Friday, August 17, 2012

perkembangan projek

Makin sunyi je. Ramai yang dah balik kampung ya?

Yati dok rumah lagi ni. Tak esok, petang ni la balik Lumut. Sejam je dari rumah. Husband kerja lagi hari ni.

Tak buat dah kueh raya. Ingat nak buat lagi satu, makmur. Malas la pulak.

Cross stitch:  Bouquet of Roses

Ni progress sehingga semalam, 16 Ogos 2012.


Sudah siap part 1-4. Sekarang buat part 5, bahagian bawah kanan. Tinggal part 5 dan 6 untuk disiapkan. Memang nak tambah kelajuan. Tapi bulan posa ni, letih. Bila mengadap benda ni, ada je alasan pi buat kerja lain pulak. Heee... tak nak sebut perkataan M dan B tu. Pergilah jauh-jauh, supaya cepat dapat siap projek ni.

Gunting rambut

Semalam bawak budak-budak pi gunting rambut, lagi 2 hari nak raya.

nak buat peace sign kot Sulaiman tu...
Sulaiman ni kena pergi satu kedai ni je, baru dia nak gunting rambut. Kedai lain dia tak nak. Mungkin sebab kedai ni ada aircond kot, sejuk. Pegi kedai gunting pakai baju tidor je. Semalam berbuka di mamak. Sudah malas nak masak. Kat pasar ramadhan pun macam dah tak ramai yang niaga.

Tak pergi terawikh pun. Budak-budak tanya bila lalu masjid, bila kita nak pergi lagi. Seronok pula dia orang.  Tapi bapak budak batuk-batuk semalam. Dia kalau batuk, kong², sampai merah² mata. Ntah jangkit dari sape.

Selamat pulang ke kampung. Ke, dah sampai kampung pun? Hehe.. take care semua. Selamat masak rendang, ketupat dan kemas rumah. ^_^ 

8 comments:

  1. selamat hari raya yati..
    cross stitch tu cantik la..

    ReplyDelete
  2. yati cantiknya bouquet roses tu.... comel sulaiman, nampak tembam sikit. yati selamat hari raya ya, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya utk Yati dan keluarga...Kak Ina mohon maaf andai ada terkasar bahasa spnjng prkenalan kita.....

    ReplyDelete
  4. wah yati! cantiknya bouquet of roses tu... berapa besar agaknya kalau siap ye.. mcm lbh 1/2 meter tu... chaiyok yati! dah tinggal sikit dah tu...
    yati, selamat hari raya.. maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  5. alahaiii cantiknye projek cross stich tu, bila dah siap lagila cantikkan.
    anak2 akak kalo nak gunting rambut, mesti cari kedai mamak, sanggup tak gunting rambut kalo tak jumpa kedai mamak...hehehehe
    salam aidilfitri dari akak sekeluarga utk yati. maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  6. wah, projek mega di bln puasa ye yati...

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya maaf zahir batin Puteri...

    ReplyDelete
  8. Ena,
    Selamat hari raya juga pada Ena.
    Timasih. :)

    Kak Shima,
    Sulaiman tu memang sihat sikit, banding abang-abang dia, makan banyak.
    Selamat hari raya kak Shima, maaf zahir batin juga. :)

    Kak Ina MP,
    Yati pun nak minta maaf juga, kak Ina, sepanjang kita kenal ni. Selamat hari raya, kak. :)

    Kak Nisa,
    Bila dah siap, ukuran dia nanti jadi 32 inci X 22 inci. Panjang dia lebih kurang 0.8 meter, betul kak Nisa cakap, lebih setengah meter. Kain 9 count. :)
    Selamat hari raya untuk Kak Nisa juga. Maaf zahir batin.

    Kak Su,
    hehe, timasih kak. Tu la, lambat pulak nak siapkan. Mood dah ke laut.
    Selamat hari raya juga untuk Kak Su sekeluarga. Maaf zahir batin. :)

    Kak Nza,
    bukan bulan posa je, berbulan-bulan sebelum posa dah start. Hehe.. lambat nak siap, kak. :)

    Encik Zino,
    selamat hari raya untuk Encik Zino sekeluarga juga. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea