Sebab amik cili dia banyak sangat.

Mendung berarak kelabu tu sedikit-sedikit meninggalkan kami. Mentari mula memancarkan sinarnya. Harap lepas ni, sinaran mentari tu akan terus terang, cerah menerangi hidup kami, dan juga hidup kawan-kawan juga. 

Selamat hari Selasa! ^_^

Monday, January 09, 2012

KL Bird Park

Assalamualaikum...

Tak abis-abis lagi cerita masa pergi KL masa cuti sekolah hari tu. Yati sambung ya.

Ada satu hari, kami pergi Taman Burung dekat Taman Tasik Perdana. Dekat situ, ada Taman Rama-rama, ada Taman Orkid, dan ada lagi beberapa tempat untuk pelancong, tapi kami sempat pergi di Taman Burung ni je. Itu pun, tak larat, berpeluh-peluh dan penat jalan dalam tu.

Bila last sekali korang pergi Taman Burung ni? Ada pernah pergi tak? Yati last sekali pergi, masa sekolah menengah. Rasanya masa tu, tempat ni takde la besar sangat, cuma yang Yati ingat, bila masuk, kita berpeluh-peluh la, sebab duduk dalam sangkar yang besar.

Jom kita tengok gambar.

Amirul, Hafizan dan Sulaiman.

Sulaiman takut tengok burung tu datang dekat.

Banyak burung merak berkeliaran. Budak-budak suka, sebab tak pernah dekat macam ni dengan macam-macam jenis burung.

Bila dah excited tu, mula la buat pelbagai aksi ultraman.
Yati yang gemuk dengan 3 hero kecik.
Burung apa tu.. color merah. Lawanya.., cakap Hafizan.
Penatnya jalan, rehat la kejap.
Tengok ni, burung merak ni datang dekat sangat. Agak-agak dia patuk tak...
Fuiyo... dia tau kita amik gambar dia, dia pi kembang ekor pulak! Lawa, kan?
Tengok itik dan ikan pulak..
Husband Yati buat lawak.
Ada juga galeri burung-burung yang diawet, segala jenis telor burung-burung, semua ada dipamerkan. Masa kami pi, ramai juga orang. Parking pula pusing-pusing juga la cari, nasib ada.
2 jam juga duduk dalam tu. Memang budak-budak suka.

Bila lagi nak pergi, tak tau la pula. 
Sekian cerita kami pi jalan-jalan kat Taman Burung. ^_^

Friday, January 06, 2012

Cerita masa pergi I-City

Assalamualaikum...

Hari tu, masa pergi KL, sempat la pergi I-City di suatu petang.

First time pergi ni. Amirul dan Hafizan tak ikut, dia orang lebih suka duduk rumah aunty dia orang, main game. Jadi, bawa si kecik Sulaiman je. Meh kita tengok gambor.


Sulaiman ni suka-suka dia je, terus naik atas angsa tu. Nasib tak penyet atau runtuh. Sebab Sulaiman ni nampak je kecik, tapi lenguh juga ler, kalo dukung dia.


Tu Yati le tu. Saje, amik gambor jauh. Kalau jauh, nampak le kecik sikit. Bila tengok dekat, amik kau, kembang rupanya...


Lawa yek... waktu malam..


Gambar tidak ikut turutan. Kejap waktu malam, kejap waktu masih petang.


Rusa ni pun, Sulaiman nak naik juga. Ler.. budak ni...


Merajuk ler tu, kita tak bagi dia naik rusa tu, dia lari kat pokok pulak.


Pastu nak pujuk, bagi la dia naik kereta ala space kat atas tu. Nak naik, kena beratur panjang. Bapaknya je la teman. Mama pakai kain, malu pulak kang kalo orang nampak. Sebab kereta tu kat atas, macam LRT tu, dia lalu atas orang.


Ha, camtu la kereta space tu, sorry ler, gambor tak jelas. Camera tak berapa elok.

Tu je la. Takde la jauh sangat tempat ni dengan rumah kakak Yati. 
Ramai juga la orang. Petang tak berapa, tapi bila malam, bertambah ramai. 

Ok, sambung lain hari ya. 
Selamat berhujung minggu! ^_^

Thursday, January 05, 2012

Crocheted hard disk cover dan cross stitch MU

Assalamualaikum...

Hari ni nak share projek crochet yang Yati buat sebelum pi KL hari tu.

Tadaaa.... 


Cover untuk external hard disk. Crochet sesedap rasa, ikut pattern sendiri. Guna benang baki projek lepas-lepas.


Yati nak buat dia muat-muat je, tak nak longgar sangat cover dia.  Tapi masih boleh keluarkan bila tarik.


Ni bila nak guna, cuma buka butangnya. 

Ok, tu projek Yati. Meh tengok projek seorang customer Yati, namanya Iza.

Iza order dengan Yati, transfer foto logo MU ke pattern, dan Iza jahit sendiri cross stitchnya.

Dari foto ke chart ke cross stitch

Menurut Iza, dia ambil masa sebulan untuk siapkan projek ni. Tahniah Iza! Cantik!

Kalau sape nak berkenalan dengan Iza, sila ke blognya, Mama Qs Stitch.

Kalau sape nak buat macam Iza, sila email gambar pada Yati. Asalkan gambar tu jelas, Insya-Allah Yati boleh buat. Harga RM30 sahaja untuk pattern. Kalau nak Yati jahitkan sekali, sekarang tak boleh. Sebab tinggal 1 lagi order cross stitch nak siapkan dan lepas tu, crochet bolero pula.

Yati terpaksa tolak order cross stitch. Sebab boleh buat satu projek saje pada satu masa. Kalau projek lain contoh crochet, Yati boleh buat sambil dalam kereta, atau depan tv. Tapi cross stitch kena concentrate duduk dalam bilik diam-diam. Jadi tak nak lah terima order banyak-banyak. Kelam kabut nanti. Plus sekarang anak sekolah, sibuk juga la.

Ok, selamat ya, take care semua...! ^_^

Tuesday, January 03, 2012

Hello 2012!

Assalamualaikum...

Lama sangat Yati tak update blog ni. 
Terima kasih banyak pada kawan yang sudi singgah, walau pun Yati tak sempat lagi nak membalas komen kawan-kawan dalam entri lepas-lepas. 
Yati ada terfikir, nak tutup je blog ni terus. Boleh tak? 

Hehe.. takde la. Sayang nak tutup. Cuma Yati masih sibuk, ada order nak siapkan. 
Yati tinggalkan gambar masa Yati dan keluarga ke Taman Burung KL. Cuti sekolah, kami ke KL seminggu, sambung misi repair rumah dan bawa anak-anak jalan sama.

My three boys, from left, Amirul, Hafizan dan Sulaiman suka tengok burung unta. :D

Syukur Alhamdulillah, rumah KL dah siap repair, penyewa pun akan masuk bulan depan. 

Esok sekolah akan mula. Rutin akan kembali seperti biasa. 
Yati berazam untuk kerja lebih keras, di samping jaga kesihatan diri lebih dengan bersenam, dan lebihkan masa untuk masak dan anak-anak. Sekarang pun hari-hari masak. Tapi kalau boleh, nak buat bekal anak-anak ke sekolah setiap hari. Kalau larat.

Apa azam anda pula? ^_^