Friday, October 19, 2012

shawl in the making...

Dah hari Jumaat. Cepat, kan...

Projek sekarang, tengah kait shawl, untuk crochet-a-long group Yarn Lovers Malaysia, kat FB.


Color garang pulak kali ni, merah! Tengok la benang saya tu, boleh bersimpul pulak. Tak pernah jadi simpul, sebab selalu Yati cari punca dia kat dalam. Ni ntah, second ball boleh tersimpul. Husband tolong leraikan, sebab semalam buat dari pagi, sampai takde mood dibuatnya. Baru lah tau camana perasaan bila benang simpul giler, kena banyak bersabor. Lagi-lagi benang ice yarn - Lorena ni.

Yati boleh suka pulak dengan color merah. Lagi-lagi, bila tengok filem Red Riding Hood.


Yati rasa lawanya, hood merah dia. Tu yang Yati pilih color merah. Walaupun takde benang merah betul, cari yang paling dekat la dengan warna merah hood tu.

Biarlah shawl Yati nampak plain satu color je. Tengok kawan-kawan yang dah submit, semua lawa-lawa guna benang multicolor. Dah ada dalam kepala, hujung shawl tu nak buat camana, tapi tengok lah nanti.

Rasa macam nak cat rumah color merah. Nanti bila ada rezeki, nak beli kereta color merah. 


Ish, ish, ish... lawanya color!

Hehhe... hari ni hari berangan saya, encik! 

Ops, lupa nak bagitau, Yati ada masukkan kat kedai online Yati tu, projek knit-a-long, crochet-a-long yang lepas-lepas. Mana tau, kot ada kawan-kawan yang berkenan. Jemput kalau nak tengok harga Crocheted tote bag dan knitted short scarf.

Esok hari Sabtu, nak kena register Sulaiman tadika. Macam tak caya je, budak kecik tu dah nak pi sekolah tahun depan. Heee...
Selamat hujung minggu semua! ^_^ 

7 comments:

  1. hai. seronok nye anak kecil dah masuk sekolah boleh le bnafas skt n ada la masa utk diri sendiri. baby melor belum lagi masih kena kepit.tak

    ReplyDelete
  2. wah... merahnya mak ngah...
    saya memang tak sempat join CAL kali ni.. mcm aura tak sampai... hehehe...
    tumpang seronok tgk kengkawan je la.. :D

    Yati.. dalam rumah jgn cat merah tau.. nanti lapar 24 jam.. org kata warna merah untuk menaikkan selera makan.. sebab tu byk restoran alas meja warna merah.. hehe.. orang kata la.. :D

    Sulaiman masuk Pasti jugak ke? Saya baru hantar borang anak saya semlm.. :D

    ReplyDelete
  3. Dah nk siap pun shawl Yati! Dlm diam2 ye Yati?? hehehe...anyway, cantik kaler tu! Nk cat rumah warna merah?? hmmmm..asalkn dlm rumah Yati tk de yg panas baran, ok lah :p Masa mmg cepat je berlalu kan? Tk lama lg dah 2013. Cepat sungguh!

    ReplyDelete
  4. Hi Yatie.

    Dari dulu teringin nak buat crochet. tapi asal pegang mesin or benang je..abis semua orang kecau..huhu cantik je tgk org mengait. Maybe satu hari nnt tempah kat yatie ajela.. Yatie ambik tempahan ke? Kalau ye bolehla roger2 nnt. ^_^

     Nanti jemput ke blog saya ye.
    REDCOMEL

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak tengok shawl tu bila siap nanti.....

    ReplyDelete
  6. xsabar nk tunggu hasilnya....

    wah, sulaiman dh besar la....

    ReplyDelete
  7. Melor,
    ye ke.. rasanya seronok kot, tapi sunyi la, nanti kita sorang dok rumah. Kalau tak, ada budak kecik teman.

    Zila,
    hehe.. next time Zila join ya, CAL.
    Ya, betul, Yati pun ada baca tentang alas meja merah tu. Takpe, bukan nak cat satu rumah, dapat bilik kerja Yati color merah pun dah ok.
    Ye, hantar ke PASTI juga. Dah daftar hari Sabtu lepas. Cikgu kata, PASTI selangor sampai ada kena buat 3 sesi. PASTI sini pun mungkin ada 2 sesi. Ramai yek..

    Kak Aisyah,
    Belum siap lagi, kak. Nak buat dia labuh skit.
    Hehe.. mana ada. Orang dalam rumah ni semua gila-gila. Tapi takde lah cat satu rumah color merah. Dapat satu bilik cukup la.
    Betul, betul. Lagi 2 bulan nak masuk tahun baru. Cepat betul!

    Khairani,
    Hi!
    Ya, ada ambik tempahan.
    Kalau berminat, boleh email yati_my@yahoo.com
    Boleh kita story panjang-panjang.
    Hehe.. thanks singgah sini.

    Kak Ina MP,
    Yati pun kak. Tapi tu la, baru kait sebaris, dah pi buat kerja lain. Kena pulun lepas ni. :)

    Kak Nza,
    Itu la dia. Dah nak masuk tadika dah dia tahun depan. Tinggal mama sorang kat rumah.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea