Monday, October 01, 2012

lega...

Alhamdulillah, sudah selamat buat periksa SPA hari Sabtu lepas. 

Ramai juga orang. Yati buat kat Bangunan Tabung Haji, Ipoh. Sepanjang minggu sebelum periksa tu, Yati ada google, kot ada tips menghadapi periksa. Yati baca di blog orang, pada tarikh dan waktu yang sama, ada yang buat di Negeri Sembilan ke Melaka, dan Johor Bahru. Kalau kat Ipoh saje ada ramai, kat tempat lain lagi, dah tentu bukan semua yang dipilih. Jumlah kekosongan jawatan tu, ada berapa, kita tak tau. Macamana pun, benda dah lepas, kalau ada rezeki, adalah tu.

Satu pengalaman menarik juga lah bagi Yati. Macam menggamit rasa masa buat SPM pun ada. Paper 1 tu, boleh tahan lagi. Masuk paper 2, selain soalan Matematik, ada banyaaaakkk masalah matematik, yang perlu kita baca elok-elok dan kira. Kalaulah dia bagi lebih masa untuk paper tu. Nak tau tak... masa pemeriksa tu cakap, "Masa tinggal 10 minit lagi..." , boleh dengar 1 dewan cakap,"Haaa...", bunyi orang flip kertas sana sini... suasana kelam kabut boleh terasa... Yati dalam hati nak tergelak pun ada, sebab lebih kurang macam Mr. Bean buat periksa tu...


Tangan laju nak menulis, otak banyak bagi idea nak selesaikan soalan, tapi masa sangat singkat! Soalan mod, median, min pun ada keluar. Kita belajar form berapa tu? Form 1 ke, form 2 kan? Astaghfirullahalazim.. it was crazy! 

Phew... lega.. semuanya sudah lepas. 

Ni progress Yati untuk Bouquet of Roses. Yati ada share di fanpage di FB juga, kalau ada kawan yang nak tengok dari awal.


Yati harap, dapat siapkan projek ni dalam bulan ni, sudah masuk Oktober. Insya-Allah. 

Hari ni hari Isnin. Ok, Yati nak buat cross stitch lepas ni. 
Selamat ya semua! ^_^

20 comments:

  1. mudah2an yati lulus exam... ;)
    cantiknya...tak sabar nak tunggu dah siap....mampu tak saya nak buat ni nanti ek?

    ReplyDelete
  2. mudah2an ada rezeki di sana..kalau belum rezeki, cuba lagi lain kali =D

    ReplyDelete
  3. chaiyok yati... insyaallah kalu ada rezeki kat situ dapat jugak nnt, kalau takde rezeki di situ.. insyaallah bumi Allah ini luas.. adalah rezeki ditempat lain kan..

    ReplyDelete
  4. Yati.. soalan kira sudut keluar tak? saya paling tak suka soklan camtu... huhuhu..

    Nanti dapat panggilan interview bagitau tau... :D insyaAllah, kita share tips yang ada.. saya interview kat SPA tu 6 kali kot baru dapat.. hehehe... :D

    ReplyDelete
  5. adik akak pun exam jugak kat putrajaya. anyway bunga tu dah tak lama lagik siap le kan. mesti cantik

    ReplyDelete
  6. Tahniah Ti sebab listed gi exam. Insya'Allah pasni dpt gi interviu :-) ... aida amik exam spa tu 2 kali, terus dpt interviu kastam. And terus dpt tawaran tetap, hingga sekarang.
    Insya'Allah...

    ReplyDelete
  7. assalam yatie..mudah2an yatie lulus..mana tau kan ada rezeki yatie..

    ReplyDelete
  8. Good luck. Klau Akak x tahu lah kan. Mcm dah beku otak hehehe tp x la beku terus. Sudut kreatif tu Ada lagi.

    ReplyDelete
  9. good luck yati.. insyaallah success with flying colours :)) seronok jugakkan sekali sekala ambik exam? mesti terasa adrenalin, nervous semua ada... hehe
    dah nak siap dah bouquet yati.. chaiyok!!

    ReplyDelete
  10. semoga Yati berjaya...InsyaAllah...

    dah nak siap projek Yati tu ya....

    ReplyDelete
  11. moga berjaya yati. Insyaallah, ada rezeki dapatlah tu :)

    Wah, cantiknya bunga tu. Tinggal lagi sikit, lg tak sabar nk siapkan kan,hehe.

    ReplyDelete
  12. oh gitu ker periksanya... mak oiii, klu sy kompom fail... padalah pon ujian tu dgn jawatan yg yati nak apply tu...

    harap yati berjaya

    cross-stitch tu... biar lmbt asalkan siap huhuhu...

    ReplyDelete
  13. Mudah mudahan ade rezeki kak yati tu...imsya allah....

    ReplyDelete
  14. rajinnyee akk ambik exam...

    gudluck n mesti berjaya punyalah ;)

    gigihnyaaa akk buat cross stitch tu. kagum

    ReplyDelete
  15. Insyallah ada rezeki yati nanti....

    cantik cross stitch tu...caiyok siapkan... :D

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah, jika rezeki menyebelahi yati...Akak doakan agar yati berjaya..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  17. gud luck yati...lama dah tak jengah blog kawan2 tak berkesempatan :-)

    ReplyDelete
  18. gud lak..insya ALLAH lulus dgn jaya nya :) ..

    ReplyDelete
  19. Ina,
    amin... :)
    Ina pun boleh buat juga, lagi cepat dari Yati rasanya! :)

    Izan,
    terima kasih. Betul, betul, betul! :)

    Kak Mila,
    betul, kak. :)

    Zila,
    kira sudut takde la Zila. Banyak masalah remeh la, kira bil prepaid la, lebih kurang camtu la.
    Bagusnya Zila. Memang kuat ya, kalau Yati sekali fail ni, tak tau la nak apply lagi ke tak. Ingat nak terus niaga je. :)

    Kak Yus,
    amin, terima kasih, kak.

    Kak Su,
    oh, ramainya yang pergi periksa hari tu, cuma tempat je lain-lain.
    Dah siap dah bunga, kak Su. :)

    Aida,
    Terer Aida, 2 kali dah dapat kerja. Bestnya.

    Kak Erna,
    waalaikumsalam kak.
    Amin, terima kasih, kak.

    Kak Suzie,
    hehhe.. takde la kak Suzie ni, mesti kak Suzie pun bole buat juga.

    Kak Nisa,
    betul, kak Nisa. Excitement amik periksa, kan.
    Dah siap dah bouquet of roses, kak!! :)

    Kak Ina MP,
    amin, terima kasih, kak.

    Ayu,
    Amin, terima kasih Ayu. :)

    Az Jari Lentik,
    terima kasih.
    Dah siap, yahooo!!! :)

    Iza Mama Qs Stitch,
    amin, terima kasih Iza.

    Hanie,
    cuba nasib Hanie, cari rezeki.
    Amin, terima kasih, hanie. :)

    Ainaa,
    amin, terima kasih...

    Kak Nza,
    Amin, terima kasih, kak.

    Ummi-Izah,
    terima kasih.
    Tu la lama tak jumpa. :)

    Cikgu Ziraziz,
    amin, terima kasih cikgu.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea