Thursday, November 01, 2012

Homemade kerepek dan beanie tak jadi

Assalamualaikum... hello semua!

Kain dah start tak kering. Matahari takde, mendung satu hari semalam. Tidor malam sejuk bebenor. Hehe..

Masa baru sampai rumah dari raya haji hari tu, ada jiran sedekah ni.


Apa tu? Cer teka, cer teka..

....
...
...

Ubi kayu ler.

Kami dah rebus sikit. Kedai nyor pun tak bukak hari tu, cuti lagi beraya. Jadi, kami rebus ubi makan dengan gula.

Bakinya, kami potong nipis, bior dalam ayor garam setengah jam, dan goreng.


Jadilah kerepek ubi. Husband dan Hafizan kruk krak kruk krak makan sambil tengok tv. Yati tak leh, sakit gigi la pulak.

Semalam tak online, nak cuba buat slouchie beanie (topi atau serkup kepala besor). Biorlah muat kepala orang tua pakai. Tapi tak muat pun kepala kita. Muat kepala Sulaiman dan Hafizan je.

Dari depan

Tu pun belum kait dia punya edging. Bila dah, lagi la kecik, Sulaiman pun tak muat.

Dari tepi
Dah frogging dah, nak buat baru, yang boleh muat. Rasanya, tau kat mana nak increase row tu. Pattern dia tak susah pun. Tapi bab kait kopiah ke, topi ke, tricky jugak bagi Yati, sebab takut tak muat. Nanti nak cuba lagi.

Hari ni dah 1 November, yek. Minggu depan dah start cuti sekolah. Cepatnya...

^_^

7 comments:

  1. rajinnya Yati buat kerepek ubi tu...mmng ralit makan kalau mnnton tv...

    ReplyDelete
  2. tgk tv mmg syok kalau dpt mengunyah.....

    alo..lo tomeynya si bujang tecik....

    ReplyDelete
  3. yati, kenapa kita selalu senasib.. hehe akak pun sakit gigi.. huhu.. next week baru dapat jumpa dentist

    ReplyDelete
  4. Comel Nya sulaiman. Sedap tgk ubi blh buat tpg talam

    ReplyDelete
  5. Kak Ina MP,
    sayang kak, dibior camtu je ubi kayu tu. Buat kerepek tu je la yang paling senang. Ha ah kak, dah selamat habis pun kepek tu, sat je.

    Kak Nza,
    betul, betul, betul! Hehe..
    Sulaiman yang kuat makan, hehe..

    Kak Nisa,
    Ouch... ye ke.. sehati sejiwa la kita, kak. Yati sejak makan mempelam masam, terus gigi belah kiri rasa ngilu. Time berus gigi dan time makan benda keras. Tidak syak lagi, mesti ada lobang. Huhu..
    Oh, baguslah kak, pergi dentist.

    Kak Suzie,
    alamak.. yati tau makan je tepung talam. Buat tak tau. Tak tau pun boleh buat dengan ubi kayu. :)

    ReplyDelete
  6. Rajin yati buat kerepek... kalau buat ubi kepal pun sedap... hihihi..

    saya lagi la tak pass2 buat topi.. kira tahap surrender la.. ni yati buat jadik jugak.. ada rupa paras topi.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  7. Zila,
    ubi kepal? Kepal-kepal, buat apa? Goreng ke rebus? Hehehe..
    Marilah kita usaha sama-sama buat topi. Boleh punya la. Cuma pattern je, kadang bukan dia share semua, tu tak jadik tu. (salahkan pattern pulak). ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea