Wednesday, December 12, 2012

kait dalam kereta

Minggu lepas Yati sibuk. Selain buat ready stock untuk jual di bazaar tu, kami terpaksa ke KL. Ada urusan rumah kat KL. Ada dateline pulak tu, jadi kena turun juga hari sebelum bazaar tu.

Nak tau tak, Yati baru tahu yang Yati boleh kait dalam kereta. Pelik juga, sebab Yati memang tak boleh baca dalam kereta. Bila baca newspaper, akan start pening dan loya. 


Ni masa perjalanan pergi KL. Yati nak kait bag. Cuma bezanya, tak leh la laju sangat kaitnya. Sekali-sekala kena tengok depan juga.

Sampai KL, settle urusan, dan terus balik Perak semula. Tak jalan mana-mana pun. Lawak, tak. Huhu..


Ni pula masa perjalanan balik Perak. Pulak tu, kereta semput la pulak, tak leh bawak laju kat highway. Petang pula time tu, hujan lebat, all the way sampai tol Gopeng. Mulut dok baca ayat Qursi, tangan dok kait. Dah macam orang tua la Yati ni.


Sampai saje Batu Gajah, terus pi bengkel. Tuning enjin. Sempat siap satu bag. Eh, tak siap sepenuhnya, masa gambar di atas, belum jahit whip stitch bahagian bawah.

Beg ni antara barang Yati jual kat bazaar. Ada sorang kakak quilter yang sama jual di bazaar tu, dia suggest Yati letak snap button kat dalam bag. Yati suka sangat, dapat kenal dengan crafters lain, dan dia orang pula tak lokek ilmu. Dia orang lagi la banyak pengalaman dari Yati, selalu jual di bazaar banyak kali dah.

Yati sekarang ada kat rumah mak di Lumut. Mak Yati baru keluar hospital, sekali lagi. Ma biasa muntah bila lepas makan, tapi kali ni, ada darah pulak. Doktor takut mungkin cancer tu dah pergi ke hati. Tunggu dan lihat la camana.

Yati masih menunggu gambar dari customer untuk projek cross stitch seterusnya. Jadi, sementara menunggu tu, kalau ada yang nak tempah barang kait, boleh la contact, email Yati di yati_my@yahoo.com.

Ok, jumpa lagi, berusaha, chaiyok! ^_^

6 comments:

  1. crafter tegar k.yati ni..kt mne2 pn blh mngait..

    ..moga ma k.yati smkn sht..

    ReplyDelete
  2. Pandainya Yati mengait. Selamat ber'bazaar'! A new challenge kann...All the best!!

    Doa yang terbaik untuk mak Yati, InsyaAllah!

    ReplyDelete
  3. aida if dlm kta, tak bleh buat pe! dok and tgk depan je... if not, mabuk!!! ini kan pula mengait, memang masuk spital i nanti hi hi...

    ReplyDelete
  4. Ziraziz,
    hehe.. nak kejor masa, cikgu. Dari tidor dalam kereta, baik ngait.
    Terima kasih, cikgu. :)

    Marie,
    thank you. Dah lepas pun, Marie. Alhamdulillah, semua berjalan ok.
    Terima kasih ya, Marie.

    Aida,
    hehe.. yati pun macam tu juga. Tapi kita tak tau kan, setakat mana kita boleh pergi kalau kita tak cuba. Ha, ok pulak, tak pening masa kait dalam kereta. Tapi baca paper atau buku memang Yati tak boleh. :)

    ReplyDelete
  5. untung yati projek cs, ayu projek jahit tak boleh nk jahit dlm kete..hehe. jawabnya tidur jelah..:P

    Mak yati kanser ke? Mama dan nenek ayu pun kanser, dua2 dah pulang kpdNya. Ambik masa Yati utk mak ye. Maaf ayu ckp ye..kekdg muntah darah tu petanda. Mama dan nenek ayu pun mcm tu. Apapun, kita doakan yg terbaik untuknya.

    ReplyDelete
  6. Ayu,
    Yati baru nak balas komen ni.
    Arwah mak Yati breast cancer. Tapi last mammogram, clear, doktor kata. Betul apa Ayu cakap tu. Yati redha dan terima segala, I wish I had spent more time dengan ma.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea