Tuesday, December 25, 2012

Pindah...

Assalamualaikum...
Hi semua...

Yati dalam proses pindah rumah, dari Seri Iskandar, ke Lumut. Pindah ke rumah arwah ma. Atas perbincangan keluarga. Papa Yati tinggal sorang kat rumah tu.

Anak-anak pun pindah sekolah juga.

Yati online, cuma jarang dan sekejap-sekejap. Itu yang Yati tutup sementara kedai online Yati. 

Husband Yati pun dapat transfer kerja ke Sitiawan. Kami akan angkut barang sikit-sikit. 

Ok la. Yati nak share hasil crochet terakhir Yati kat rumah Seri Iskandar ni, kopiah untuk anak-anak. Lepas ni, dah nak kemas semua benang, barang jahit semua.

Kopiah untuk Amirul.
Kopiah untuk Hafizan

Kopiah untuk Sulaiman
Masing-masing pilih sendiri benang nak warna apa.


Keychain strawberry ni, Yati siapkan betul-betul hari Selasa lepas, hari mama meninggal. Diam tak diam, cukup seminggu mama pergi.

Ok, kalau Yati tak sempat nak tulis entri lagi lepas ni, Yati nak ucapkan selamat ya, pada kawan-kawan semua. Tinggal beberapa hari lagi, cuti sekolah. Lepas tu, anak dah kembali ke sekolah. 

Live life happily dan penuh syukur, hargai semua benda yang kita ada, dan all the best semua...!

Sehingga kita jumpa lagi... ^_^

10 comments:

  1. Akak baru bw semalam itu yang baru tahu mama yati dah tak ada .Rindu la akak nanti lama tak tengok post yati ...hhehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam Yati.Yelah. kita patut bersyukur dan hargai apa yg Allah beri kt kitakan...Syukur sangat sangat biarpun x mewah..cukup apa yg ada...

    ReplyDelete
  3. slmt berpindah k.yati..

    kopiah tu mmg cantik..siap ada nama lg..knpm x tertukar ngn org lain.. :P

    ReplyDelete
  4. Selamat berpindah yati.. :)
    Semoga sempat selesaikan urusan sebelum sekolah mula..


    Sulaiman pilih warna pink?? hihihi..

    ReplyDelete
  5. Tahziah atas pemergian ma yati... semoga rohnya bahagia bersama roh orang2 yg dikasihi Allah. Selamat berpindah & menghadapi tahun baru yg bakal menjelang.:D

    ReplyDelete
  6. baguslah camtu..semoga segalanya berjalan lancar....Lumut n sitiawan tu dh dekatkan....
    Akak agum lihat pembangunan bandar seri iskandar

    ReplyDelete
  7. assalam yati.. selamat berpindah.. moga dipermudahkan segala urusan dan semoga yati dan keluarga dapat suaikan diri dgn suasana yang baru.. insyaallah... :)

    ReplyDelete
  8. happy new year yati. moga bertambah sukcess lepas ni ya

    ReplyDelete
  9. Kak Suzie,
    ada ni kak. Cuma kurang online untuk update blog.

    ibuika,
    waalaikumsalam.
    Betul tu, syukur atas segala yang kita ada. :)

    Ziraziz,
    hehe, thank you, dah selamat pindah pun.
    ha ah, tu la dia kopiah tu, lain, jadi orang tak boleh amik, kecuali nama sama. Hehe..

    Zila,
    sempat, Alhamdulillah. Anak semua selamat masuk sekolah hari pertama hari tu.
    Itu la dia, dia pilih benang paling gebu, benang Yati dapat no 2 untuk CAL rose tote bag tak lama dulu, dari AsLinda. :)

    Precious Craft,
    terima kasih.
    Yati hargai sangat. :)

    Kak Nza,
    ye, dekat je kak, Lumut dengan Sitiawan tu.
    Ha ah, macam-macam dah ada kat Seri Iskandar tu.

    Kak Nisa,
    waalaikumsalam, kak.
    Hehe, Alhamdulillah, semua dah selamat pindah, barang semua dah angkut. Cuma rumah besor sikit banding rumah dulu, jadi nak ngemas pun semput juga. :D

    Melor,
    thanks Melor, same to you too.. :)

    Epid,
    timasih ya, my friend. Amin..

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea