Wednesday, September 19, 2012

Rose Garden Tote Bag

Assalamualaikum...

Hi... Yati tak sihat. Projek Yati buat ni pun Yati siapkan dalam keadaan tak sihat. Demam, sakit kepala, lenguh badan, sakit tekak. Tak pergi klinik pun. :(

Ini projek crochet-a-long (CAL) group Yarn Lovers Malaysia di Facebook. Yati tak berapa aktif sangat kat group-group sekarang, sebab sibuk dengan cross stitch tu kan. Tapi sesekali tengok hadiah CAL ni, terbakor jugak. Gatal juga tangan capai crochet hook, terus buat.

Yati buat semasa cuti Hari Malaysia. Dan campur semalam, jadi 4 hari buat. Peh.. banyak masa. Yati pun tak sangka projek ni ambil masa banyak sangat. Kalau Yati jahit Bouquet of Roses tu, mesti dah sampai mana progress Yati. Tapi tu la, benang tak pi beli lagi. Lepas ni, memang kena pulun..

Meh tengok masa Yati kait bag ni..

Serabut kau...
Tu la, masalah Yati dari dulu, tak reti nak match benang untuk projek kait. Yati suka color yang lembut, macam pastel tu. Itu yang Yati humban mana color lembut ada atas meja.


Ini la dia, bila dah siap. Nak kait bag tu sudah ambil masa, lepas tu, bunga rose, daun, spirals (benda gulung-gulung tu) lagi. Aduh... tengah jalan, ada rasa nak give up je. Sakit badan. Tapi ku gagahi jua... chewah...

Close-up sikit pada roses atas bag
Yati suka bila masuk knit-a-long ke, crochet-a-long ke, sebab mesti ada belajor benda baru masa kita siapkan projek tu. Lagi pula, kita buat benda yang kita tak pernah buat. Itu yang best! Nampak tak rose tu, ada yang kembang, ada yang kuncup, memang kena praktis buat lagi lepas ni.


Bahagian dalam bag, Yati jahit lining, guna cotton biasa. Muat la, kalau nak letak buku. Kalau Yati ada anak dara, mesti dah pass dah kat dia, boleh bawak pi kelas tambahan ke, tuition ke. Hehe..

Itu je. Menang kalah belakang cerita. Yang penting kita join dulu.

Sekian. Selamat bekerja semua! ^_^

19 comments:

  1. 4 hari je yati?? pergh! tabik springgg! saya x join kali ni.. tp seronok btol tgk hasil kawan2 semua.. tumpang gembura je la.. Yati mmg suka warna2 lembut gitu.. saya plak asyik terpilih benang kaler terang2 jer..

    Yati.. gi la klinik.. aritu saya sakit teruk gak.. suara pun x keluar.. gi klinik doktor bagi antibiotik.. barulah ok sket.. wpun sampai sekarang masih sengau lagi.. heheheh

    ReplyDelete
  2. cantikkk!..suka bunga dan warna2 pastel tu. Pas kt ayu lah beg tu.hehe:)

    ReplyDelete
  3. sweet betul colour beg tuh.. akak suka sgt.. bunga2 tuh semua ceria.

    G kliniklah yati... or else, yati try ambik supplement, akak tak suka ambil supplement yg sama jer, asyik tukar2, kekadang beli prune essence lah, kekadang fish oil, kekadang EPO... tapi taklah makan sekali gus, gilir2

    ReplyDelete
  4. Serius cantik beg tu Yati, bekenan sggh hjr tgk, berwarna warni, kiut je klu bwk jalan2..

    Kreatif sggh la Yati ni, Tahniah!

    ReplyDelete
  5. yati,,,, cantiknya, sama dengan kak shima suka warna lembut.. pergh teringin nak cuba buat beg macam tu, tapi kak shima tak pandai baca nota,,,, diagram pandai.... ada diagram tak yati, tq

    ReplyDelete
  6. cantik..jgn lupa gi klinik kesihatan tu penting. nanti camana nak kait klu demam memanjang

    ReplyDelete
  7. alahai comeinya beg tu yati! oklah warna2 tu...lembut je...mcm tuan dia juga kot...kagum la dgn yati ni...boleh siapkn beg ni dlm masa 4 hari walaupun badan tak berapa sihat...huh...cepat2 amik ubat ye...

    ReplyDelete
  8. yati, cantiknya beg tu... ingatkan kosong je... rupanya byk bunga2, patutlah namanya rose garden ye... yati, nnti yati dah habis bouquet of roses tu, akak nak tempah projek crochet dgn yati ye... dulu rasa jugak nak belajar crochet, tapi mcm susah je... hihi.. :))

    ReplyDelete
  9. Cantik, suka sangat tengok. Tengok je nak buat x reti.
    Sama Akak malas nak g klinik. Makan je ubat tp Akak Ada ubat adik keje kat hospital bg. Hegehe

    ReplyDelete
  10. cantik sangat beg tu yati dgn bunga2 ros yg macam2 kaler tu...mmng kreatif..

    Yati,baik g klinik, takut melarat pulak demam tu...

    ReplyDelete
  11. comel beg tu..lembut je kaler dia..all the best ya~

    ReplyDelete
  12. Ya allah...cantiknya. warna lembut kontra dengan bunga2 terang tu memang menarik perhatian la...boleh ke tempah untuk buat beg telekung. pm xoxo ye cik put :)

    ReplyDelete
  13. Zila,
    hehe, Zila pandai pilih color. Tu yang projek ripple cushion cover tu, cun!
    Ha, Yati pergi 2 hari lepas. Dah ok sikit tekak, kurang sakit dah. Tapi betul ya Zila, lambat baik suara pun tak normal lagi ni.

    Ayu,
    hehehe... timasih Ayu.. :)

    Kak Mila,
    cadang memang nak amik supplement kak. Thank you ya.

    Hajar,
    timasih. Yati ikut pattern saje Hajar, cuma warna je pilih sendiri.

    Kak Su,
    timasih kak Su. :)

    Kak Shima,
    dia takde diagram la kak. Pattern bertulis. Tapi senang nak ikut, kak. Pattern mudah paham, cuma banyak kerja kena buat.
    http://www.stitchnationyarn.com/Patterns/rose-garden-tote.html

    Melor,
    timasih, Melor. Yati pergi 2 hari lepas. Tak tahan sangat dah sakit tekak.

    Lia,
    timasih. Semangat tengok hadiah dia, Lia. :)

    Kak Nisa,
    tak susah crochet kak. Yati belajor dari youtube je. Insya-Allah boleh, bila semua order dah abis. :)

    Kak Suzie,
    ubat hospital bagus, cepat baik. Untung akak.

    Kak Ina MP,
    timasih, kak. Sudah pergi, dan dah sihat kak. :)

    Amani,
    thank you, thank you! :)

    Epid,
    sekarang tak leh la. Cross stitch order aku tak siap lagi. Insya-Allah bila dah boleh terima order kait, aku roger ko ya. :)

    ReplyDelete
  14. Yati, cantik sangat beg tu...sweet bila tambah bunga2 comel....tahniah..

    take care tau...

    ReplyDelete
  15. Assalam..
    Best kn bila dh siap. Iza baru siap kait badan beg dan bunga.daun,tali beg dan gulung2 tu belum lg.harap2 sempat join.

    ReplyDelete
  16. Iza,
    waalaikumsalam.
    Iza sempat hantar tak? Yati tak sempat jenguk lagi YLM hari ni. :)

    Kak Nza,
    terima kasih, kak. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea