Friday, September 14, 2012

Jamuan raya dan progress roses

Semalam pergi jamuan raya, ofis husband Yati buat, di Restoran Horizon Garden, Manjung.

Meh layan gambor sempat ambik.

Sulaiman ratah ayam goreng je. Hafizan plak dengan chocolate kek.
Ada nasi hujan panas. Budak-budak ni, nasi putih boleh le. Bila nasi ada color, dah tak nak makan. Tapi Amirul tu kalau beriani, makan pulak. Kan lebih kurang je rasanya.

Dah makan skit baru teringat, eh, lupa amik gambor. Lauk ayam goreng, rendang daging, kuah dhal  dan acar timun nenas.

Alhamdulillah, kenyang.
Amirul pun sama, makan chocolate kek je.
Dah kenyang, sandar Hafizan. Mata pun start ngantuk.
Sulaiman
Hadiah cabutan bertuah
Ada dapat duit raya... ^_^
Gambar budak-budak
Amirul dengan classmate
Ada anak ofismate husband anaknya satu kelas dengan Amirul. 

Anak-anak semua tidor dalam kete dalam perjalanan balik. 

Ok.. nak tengok progress Bouquet of Roses Yati...


Sudah siap 5 bahagian. Sampai ke bahagian terakhir. Banyak benang dah abis ni. Buat je la bahagian mana yang benang ada dulu. Nanti bila dah abis, rindu la dengan roses ni. Dah buat sejak bulan Februari. Ramai juga yang minat dengan roses ni. Tapi mintak maaf ya, yang ni dah ada orang punya. ^_^

Selamat hujung minggu semua! 

11 comments:

  1. assalam yatie..cantik bila dah siap lebih dari separuh ni..

    ReplyDelete
  2. ohhh.....cantiknya....kalau dijual...mesti mahal harganya....

    ReplyDelete
  3. pandainya sulaiman senyum amik gambar.. hehehe... :D

    wah.. dah nak siap la roses tu.. cayalah yati! kagum btol la.. cepat beli benang yati.. x sabar nk tgk roses..

    ReplyDelete
  4. Meriah nyer beraya :-)
    Susah nyer nak buat roses tu, perlu penelitian yg byk!

    ReplyDelete
  5. yati, 3-3 anak yati comel.... wah cantik sangat jambangan bunga tu yati....

    ReplyDelete
  6. meriahnya...seronok dapat hadiah cbutan bertuah tu ya....

    Memang cantik sangat roses hasil tangan Yati tu....

    ReplyDelete
  7. Kat bangi ni pun Ada restoran tu , x per ah Cuba lagi. Suka tengok rose. Akak selalu ikut kat fb yati

    ReplyDelete
  8. wah best tu...kalau kt sk smbut raya dgn anak2 murid je yati.....
    3 hero yati tu sama dgn farouk n naurah...bwk p open house bkn depa mkn, sekadar dok teguk air jerr....xbrbaloi rasanya....

    ReplyDelete
  9. sambutan raya yg meriah bangat!

    cantiknya bouquet of roses tuh! awesome!

    ReplyDelete
  10. Kak Erna,
    waalaikumsalam kak.
    Itu la dia. Nanti kita tengok bila dah siap sepenuhnya, camana rupa dia. :)

    Ina,
    ya. Alhamdulillah, rezeki, dari jauh, yang nak membeli roses ni.

    Zila,
    Yati tunggu husband dapat gaji la Zila, nak beli benang. Ekonomi meleset. Huhu...

    Aida,
    betul, memang pattern ni mencabar bagi Yati, Aida.

    Kak Su,
    timasih, kak. :)

    Kak Shima,
    Yati pun suka tengok kak Shima, tak sabor nak siapkan. Kena pulun lepas ni.

    Kak Ina MP,
    Seronok kak, dapat cabutan bertuah, sebab selalu tak bertuah nak dapat hadiah. Hehe..
    Terima kasih, kak.

    Kak Suzie,
    thank you ya kak, follow progress Yati di FB. Ha ah, restoran tu ada cawangan kat Bangi, kan. Boleh tahan juga.

    Kak Nza,
    betul, betul, betul. Kita pun kesian, sebab banyak makanan, tapi dia orang tak makan. Memilih makanan.

    Kak Rosh,
    Terima kasih, kak. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea