Sunday, October 28, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum...

Yati tak online 3 hari, sejak hari Khamis lepas. Balik Lumut. Kami tak balik Kelantan kali ni.

Kawan-kawan ada buat korban ke?

Yati baru siapkan shawl. 

Ni cubaan pertama Yati cuba letak manik pada hasil kait.

Letak manik pada setiap tassel. 
Tengok video youtube dan refer buku juga.

Akhirnya, siap! 

Lawa sungguh background belakang tu ya. Hehe..
Guna benang Lorena Fuchsia, 5 ketul. Banyak, kan. Maklumkan, ukur di badan orang kembang. 

Besar tak?
Panjang dari kanan ke kiri ialah 50 inci. Panjang dari bahu ke pinggang (bawah skit dari pinggang, sampai pinggul, chewah) ialah 24.5 inci.


Yeah... cantik tak bead tu? Yati cari color putih, tapi takde pulak color putih. Kalau tak, boleh nampak macam pearl gitu, kan..

Bila dah siap, mengingatkan Yati, masa kecik dulu, kat kampung Segamat, tok tutup tv dengan alas tv kait macam shawl tu le. Bila nak tengok tv, kena singkap alas tv. Bila tak tengok tv, dia cover tv, supaya tak berhabuk.

Dan, Yati juga kena ucapkan good bye, selamat jalan pada Bouquet of Roses.


Tipu la kalau Yati tak rindu kat dia. 8 bulan tau, Yati siapkan cross stitch roses tu. Bila pulak la Yati nak buat cross stitch besar macam ni, tapi untuk hiasan dinding sendiri. Insya-Allah, akan pos esok, hari Isnin, ke Sarawak. Sobs.. sobss.. bye bye...

Yati sudah masukkan crocheted shawl dalam stok readymade Yati and Stitch. Jemput singgah kalau nak tengok harga ya. 

6 comments:

  1. cantiknye...pandainye mengait..
    mak sy pandai mengait jugak..sy pernah belajar tapi tak jadik2...last2 tinggalkan aje..

    ReplyDelete
  2. shawl tu warna pink ke merah gelap yati..ke yati kait 2 helai..apapun mmg cantik n kemas.....

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha dik....

    Cantiknya shawl tu....kemas jahitannya...

    ReplyDelete
  4. Ena,
    terima kasih.
    Kena ada minat nak mengait ni. :)

    Kak Nza,
    warna merah gelap, kak. Satu shawl je Yati kait.

    Kak Ina MP,
    Selamat hari raya, kak.
    Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  5. Jauh terbangnya Roses itu.. jgn sedih yati.. lepas ni bleh jahit lagi.. hihihi..

    Cantik shawl tu... :D
    Yati duduk kat Segamat ke dulu? Kampung kita tu... :D

    ReplyDelete
  6. Zila,
    Yati rasa macam tak sanggup nak jahit Bouquet of Roses tu sekali lagi. Besor bebenor.
    Terima kasih, Zila.
    Kampung Zila kat mana? Yati ada Tok, belah bapak Yati. Kampung Sepinang, dekat Buloh Kasap. :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea