Friday, October 12, 2012

Bouquet of Roses - siap!

Assalamualaikum... hello...

Dah siap! Satu minggu tak online, nak siapkan last part. Phew...


Tarikh mula: 12 February 2012
Tarikh siap: 11 Oktober 2012 --- (lebih kurang 8 bulan ambil masa nak siap)

Fabrik: 9 count
Saiz: 33.5 inci X 21 inci

Tengok dari tepi...
Tengok dari depan. Alamak, buku resepi pun nak interframe sekali..

Alhamdulillah... lega... pengsan! Hehehe...

Ha, lagi satu berita baik nak share, ingat tak bag crochet yang Yati kait untuk projek CAL group YLM tu?
Tak ingat? Yang ni...


Yati dapat no. 2! Menang benang..!

Paling suka si gebu tengah tu...

Hehe... suka, suka! Lagi suka, dapat free gift dari kawan, Az Jari Lentik bagi gelang kristal.


Muat je Yati pakai. Bermakna, tangan Yati ni tak lah gemuk sangat yek. Standard size. Hehehee..tangan je kurus, bahagian lain kembang.

Ok. Walau pun Bouquet of Roses dah habis, tapi Yati masih tak boleh terima tempahan jahit lagi ya. Sebab ada customer dah cop tempat awal-awal. Tahun depan kot, itu pun tak berani nak cakap.Order masih ditutup, pada customer yang saya hormati sekalian. Banyak juga order yang Yati tolak dan ada yang forward pada orang lain. Lain kali ya.

Take care, dan bekerja lah kita sekuatnya! ^_^

15 comments:

  1. Salam Yati,

    Suka baca blog Yati..dpt tips2 crosstich.

    Tahniah dah selamat siapkan crosstich bouquet flowers tu. Cantik.

    ReplyDelete
  2. yati, tahniah untuk kedua2nya

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak yati..

    Cantik sgt bouquet tu..padan dgn usaha utk siapkannya..

    ReplyDelete
  4. tahniah yati! cantik sgt hasil kerja tangan yati :)

    ReplyDelete
  5. Wahhh...dah siap! lama jgk ye yati?? tk pe asalkn cantik dan kemas :) Tahniah sekali lagi sbb menang CAL. Next CAL join tk??

    ReplyDelete
  6. congrats yati.. dah siap pun bouquet of roses tu... akak mcm dah confirm nak jahit jugak.. jeles amat nih!! tabah ye yati ambik tempahan besar2 cenggini.. memang respek sangat.. akak hanya mampu buat yg kecik2 je... caiyok yati.. lepas ni projek apa pulak ye?

    ReplyDelete
  7. dah siap pun roses tu....cantik sangat...
    Tahniah ya dear atas kmnangan...

    ReplyDelete
  8. cantikkk..xstitch nie memang ambik masa lama and labour intensive tapi sangat berbaloi kan..congrats yati

    ReplyDelete
  9. Tahniah yati...berbaloi segala usaha yati...Xstitch tu cantik sangat.. :D

    ReplyDelete
  10. Fara Azmi,
    terima kasih singgah sini. ^_^

    Has,
    timasih. :)

    Kak Shima,
    timasih, kak. Kak Shima pun sikit lagi tu, nak siap. Chaiyok!

    Amani,
    timasih.
    Itu la, projek besar, ambil masa lama. Memang puas hati bila dah siap. Alhamdulillah.

    Abby,
    terima kasih. :)

    Ina,
    Kena banyak sabor buat projek ni. Besor sangat, rasa nak give-up pun ada. Nasib baik orang punya. Kalau sendiri, dah simpan dalam almari dah, Ina.

    Aida,
    timasih. :)

    Kak Aisyah,
    ye, sebab saiz pun besor, kak. Itu la, confuse jugak, banyak color lebih kurang.
    Insya-Allah, join CAL shawl, kak.

    Kak Nisa,
    timasih, kak.
    Mencari rezeki dengan cross stitch ni, tak leh pilih sangat. Ambik je apa yang orang nak. Selagi terdaya buat. Kak Nisa pun good luck ya, start projek ni! Sekrang Yati ada gap, tunggu customer seterusnya bagi gambar. Projek family potrait pula, Insya-Allah.

    Kak Ina MP,
    terima kasih, kak. :)

    Kak Sal,
    terima kasih, kak. Ha ah, ada part half dan full tu, memang tak leh speeding, kena check betul-betul. Itu ambil masa nak siap. Bior lambat asal selamat. :)

    Ainaa,
    terima kasih. Memang cantik pattern ni. Lega dapat siapkan order customer jauh ni.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. seronok tgk projek yati dah siap.. :D syukur la ada tempahan yang menunggu.. rezeki tu.. hehehe..

    tahniah ek menang CAL! memang patut menang pun.. hehe.. :D tumpang gembira tgk benang2 gebu tu... :D

    ReplyDelete
  12. Zila,
    Alhamdulillah, Zila. Rezeki cari makan dari rumah.
    Sayang nak guna benang gebu tu. Color pulak sweet. ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea