Monday, December 10, 2012

go away, M

Lega, semuanya dah lepas.

Yati ada upload gambar masa bazaar di page facebook. Klik sini untuk tengok.

Rasa seronok, dapat kenal dengan ramai orang dan jual barang secara berdepan dengan customer. Lain seronoknya banding selama ni, Yati jual online saja.

Kalau ada kawan yang ada add Yati di pinterest, mesti tau yang join craft bazaar ni antara wishlist Yati. Alhamdulillah, tertunai sudah tahun ni. Rasa seronok sangat. Bila kita dah cuba, baru kita tahu macamana. Pengalaman tu yang Yati cari.

Sekarang dah bulan Disember. Kawan-kawan ada yang holiday lagi? Bestnya... jalan-jalan.
Masa hujung tahun ni la kita nilai balik kan, adakah azam kita masa awal tahun sudah tercapai atau tak. Kalau tak, seperti biasa, carry forward ler ke tahun depan. Jangan kecewa kalau ada yang tak tercapai, sebab Insya-Allah kita boleh, cuma mungkin perlukan masa lebih sikit. Chaiyok, berusaha!

Entri takde gambar tak best la. Nak letak jugak gambar..


Burung purple tu antara yang Yati buat untuk bazaar. Dah pun dibeli dek orang. Tinggal gambar je sebagai kenangan. Teddy bear kecik tu Sulaiman punya. Rindu la kat budak-budak. Tak sangka budak kecik tu boleh tahan lama-lama dok dengan aunty dia orang.

Ada antara kawan-kawan rasa malas tak nak update blog... macam Yati? Hehe.. 
Ok ler, jumpa lagi. ^_^

9 comments:

  1. cantik2 craft yg k.yati buat.. :)
    mst bz siapkn craft ni, sbb tu jrg update blog..


    sy ant yg mls nk update blog :D..

    ReplyDelete
  2. sulaiman pun dah ikut abang2 diorg g holiday ke yati?

    ReplyDelete
  3. sama jugak cam akak, malas nak update blog.

    ReplyDelete
  4. tak sunyi ke tak ada anak-anak lama snagat ....heheheh

    ReplyDelete
  5. aida pun kekadang M tu dtg, tu yg blog tak ber update. but, aida punya konsep blogging more to nak simpan kenangan khas utk anak-anak. nanti diorang besar, diorang baca le online diari si ibu ni hah. so, if M dtg, normally aida akan qada' balik all entry yg perlu.
    anak-anak aida da ada rumah :-) meriah kembali suasana rumah!

    ReplyDelete
  6. oh lamanya budak2 tu cuti, mesti rindu2an... akak tak biasa semua takde kat rumah, mesti kena ada sorang temankan... hehe

    ReplyDelete
  7. akak dah tengok gmbar2 kat bazar tu..bnyak jgk barang2 yg Yati jual ya...
    Tapi brung prple tu mmng comel sangat....

    ReplyDelete
  8. Cikgu Ziraziz,
    timasih. :)
    Hehe.. sama-sama lah kita lawan M tu ya. :D

    Kak Mila,
    ye kak, Sulaiman ikut abang² dia kali ni ke KL. Tak leh tinggal, nanti merana dia macam cuti sekolah lepas.

    Kak Su,
    hehe.. sama kita yek, jom kita lawan M tu sama-sama. :)

    Nana,
    Terima kasih. :)

    Kak Suzie,
    Sunyi, kak. Tapi sebab busy, tak rasa sangat. Bapak budak pulak yang terlebih rindu, takde member nak main.

    Aida,
    Bagus Aida ni. Itu yang buat motivasi untuk update blog ya.
    Best la, anak² dah balik. Yati pun, dah jumpa budak² ni ha, kat rumah mak Yati. :)

    Kak Nisa,
    Rindu, kak. Nasib baik busy, tak rasa sangat. Hehe... kalo boleh tinggal sorang memang bagus. Tapi yang kena tinggal akan merana, tu terpaksa lepaskan. :)

    Kak Ina MP,
    Boleh tahan, nampak penuh sebab Yati sewa meja kecik, kak. Lain kali boleh sewa meja besor.
    Hehe.. timasih. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea