Monday, October 22, 2012

sebelum dan selepas

Sebelum


Semua pokok bunga, pokok kari, hidup subur, bunga keluar dengan lebat, daun merimbun.

Selepas


Ni je yang tinggal. Pokok bunga, pokok kari, pokok limau, kena makan ulat.

Punca: Sindrom malas keluar rumah untuk siram pokok dan membaja.

Penyelesaian: Untuk pokok terus hidup, husband Yati gantung kat pagar. Sekarang petang je hujan, jadi kena air pokok tu. Kalau tak hujan pun, husband yang tolong siramkan. Dia kata, kesian, nanti mati.

Entah apa-apa kan. Jangan jadi macam Yati ya.

Macamana hujung minggu kawan-kawan? Yati lepak rumah, sambung kait shawl.


Yati nak shawl ni panjang. Tutup dada dengan selesa. Tak nak la bila tarik depan, belakang jadi pendek. Bior cover belakang juga. Yarn sudah masuk ball ke-4. Waiya! 

Happy Monday! ^_^

18 comments:

  1. bestnya duk umah ada laman ni ha.sy duk kt flat...duk dalam rumah ja la.hehehehe...tingin gak nk belajaq menganyam ni..eh..emnganyam ka? ka,mengait?hehehe...tapi tak berapa da masa.hari tu pnh mama nk ajaq,tp tak sampai 5 minit,jari dah nk krem pgg jarum dia tu.ehehehe..

    ReplyDelete
  2. kat umah akak pun kengkdg ulat tu suka menyinggah. gerammmm

    ReplyDelete
  3. eh, eh..dulu kt umah abby pun ada gk pokok yg mcm rama2 tu, cantikkan :) tp skrg tinggal gambar je buat kenangan, kene sindrom yg sama mcm yati, hehe..

    shawl tu cantik lh yati, xde dlm pasaran lg ni.. mana tahu lepas ni trend shawl kait pulak lepas shawl renda2.. tapi mesti mahal sbb susah nk buat kn..

    ReplyDelete
  4. samalah yati... abg akak pun dah alih semua pasu katluar, biar kena hujan... masing2 dah tak jaga pokok.. dulu2 rajin jugak... tapi akak ni kes tak berani keluar rumah, sbb pernah kena pecah masuk siang2 hari.. terus trauma.. nak jemur baju pun takut..

    ReplyDelete
  5. Aida baru 2 minggu lepas layan pokok2 semula. Masa pregnant, langsung x usik! Ada yg hampir mati pun. Alhamdullillah, skang semua da kembang semula dan bertunas...

    ReplyDelete
  6. cantiknya bunga2 tu Yati..lebat merimbun daunnya...sayang pulakkan bila tengok gambar selepas tu... Harap2 lepas ni merimbun semula....

    ReplyDelete
  7. waa....segor bugar pokok itu ketia sebelum...heheeee

    Selamat Hari Raya Qorban, put

    ReplyDelete
  8. Suraya Noor,
    hehe.. mengait (crochet).
    Rumah saya kat KL pun flat juga. Ni rumah sewa je, kat Perak ni. :)

    Kak Su,
    tu la. Boring juga kan. Kita dah jaga elok-elok tapi ulat dok makan. Tu Yati dah naik malas nak maintain pokok bunga dah.

    Abby,
    ha ah. Yati pun panggil tu pokok bunga butterfly je. Beli kat cameron. Hehe.. sama kita yek.
    Shawl ni pakai macam baju sejuk sesuai, kalau nak buat tudung, mungkin panas. :)

    Kak Nisa,
    bahaya tu kak. Memang patut dok dalam rumah, kunci semua pagor dan grail.

    Aida,
    wah.. rajin Aida. Keep up the good work. Yati mood menanam dah ke laut.

    Kak Ina MP,
    tak tau la kak. Tunggu sampai seru, rajin kot. Selagi ulat tu ada, malas dah Yati nak maintain. Kita buang, dia mai lagi. Buat penat je.

    Encik Zino,
    Selamat hari raya korban juga. Mesti balik kampung ni, kan. :)

    Epid,
    Selamat hari raya korban, Epid. ^_^

    ReplyDelete
  9. +Puteri Nurhayati : hehehehe...takpala..ni baru balik dr kg,mama sy bg pokok kari,pandan,apa lg tah..ada 4 pasu.sy letak kat belakang tpt sidai baju yg sempit tu.hehehehe....harap2 lah sy leh jaga..takot mati...

    ReplyDelete
  10. Mama Adawiyah,
    eh, dah tukar nickname pulak. :)
    Hehe.. kena rajin-rajin la siram pokok lepas ni. Pokok pandan tu, orang kata, tak leh dalam pasu. Dia atas tanah je subur. Lama-lama dok dalam pasu, dia mati.

    ReplyDelete
  11. hehehehehhe..tukar angin.ehehhehe...
    ya ka???tak silap sy pokok pandan yg mama sy bagi tu.
    tak sure lak.hahahahaha...tak tgk betoi2 pun,asben yg tlg susun...
    ptg ni sy tgok....ehhehe....bukan pa,sy bgtau kt mama sy,kt cni,daun pisan gpun org juai...kalau kt kg,amek ja blkg umh.ehehheh...

    ReplyDelete
  12. Mama Adawiyah,
    la, tak perasan ropanya pokok mama dia bagi. Cepat naa hang balas komen. Hehe..
    Betoi-betoi, daun pisang, daun kari, daun kunyit, semua orang jual. Orang bandaq susah nak menanam, lagi pun rumah tak dak tanah.

    ReplyDelete
  13. hahahaha...dh dpt notification dr email.hehehehe...cepatla...tu la..rasa pelik bila tgok daun pisang org juai dlm pastik.ada kot dalam selai dua.ehehhee....sedih pun ada.padahai benda leh dpt free ja....

    ReplyDelete
  14. Mama Adawiyah,
    ooo.. timasih na, subscribes to komen dari blog Yati ni.
    Ya ka? Kat sini, orang jual jugak daun pisang, tapi sekali banyak la dalam satu pack, sesuai untuk orang nak niaga nasi lemak tu.
    Itu la dia, tu kadang rasa, nak ajak je husband pindah balik kampung. Hehe..

    ReplyDelete
  15. bukan stkt subscribe,siap letak blog akak kt depan g...nnt ada update,sy tau.ahhahaha.....
    tp kt kedai sy tgok tu,tak byk pun..cket ja.ehehehhee...tu yg rasa heran tu...mmg rasa mcm nk balik kg ja...

    ReplyDelete
  16. saya pun x berapa rajin jaga pokok.. huhu.. saya ada 1 pasu je pokok.. tu pun pokok ong yang tahan lasak..seminggu tak siram pun ok.. hehe..

    ReplyDelete
  17. Mama Adawiyah,
    Wah, timasih ya, add to bloglist. :)

    Zila,
    hehe.. sama la kita yek. Elok bela pokok bunga plastik je la, kan.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea