Monday, October 15, 2012

snap sana sini sinun

Hello... sihat ke, kawan-kawan? Hari ni hujan sejak pagi. Sejuk je cuaca. 

Asyik cerita pasal projek cross stitch dan kait, hari ni Yati nak cerita satu lagi hobi yang suka jugak la Yati buat. Amik gambar. Kadang tu, waktu dalam kereta, kalau jumpa benda cantik. Lain hari, kalau duduk kat taman. Ada hari, waktu naik basikal dekat kawasan rumah ni. Ni Yati nak share gambar yang Yati ambik guna camera handphone. Camera compaq satu bateri dah kong, tak leh guna lagi. Camera DSLR jauh lagi nak dicapai dek tangan. Bak kata sorang kawan Yati yang jugak seorang photographer, camera terbaik adalah camera yang ada di tangan kita. Tak kira la apa brand pun, janji dia boleh guna untuk capture gambar untuk kenangan kita. 

Kebanyakannya gambar pemandangan dan alam semulajadi keliling kita ni. Dulu suka juga ambil gambar bunga, tapi sejak bunga-bunga kat rumah ni dah selalu kena makan dek ulat, terus hilang mood amik gambar bunga.

Jom layan gambar...

Suatu pagi berkabus dekat rumah. Nampak signboard dalam gambar tu, tepi signboard tu ada jalan, tapi tak nampak, sebab kabus. Jarang-jarang sini pagi ada kabus. 
Banyaknya joran. Sepanjang pantai ni penuh dengan orang memancing, sebab ada pertandingan memancing. Hehe.. satu hari di Pantai Teluk Senangin.

Husband tengah nak beli popia, kat Batu Gajah. Yati snap dari dalam kereta. Kalau kita orang lalu dan nampak , mesti beli. Tapi dia bukan setiap hari buka.

Tu gambar ikan makan. Sekali campak roti, berduyun-duyun ikan mari. Tasik UTP, Tronoh.

Suatu senja di playground dekat rumah. 

Ni memang satu pemandangan jarang kita tengok. Snap dari dalam kereta. Hujan turun di dua kawasan, tepi tengah-tengah cuaca cerah. Masa dalam perjalanan dari Batu Gajah balik rumah.

Ada jambatan, motor dan pejalan kaki je boleh lalu seberang Sungai Perak. Tengah-tengah ada pulau. Tepi resthouse Parit.

Ikan laga ni masa bulan puasa dan hari raya lepas ada lagi. Tapi lepas raya, terus mati. Kejap je dapat bela dia.
Gambar hujan setempat juga. Dekat taman Esplanade, Lumut.
Tu je la. Lain hari Yati share banyak gambar lagi. ^_^

9 comments:

  1. Akak pun suka. Ikut suka la mana Nampak cantik. Tapi kadang x lawa.

    ReplyDelete
  2. betul tu yati, kdg2 nk usung dslr kesana-kemari payah juga, yg terbaik yg plg dekat ngan kita.. yati, yg gambar time senja tu cantiknya color dia :)

    ReplyDelete
  3. cantik2.. sy suka pic hujan setempat cantik sangat..

    salam kenal n follow..:)

    ReplyDelete
  4. cantik2...
    sy suka pic hujan setempat tu..unik tau..

    salam kenal n follow sini..:)

    ReplyDelete
  5. semua pic tu cantik...tapi yg paling kak ina suka gambar senja tu...

    ReplyDelete
  6. sejuk mata memandang tgk pic yg yati snap tu....rupanya yati ada bakat la dlm bidang photografer tu....

    ReplyDelete
  7. Rajinnya yati amik gambar... gambar sendiri mana? hehehe...
    saya sekarang ni mcm x berapa rajin plak.. kesian anak yg kecik tu.. gambar dia tak berapa banyak.. dah lah semua pun x cuci.. huhuhu..

    paling suka gambar 2 tempat hujan tp tengah2 dia cerah tu.. MasyaAllah... :D

    ReplyDelete
  8. Kak Suzie,
    snap je kak. Lawa tak lawa, belakang kira. Buat kenangan. :)

    Abby,
    tu la. Sini jarang senja ada awan dan langit cantik macam tu. Tu yang Yati cepat-cepat capture. :)

    Mama_saly,
    Terima kasih singgah sini. :)

    Epid,
    ha ah, peberet gambar aku juga. Rasa tenang je bila tengok balik.

    Kak Ina MP,
    terima kasih, kak. Jarang dapat tengok pemandangan senja cantik kat tempat Yati ni, kak.

    Kak Nza,
    malu Yati. Ye ke kak? Kena banyak belajor lagi, kan.

    Zila,
    gambar sendiri, takde. Model tak fotogenik la, lagi pun i pemalu orangnya. Heeee..
    Oh, tu la, sama dengan Yati. Teringin nak cuci semua gambar digital, simpan dalam album.
    Itu la, jarang-jarang dapat tengok pemandangan macam tu, kan. Subhanallah..

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea