Friday, August 31, 2012

salam merdeka...

Salam hari merdeka pada semua....
Semalam pukul 12 malam, meletops-letops jugak kat sini, tak tau la dari mana tu.

Nak tau tak... beberapa hari lepas, masa bangun pagi, mata Yati bengkak. Macam kena gigit binatang. Tak amik gambor. Tak yah la share muka yang mengerikan tu. Menjelang petang, bengkak mata tu surut. Keesokan harinya, berlaku lagi. Bukan saje mata, muka pun macam bengkak juga. Hidung dan mata rasa gatal.

Bila pi klinik, doktor cakap tu simptom resdung. Waaa... Yati ada masak sambal tumis, kan ada belacan dalam tu. Seumur hidup, takde pun makan benda ada belacan jadi macam ni. Nak kuor rumah pun segan, mata macam harimau. 

Dah makan ubat doktor kasi. Dan stop makan sambal tumis. Sambal tumis petai tau, my peberet... tapi tak leh makan. Semalam dan hari ni baru muka ok. Pelik kan, tak pernah terjadi, tapi dah tua ni, baru dia jadi. Kenalah pantang lepas ni. Hilang nikmat hidup satu. Kalau nak makan, makan je la, kan. Cuma akibatnya kena lah tanggung sendiri. Macam minum ais jugak, lepas minum, tanggung le ko, semput waktu malam. Huhu... kesian tak kat saya..

Hari ni pulak hari Jumaat. Yati ingat hari Sabtu. Bila pi makan roti canai, pelik la, nape takde pasar tani hari ni? Baru ingat nak singgah beli ikan. Laaaa.... hari Jumaat rupanya.

Ok le, nak tengok progress cross stitch Bouquet of Roses Yati?


Bila saya hamparkan cross stitch ini untuk diambil gambor, udah macam menghampar sejadah untuk budak. Besor! Inilah cross stitch terbesor teman buat! Luas kawasan cross stitch 33.5" X 21".


Close-up sikit gambor, menunjukkan bahagian 5 yang dalam pembikinan. Part 1 to 4 sudah siap! Masalahnya bila buat cross stitch ni, asyik rasa ngantuk je. Macam baca buku masa sekolah dulu. Asal pegang jarum ni, dia start menguap. Sekali sekala boleh jugak melawan, capai tali skipping, pi lompat setempat. Tapi kebanyakan masa, stop, simpan, masuk bilik, tidor... hehehe... jahit 1 baris, tidor 2 jam. Boleh ke... hehhe

Ada jemputan rumah terbuka ke? Kami takde, lepak rumah saje. Duit raya anak-anak selamat dah masuk Amanah Saham Didik. Kalau tak, boleh juga amik skit, buat shopping. Hee.. jahatnya saya.

Selamat hari merdeka yang ke-55. Hargai dan bersyukurlah atas keamananan negara kita. Merdeka!

^_^

 

15 comments:

  1. salam merdeka yati..cantik bunga yang yati jahit tu.
    acik dulu peernh kena gak yati..habis bengkak dan gatal satu muka selepas makan sambal belacan

    ReplyDelete
  2. kak ina memang tak makan belacan sbb ada resdung....

    Wahhh...dah hampir siap c/stitch yati tu..memang cantik sangat...

    Selamat mnymbut kemerdekaan yg ke-55.

    ReplyDelete
  3. Same la kak.. Saya pun resdung takleh makan belacan.. Tapi muka naik jerawat... Tapi belacan tu best.. huhuhu.. T__T

    Dan sekali lagi same la.. Saya pun ingat arini Sabtu. Hihihi...

    ReplyDelete
  4. akak pun samalah dgn yati... mcm senasib je kita ni... hehe.. sekali tu makan goreng kangkung belacan, jadi gatal2 hidung yang melampau, bersin memanjang sampai dekat sebulan jugaklah jadik mcm tu.. terus kena stop mkn belacan...
    p/s:cantik sangatlah bouquet of roses tu... :)

    ReplyDelete
  5. Salam merdeka..

    Betul la yati, makin meningkat umo badan kita makin sensitif....silap mkn je mmg terasa kesannya....apa pn take care.

    ReplyDelete
  6. nape la ada penyakit resdung ni ekk yati? buat kita susah je nak makan-makan hi hi hi. aida pun resdung da teruk ~ seafood, belacan ~ semua x bleh makan hu hu hu :(

    ReplyDelete
  7. yati,
    memang betul makin meningkat usia, nikmat makan makin hilang.... ngee

    ReplyDelete
  8. cantik hasil kerja ko put. tahniah.

    ReplyDelete
  9. yati.. besar rupanya bunga rose tu.. chaiyok..chaiyok..
    aik..asyik ngantuk ni.. mcm simptom saya nak dapat Aman dulu jer.. hihihihi... ;)

    muka bengkak tu bukan alergik ubat ke? saya pernah kena sbb tersalah amik antibiotik.. huhuhu...

    ReplyDelete
  10. ala dah lama tak buat xstichni.. teringin nak buat tapi tau m esti tak terbuat2nyer..
    yati kat seri iskandarkan...

    ReplyDelete
  11. Kak Erna,
    bukan Yati sorang ya. Ramai juga yang alah dengan belacan ni. Adoi..

    Kak Ina MP,
    oh, sudah sedia maklum ada resdung, boleh la hindar makanan yang ada belacan yek. Yati baru je tahu ni. Terima kasih, kak.

    Asma langit,
    Betul, tak dinafikan, belacan tu best! :)
    Hehe... banyak pulak persamaan kita.

    Kak Nisa,
    hehe.. betul, betul!
    Ha ah kak, cantik roses ni. Nak menyiapkannya pun mencabor kak, boleh tahan dia punya backstitch.

    Kak Nza,
    haha.. tu la dia. Kena pantang makan bila dah beransur tua ni.

    Aida,
    uish, sama la kita. Huhu..

    Kak Shima,
    tak nak la macam tu, kak Shima. Nak sihat sampai tua. :)

    Epid,
    timacih, timacih. :)

    Zila,
    thank you Zila!
    Uisy, tak lah. Kita dah tutup kilang. Hehhe..
    tak, lepas makan ubat, bengkak muka tu pun baik. Memang sebab belacan, Zila.

    Cho,
    Ye chor. Kalau lalu, meh la singgah. :)

    ReplyDelete
  12. wah besarnya cs akak... tak sampai lagi level saya nak wat sebesar tu...huhuhu... makan tahun la gamaknya kalau sara..berapa lama dah kak projek tu??

    ReplyDelete
  13. Sara82,
    Bouquet of Roses ni, Kak Yati start bulan February. Dah 7 bulan dah ni, belum siap lagi. Hehe...

    ReplyDelete
  14. yati...cantik sgt bouquet of flower nie....chart dah ada...ntah bila nak buat...tapi seronok tgok yati buat nie...cantikkk

    ReplyDelete
  15. Ina,
    Cantik kan pattern ni... tapi tu la, besor bebenor. Kalau Ina buat, laju sikit kot. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea