Tuesday, September 11, 2012

Knitted short scarf

Assalamualaikum...

What's up semua? Chewah, macam buat concert je.
Hari ni Amirul tak pergi sekolah, dia demam. Main hujan. Hari Ahad ada jamuan raya penduduk taman perumahan Yati ni. Makan punya makan, terus hujan turun. Nasib khemah tak terbang. Hehe..

Hari ni, nak cerita pasal projek hari sabtu dan Ahad. Yati dah hampir boring dah dengan cross stitch. Jadi, rehat sat. Lepas gian untuk knit. Lagi pulak Malaysia Knitting Club, group FB ni, ada buat knit-a-long. Tajuknya simple, easy, short scarf. Yati pulak lama dah nak buat scarf untuk diri sendiri. Sebab selalu naik kereta, kena aircond, lebih-lebih lagi kalau hujan, Yati semput. Jadi, boleh la tu, sambil lepas rindu knit, boleh jugak buat sesuatu untuk diri sendiri.

Guna benang Wina dan iceyarn, jenis wool, color lilac dan white.
Nak tengok kombinasi 2 benang tu hasilkan corak camana. Pulun la jugak. Nak siapkan jugak on weekend. Sebab hari lain nak sambung buat cross stitch.

Semasa blocking. Nampak panjang.

Masa nak buat tassel kat bawah, refer buku dulu. Sebab tak online, beb. Kalau online, mesti terjebak main game. Hehe..

Tak susah pun. Baru first time buat.

Siap! 
Yeh, suka! 

Close-up sikit.
Dari sudut lain
Bila Yati pakai, lebih pendek sikit banding patung tu pakai. Leher lebar. Hehe.. 
Ada lebihan benang lagi, lepas siap tassel tu, benang Wina dan wool tu, cukup satu buku.

Sangat suka! Nak menang hadiah untuk knit-a-long tu, Yati tak rasa kot. Sebab simple je, cuma knit dan purl untuk hasilkan stockinette stitch. Sebab last time join swap sarung kusyen dulu, buat pattern cable. Kali ni, buat simple sudah. 

Selamat yek semua! ^_^


8 comments:

  1. Gabungan 2 benang yang sweet menghasilkan scarf tang sangat-sangat sweet.. mcm tuan punya dia.. cheeewah... hihihi..

    sungguh pantas yati knit.. kagum btol la.. bila la saya nak pandai ni.. hihihih

    ReplyDelete
  2. assalam yati..cantik dah jadi tu yati..kalau buat warna merah lagi cantiktu he he..tak sudah2 dengan warna merah kan

    ReplyDelete
  3. yati
    cantik, tapi kak shima tak tau nak guna 2 jarum...

    ReplyDelete
  4. cantiklah yati... gabungan colour tu memang sesuai... ambiklah gambar yati pakai skaf tu... ngeee...

    ReplyDelete
  5. Zila,
    kembang lubang hidungku ini membaca komenmu Zila. Heee...
    Oh.. laju skit je. Ada orang lain lagi knit laju, Zila. Zila tu, laju dengan mesin jahit. Yati slow macam siput kalau guna mesin.

    Kak Erna,
    waalaikumsalam warahmatullah kak.
    Lain kali Yati buat color merah, kak. Ada benang merah, tapi untuk diri sendiri, Yati suka color lembut. :)

    Kak Shima,
    tak tau boleh belajar, kak. Sebab Kak Shima boleh crochet, knit mesti jadi lagi senang. :)

    Kak Nisa,
    timasih. Tak nak la kak, Yati pemalu orangnya. Heee....

    ReplyDelete
  6. Mcm2 projek yati :-)
    And semua perfect...

    ReplyDelete
  7. Jealous la. Nak juga cam tu. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Aida,
    Terima kasih, Aida. Yati suka buat semua ni, jadi memang enjoy buat. :)

    Kak Suzie,
    belajor la kak, youtube banyak tutorial. Senang je knit ni. Belajar knit dan purl, basic tu je, dah boleh buat macam-macam. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea