Monday, August 27, 2012

cerita raya

Semua macam slow motion je. 
Sepanjang cuti raya Yati tak update blog ni. Masa balik rumah mak, ada internet, tapi mood update ke laut. Lebih pada mood tengok tv. Hehe..

Raya kami tahun ni tak sama macam raya tahun lepas-lepas. Gambar raya lengkap sekeluarga dengan mama dan papa pun takde. Last entry Yati ada cakap yang mak Yati masuk hospital, kan. Dah keluar 2 hari sebelum raya. Cuma mama Yati tak leh bangun, perlu bantuan ke bilik air. Urusan masak memasak semua Yati tiga beradik ni la yang buat. Ok le, tapi kurang sedap (jangan bagitau kakak saya tau!) Mana bole lawan masakan mak kan. 

Tak sedap pun, nak tunjuk gambor jugak lauk raya hari tu.

Ni rendang ayam, nak tunggu kering.
Ni kelampung (paru) masak hitam atau taik minyak. My eldest sister in action.
Masak atas dapur arang, seperti biasa.

Gulai ayam, tunggu pekat skit
Itu je la. Lemang import. Nasi impit segera. Kuah kacang lupa amik gambor pulak.

Ni gambar anak-anak pagi raya.

Amirul, Sulaiman dan Hafizan
Budak-budak dengan Atam dan Aunty (kakak tengah dan kakak sulong Yati)
Kita orang 5 beranak. Husband Yati pakai kopiah Yati kait hari tu. :)
Ramai jugak orang datang beraya rumah mak. Sedara mara yang jauh dan dekat. Semua jumpa mama, mintak ampun dan maaf. Masa tu keadaan ma memang teruk. Tak leh makan. Semua yang makan, muntah balik. Yang datang melawat semua nangis tengok keadaan mama Yati. Yati pun tak tau apa nak expect waktu tu, doa je.

Alhamdulillah, setakat semalam tengok ma, ma sudah beransur sihat. Sudah boleh bangun. :)

Sulaiman dah Hafizan main bunga api
Tu je cerita raya. Sekolah pun dah start, dah kembali pada rutin biasa.
Raya korang camana pula? ^_^

9 comments:

  1. Selamat hari raya yati ...akak pun tak ada gambar harap dapat la ambil gambar dlm minggu ni ...huhuu
    akak raya kat rumah mentua macam biasa

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya yati...Alamdulillah mama dh discharge sblm raya..moga mama terus sihat...InsyaAllah....

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Yati....comel jer tiga beradik tu berbaju prple...
    Semoga mama Yati kembali sihat sprti biasa....

    ReplyDelete
  4. hensem bebudak bertiga tu yg baju melayu purple.
    sama2 la kita berdoa semoga mama yati cepat sembuh n dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  5. moga mama yati cepat sembuh..
    selamat hari raya jugak untuk yati n keluarga

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya Yati, maaf Zahir dan batin...

    lama tak baca cerita yati....")

    ReplyDelete
  7. hamnoi, beraya sakan korang hihihi

    ReplyDelete
  8. mesti sedap tu... masak atas dapur arang lagi... :)

    ReplyDelete
  9. Kak Suzie,
    selamat hari raya, kak. :)
    ooo.. sebab cuti merdeka kan, boleh gather ngan family amik gambor raya. :)

    Kak Nza,
    selamat hari raya, kak.
    Amin.. terima kasih, kak.

    Kak Ina MP,
    selamat hari raya, kak Ina.
    Mudah-mudahan camtulah kak, amin..

    Kak Su,
    Amin.. terima kasih, kak Su. Kalau budak bertiga tu dengor, mau kembang lubang hidung masing-masing.

    Kak Mila,
    Amin.. terima kasih, kak.
    Selamat hari raya, kak Mila. Maaf zahir batin. :)

    Kak Yus,
    Selamat hari raya, kak Yus. Maaf zahir batin. :)
    Tu la, kak Yus, lama tak singgah sini. :)

    Az Jari Lentik,
    biasa je. Duit raya tak dapat banyak pun, tak besh.. hihihi..

    Kak Nisa,
    ha ah kak. Nak dapat aroma dia tu, memang kami lauk raya tiap tahun guna dapur arang, sejak kecik lagi lah camtu.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea