Thursday, December 20, 2012

Mama dah takde

Hari Selasa, lewat petang, papa telefon. Papa cakap, mama dibawa ke hospital, naik ambulans. Yati telefon suami, yang waktu tu, belum balik dari kerja. Dia terus balik, kami packed barang, dan terus on the way ke Lumut. Sebelum sempat bertolak dari rumah Seri Iskandar, papa telefon, cakap yang mama dah tak boleh bernafas. Guna bantuan mesin. 

Dalam kereta, semua orang senyap. Selalu budak-budak bising dalam kereta. Yati dengar Amirul ajar adik dia baca Al-fatihah. On the way sana, kami baru nak sampai Ayer Tawar, abang ipar telefon, cakap papa telefon yang mama dah takde. 

Yati telefon papa, betul, mama dah takde. Instead of terus pergi hospital, papa mintak Yati tunggu di rumah Lumut.

Kami sampai, kami keluarkan semua perabot ke luar rumah, cari kain batik lepas, bawa keluar tilam ke tengah rumah, etc.

Tak de sape pun, Yati dan suami yang buat semua. Plus, kami tak tau apa nak buat. Yati telefon semua orang dalam contact list mama, bagitau mama dah takde. Tak lama, ada sorang kawan masjid ma datang, kakak tu la yang tolong bagitau, cari apa, buat apa. Membantu sangat.

Suami makan dengan anak-anak. Yati bawa nasi dan lauk dari rumah. Sempat makan, anak-anak dah lapor sangat.

Tak lama, ma dibawa balik. Orang mula datang, Yati bersihkan diri, baca yassin. Kakak dan kakak tengah still on the way dari KL.

Dia orang sampai rumah around 11 malam. Yati masih ok waktu ni. Modem Wifi rumah ma kena kilat. Yati guna hp, bagitau ma meninggal kat FB. Abang ipar cerita, bilik ma di rumah kak di KL mati 3 lampu. (mentol terbakar). Bila papa called mama takde, lampu terakhir dalam bilik ma tup, terbakor.

Keesokan harinya, pukul 11 ma dimandikan. Kami 3 beradik turut mandikan ma. Masa ni Yati tak boleh tahan, ayor mata dah turun.

Semasa dikapankan, sebelum tutup muka, panggil semua anak beranak, cium opah buat kali terakhir. Masa ni lagi la banyak ayor mata keluar.

Yati dan kakak tengah naik van jenazah ke masjid daerah Manjung, lepas zolat zohor, solat jenazah terus di sana.

Lepas solat, mama dibawa ke tanah perkuburan Islam dekat manjung. Dia atas sikit dari hospital manjung tu, dalam kawasan perumahan.

Ma selamat dikebumikan, dengor talkin sampai habis. Anak-anak dah lapor. Hafizan dah naik angin. 
Amirul dan Hafizan tahu opah dah takde. Sulaiman je bila tengok opah cakap nape opah tidor situ?

Yati kemas rumah, kami susun semula perabot. Rasa sayu bila tengok plastik ubat ma, knitted headband ma, bilik ma, baju ma, beg ngaji ma...

Masa last sekali ma masuk hospital, Yati ada tulis kat dalam entri blog yang kait dalam kereta tu, ma muntah, ada sikit darah. Hari ma meninggal tu, ma muntah warna hitam. 

Papa cakap, ada 3 doktor tengok ma masa emergency. Sorang doktor cakap itu sisa makanan. Sorang doktor, doktor yang operate cancer ma dulu cakap, no, this is something else. 

Ada sorang cousin, dia doktor, through uncle cakap, itu semua effect dari cancer. Ayu, yang kehilangan mama dan nenek oleh cancer, juga cakap, muntah darah tu salah satu tanda. Yati baru baca komen Ayu lepas ma dah takde. 

Ramai kawan ma datang. Jiran keliling datang. Semua cakap akan rindu ma. Sebab ma punya suara kuat. Bila ma sakit, dia orang tak dengar suara ma, dia orang datang visit, kenapa... oh.. ma dah takde. Sedara dari utara, dari johor, dari KL, semua datang.

Sorang uncle cakap, Yati, you have to be strong. 

Mama dukung Sulaiman masa Sulaiman kecik.
Rindu kat ma. Semoga ma tenang di sana. Alfatihah.

28 comments:

  1. Yati.. salam takziah untuk Yati sekeluarga.. Semoga arwah tenang di sana... Amin...

    Alfatihah..

    ReplyDelete
  2. salam takziah. Innalillah. Semoga akak tabah hadapi semua ini. Jemputlah dtg ke blog sy plak. TQ.

    ReplyDelete
  3. assalam yati..takziah dan alfatihah buat arwah mama yati

    ReplyDelete
  4. innalillah.. Salam takziah buat yati sekeluarga.....

    ReplyDelete
  5. innalillah.. kak Yati banyak bersabar ya, moga arwah ditempatkan di kalangan org beriman.. aminn

    ReplyDelete
  6. takziah kak yati...Selalu sedekahkan Al-fatihah kat ma kak yati doakan dia selalu...tanda kita ingat dan rindu,kasih dan sayang kt org tua kita...Al-fatihah.Semoga kak yati kuat..

    ReplyDelete
  7. Salam yati, tabahkan hati ya. Semoga arwah mama yati ditempatkan di klgn org yg beriman. Aminn..

    ReplyDelete
  8. Takziah utk Yati sekeluarga...

    Semoga ma tenang di Sana...Al-Fatihah

    ReplyDelete
  9. Salam takziah untuk yati dan keluarga. Alfatihah but mama yati. Moga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan bertakwa

    ReplyDelete
  10. alfatihah dan semoga roh arwah dicucuri rahmatNya,,, takziah yati

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk yati dan keluarga....semoga yati tabah dan sabar hadapi semuanya....

    ReplyDelete
  12. takziah buat kak yati sekeluarga.
    semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Al-Fatihah..
    Tabahlah ye..

    ReplyDelete
  13. salaam yatie, takziah buat yati sekeluarga. kematian itu sangat singkat masanya. sebaik saja jenazah dikebumikan maka bermulalah alam baru. moga arwah ditempatkan bersama2 org2 yang beriman. andai yati rindu, hilangkan rindu dgn alfatihah buat mama. alfatihah.

    ReplyDelete
  14. Salam takziah yati sekeluarga...Al-fatihah

    ReplyDelete
  15. Yati, ina harap Yati tabah...
    Al-Fatihah, semoga roh mama Yati berada bersama-sama golongan yg beriman...

    ReplyDelete
  16. Takziah. Didoakan put dan keluarga diberikan kekuatan oleh-NYA meneruskan hidup tanpa yang disayangi.

    ReplyDelete
  17. salam takiah dari kami sekeluarga...semoga roh nya di cucuri rahmat..

    al fatihah

    ReplyDelete
  18. Al-Fatihah

    Salam takziah k.yati..


    ReplyDelete
  19. al-fatihah.. salam takziah buat yati sekeluarga..semoga tabah menghadapi hari2 mendatang..

    ReplyDelete
  20. takziah buat kak yati sekeluarga dan tabah dengan dugaan ni... al-fatihah...

    ReplyDelete
  21. Takziah Kak Yati.
    "Death ends a life but not a relationship".
    Semoga Kak Yati & family tabah.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  22. salam takziah yati..maaf akak trlambat dpt berita nie..sedih dan sebak rasa hati dan amat memahami kesedihan yg yati tanggung.......kuatkan hati ye yati...
    Sama2 kita doakan agar arwah "mama" ditemptkan dikalangan org2 yg beriman...Al-Fatihah....

    ReplyDelete
  23. salam takziah yati ....akak baru tahu

    ReplyDelete
  24. Innalillah..Al-fatihah buat arwah. Ayu baru buka blog yati dan baru tau mak yati dah takde. Moga jumpa kembali di jannah. Kita akan sentiasa merinduinya...

    ReplyDelete
  25. Dear friends, abang dan kakak, terima kasih atas ucapan dan alfatihah untuk arwah ma. Kata-kata kalian bagi Yati kekuatan untuk lalui semua ni. Hargai sangat.

    ReplyDelete
  26. Alfatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat... Harap yati and family tabah ye...

    ReplyDelete
  27. Nanie,
    terima kasih, Nanie. Diam tak diam, dah 2 bulan mama pergi.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea