Wednesday, August 15, 2012

Kopiah dan siput

Hari tu Yati lupa nak cerita. Yati ada buat kopiah, 2 biji, color hitam. Untuk kawan yang tak berapa jauh ni, Az Jari Lentik. Pertama kali Yati buat kopiah. 

Kopiah 1 : Lubang kat atas

Dari depan

Dari atas

Pattern dari Fruitful Fusion.

Kopiah 2: Lubang kat tepi

Dari depan
Dari atas
Pattern diamond di bahagian tepi dari Fruitful Fusion, manakala bahagian atas dari Syeda's hobbies.

Lepas dah hantar, tak puas hati lagi. Tapi kena buat cross stitch juga. Bila bosan jap dengan bouquet of roses tu, Yati buat kopiah lagi sebijik, untuk husband.

Amirul jadi model sat
Dari atas
Pattern dari Crochet is Fun.

Credits pada kesemua blog yang Yati sertakan link ni. Sebab instruction dia mudah faham, walau pun orang tak pernah kait kopiah. 
Yati tak ambil order. Cuma saje, tangan gian nak crochet. Lama dok cross stitch sahaja. Knit lagi lah, rindu sangat!

Cerita pasal kueh siput pulak. Dapat juga buat.

Masa gentel siput, takde gambor. Takde sape nak amik gambor. Semua dok sibuk gentel siput je.

Semasa menggoreng.
Kalau sape cari kueh raya yang tak perlu masuk oven, cuba lah try buat siput. Sebab goreng saje. Cuma nak menggentel tu, 2 jam la jugak nak abis. Kebas semua otot-otot.

Masa baru angkat dari kuali
Bekas besor ni, dapat banyak ni
Close-up sikit, bagi korang jeles
Amirul suruh buat lagi 2 balang. Ish, tengok ler. Macam tak larat je. Lagi 4 hari je lagi nak raya. Amirul dah start cuti esok, tapi Hafizan sekolah lagi. Husband hari Jumaat kerja lagi. Jadi hari Sabtu atau petang Jumaat kot balik Lumut.

Selamat balik kampung pada kawan-kawan yang sudah nak bertolak tu. Hati-hati di jalanraya. ^_^

9 comments:

  1. kemas dan cantik kopiah akak...
    selamat hari raya ya~

    ReplyDelete
  2. Cantik kopiah yg Yati buat....
    Sedapnya siput.....kak ina suka tapi tak berapa rajin nak buat.....biasanya mak kak ina yg buat....hehehe

    Selamat Hari Raya utk Yati ngan Famly...Maaf andainya selama prknlan kita di alam maya ada komen yg mnyinggung hati Yati......

    ReplyDelete
  3. Your hats look great! Thanks for letting me know! Those shells look lovely too. Is that a Malaysian snack? I loved trying out the food on our trip to Malaysia last year!

    ReplyDelete
  4. cantik kopiah tu yati. saya suka tengok pandangan atas kopiah hijau tu :) cantik bunganyaa..

    sedapnya siput2 tu..tahun ni biskut raya saya semua tunjuk2 je, takde yg buat sendiri :( huhu. cuma harap2 dapatla buat kek sehari sebelum raya nnt.

    selamat hari raya yati. maaf zahir batin!

    ReplyDelete
  5. suka kuih siput.. nak buat malasler pulak..
    padahal senang sangat nak buatnyer janji rajinkan...
    balik lumut.. akak balik bota

    ReplyDelete
  6. tak pernah buat kuih siput.. tapi suka makan... Yati, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
  7. mmg kemas crochet kopiah yati buatkan tu, walaupon pertama kali membuatnya dh mcm pro punya :) seronok anak beranak tu hehehe...

    dulu rajin jugak buat kueh siput dan tumpi tapi bukan waktu nk rayalah, skrg dh main tunjuk aje :P nak raya ni mana ada masa nak buat kueh asyik kena "gentel" manik aje memanjang...huhuhu so pi pasaraya tunjuk aje sudah hihihi

    ReplyDelete
  8. Amani,
    terima kasih. Orang nak baru nak belajor. Amani punya lagi lawa. :)
    Selamat hari raya untuk Amani sekeluarga...

    Kak Ina MP,
    hehe.. siput ni, orang lama selalu buat ye kak, macam kueh wajib la bila hari raya.
    Yati pun nak minta maaf sepanjang kita kenal. Maaf zahir batin dan selamat hari raya, kak Ina. ♥

    Kak Shima,
    sedap kak! Hehhe.. (masuk bakul angkat sendiri).

    Fruitful Fusion,
    thanks. :)
    Yes, the shells or siput, we called it in Malay, is kind of a traditional snacks for the Eid.
    Oh, you've been to Malaysia. That's great. Do come again. ^_^

    Marie,
    hehhe... timasih, kembang lobang hidung ni.
    Marie kan ada baby. Nanti lain kali boleh la buat sendiri bila ada kesempatan.
    Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga untuk Marie sekeluarga..

    Cho Zila,
    betul. Tak perlu nak pukul² adunan macam kueh raya lain. Uli dan gentel je.
    Bota tu dah dekat dah dengan rumah Yati, kat Seri Iskandar ni.
    Selamat hari raya, kak..

    Kak Nisa,
    Selamat hari raya, maaf zahir batin juga untuk kak Nisa... ♥

    Az Jari Lentik,
    hehhe... timasih Az. Nanti boleh la Yati buat lagi. :)
    hahaha... gentel manik pun takpe, massyyuuuukkk! ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea