Saturday, November 03, 2012

cerita hari sabtu

Assalamualaikum... hello semua!

Pagi ni ada majlis Ihtifal Pasti, sekolah Hafizan. Yati pergi dengan Hafizan.


Hafizan ada buat persembahan, ada hafazan sikit.

Hafizan sekolah kat Pasti ni dah 2 tahun, masa umur 5 dan 6 tahun. Kami kekalkan dia kat Pasti je, sebab banyak Hafizan belajar kat sini. Membaca pun dah boleh, masa umur 5 tahun. Jawi pun dia boleh baca. 
Silap kami dulu, tak hantar Amirul ke Pasti. Sampai sekarang Amirul tak lancar Jawi lagi.

Lepas persembahan, ada penyampaian hadiah dan jamuan juga. Gambar blur. Yati segan nak ke depan, amik gambar lebih dekat, ramai bapak-bapak kat depan tu. 

Selain majlis sekolah Hafizan, hari ni juga dapat tahu keputusan periksa SPA yang Yati pergi bulan 9 yang lepas.


Yati gagal. Sedih ke? Tak lah sedih sangat. Ok je. Hmmm... nanti nak pikio sama ada nak apply lagi ke tak. ^_^

Lagi satu cerita, husband print out keputusan peperiksaan Amirul. Bagi yang tahun 3 ke atas (betul ke, kawan-kawan ku yang kerja cikgu? Kalau salah, ampun..), boleh check dah kat laman SAPS. Klik pada Semakan Ibubapa.

Amirul ada improvement. Masa periksa tengah tahun dia dapat nombor 22, yang periksa akhir tahun baru ni, dia dapat nombor 7. Gred keseluruhan dia 4A 1B. Ok ler tu. Anak mama lagi pandai la, mama pun failed periksa. Hehe..

Hari ni nak jalan-jalan ke mana? Petang je hujan kan, sekarang. 
Selamat hujung minggu semua.. ^_^

8 comments:

  1. salam yati.

    1. saps tu kena daftar dulu ke?
    2. tahniah la kat amirul
    3. pasal spa tu janga sedih. cuba lagi. satu hari pasti sangkut. melor dah ada pengalaman dgn spa nih bila dpt kerja pula tak lama.
    4. hujan2 nih makan ubi kayu cicah sambal bilis sedap tuuuu

    ReplyDelete
  2. Melor,
    1. Tak, cuma masukkan no kad pengenalan anak.
    2. Timasih, bagi pihak Amirul.
    3. Tak sedih. Timasih, Melor.
    4. Ubi kayu dah habis dah, buat kerepek hari tu. :D

    ReplyDelete
  3. asssalam yati..dulu anak acik yang kedua sekolah pasti..yang bungsu intergrasi..memang cepat pandai baca dan cepat khatam quran.

    ReplyDelete
  4. yati
    tak apa, kak shima rasa apply dan cuba lagi, jangan putus asa ya, good luck, insyaallah akan dapat... amin

    ReplyDelete
  5. kesian gambar tu kelabu ...huhhuhu

    ReplyDelete
  6. kak..pasai SPA tu...usaha ja lagi kak.jgn putus asa...
    tahniah utk anak akak dan mak nya jugak.ehehhe..anak hebat datang dr mak yg hebat jugak.

    ReplyDelete
  7. Yati..cubalah lagi ambil exam lagi ek.. chaiyok! chaiyok! :D

    Tahun dpn semua anak2 yati dah sekolah la ek.. :D

    ReplyDelete
  8. Acik Erna,
    waalaikumsalam warahmatullah, Acik.
    Ooo ye ke.. tu yang buat Yati rasa nak masukkan budak ni ke sekolah agama je. Seronok tengok dia lancar Quran.

    Kak Shima,
    Amin.. yati takkan putus asa, kak. Mekasih. ♥

    Kak Suzie,
    ha ah. Camera handphone, kak. Apa nak buat. Huhu..

    Mama Adawiyah,
    amin.. Insya-Allah akan cuba lagi. Mekasih ya. :)

    Zila,
    Chaiyok! Malaysia boleh! Mekasih, Zila. ♥
    Ya, tahun depan, Yati tinggal sorang kat rumah waktu pagi. Tiba² rasa macam nak kerja part time kat mcD. Hehe...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea