Friday, November 30, 2012

sunyi plak kat rumah...

Tu dia, lama benor tak update. 
Banyak benda berlaku. Mak Yati masuk hospital, cermin kereta pecah, tiga-tiga anak Yati tak de dengan Yati sekarang. Dia orang pergi KL sejak hari Isnin lepas. Rumah aunty dia orang. Takpe la, dia orang nak holiday. Duduk rumah pun boring, mama tak bawak jalan sangat. Mama busy prepare stok untuk bazaar bulan depan. Hehe...

Yati siapkan 2 tote bag crochet, tempahan customer dari Sungai Petani. Meh tengok gambor.

Bag satu. First time Yati jahit lining dalam ada poket. Tapi simple poket saja. 
Lain kali boleh la try buat lining ada poket berzip pula. 

Bag 2. Inspirasi dari tote bag Yati buat untuk projek CAL dulu.

Supaya handle bag tak melendut, Yati letak tali bag nylon di dalam. Pun pertama kali cuba juga. Memang tak stretchable sangat, banding kita tak letak apa-apa.

Yati siapkan kedua-dua bag ni separuh kat rumah, separuh lagi kat rumah mak. Masa tu, mak Yati masuk hospital. Husband pulak pergi kursus di Kedah. Mak Yati hari tu teruk juga. Tapi sekarang dah ok sikit.


Ni gambar kakak Yati hantar. Amboi, syoknya budak-budak ni jalan-jalan. Sulaiman dah boleh pisah dengan kami ni, tak nangis pun dok rumah aunty. Kalau tinggal dia sorang kat rumah macam last year, monyok manjang. Hari-hari kena bawak pi kedai beli ultraman nak bagi happy. At least sekarang dia orang bertiga seronok time cuti sekolah.

Ok. Sekian dulu buat kali ni. Take care semua, ^_^

5 comments:

  1. cantiknya beg yati tu. Org yg sabar je mampu buat beg tu. Knitting ayu mmg tak lepas lg. Terkial2..hehe.

    Mak yati sakit apa? moga dah sihat sepenuhnya.

    Seronok tgk anak2, tp makin besar dah makin pandai bawa diri..lama2 tinggallah kita berdua dgn suami. Moga anak2 jd anak yg soleh, sentiasa ingat dan doakan kita walau dimana mereka berada..amin :)

    ReplyDelete
  2. ti, anak2 dara aida pun xde dgn aida sejak minggu lepas. mlm ni baru nak balik umah mak amik diorang. memang sunyi tanpa dia berdua. izzat lom bleh borak hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. comel sangat beg tu...

    Semoga mak Yati cepat sembuh...
    Seronok anak2 dapat jalan2 ya...bagi peluang mamanya siapkan apa yg patut...

    ReplyDelete
  4. Best ler boleh honeymoon ...heheheh

    ReplyDelete
  5. Ayu,
    terima kasih. Beg Ayu jahit pun lagi lawa. :)
    Mak Yati sakit darah tinggi, sakit tulang belakang, dan dia dulu breast cancer. Walau pun sudah sembuh dari cancer, tapi dia still on and off sakit dan keluar masuk spital. Terima kasih, Ayu.
    Amin. Itu la doa Yati setiap hari, Ayu. :)

    Aida,
    dengan baby pun boleh borak apa. Main-main dengan baby. Izzat dah boleh main / gelak tak? :)

    Kak Ina MP,
    terima kasih, kak.
    Amin.. ye la kak, dia orang memang seronok. Aunty dia orang bawak jalan merata.

    Kak Suzie,
    hehe.. honeymoon? boleh ler.. pi dating minum teh tarik berdua, hehe..

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea