Monday, August 06, 2012

blackout

Semalam hari Ahad, kami berbuka dalam gelap. Rumah ni, semenjak 2 menjak ni, selalu sangat dia tendang letrik tu. Bila check main switch tu, dan semua menghala ke atas (on), tapi still takde letrik, jadi call la TNB. Dia kata technician mai dalam sejam dua. Maknanya, lepas berbuka la tu, dia mai.

Jadi, kami candle light dinner la semalam.

Ada 2-3 lauk gulai tunjuk masa berbuka. Gambar Amirul dan Hafizan.
Lepas berbuka, betul pun dia mai. Technician tu ganti satu benda kat meter letrik di luor rumah tu. Semua kembali ok. Sempat tengok Chong Wei lawan Lin Dan. Penat yek tengok dia main. Perak pun ok kan, dari orang lain tu, yang pi makan angin je, tak bawak balik apa-apa pun. Oppss..

Semuanya ok, tapi bila Yati bangun sahur pukul 4 pagi, perangat nasi dan masak air, tup! Dia tendang lagi letrik. Anak-anak terus jaga semuanya. Masak ayor guna periuk, sebab cerek biasa tu ntah ke mana perginya. Pun sama cam semalam, sahur in candle light. Sama juga, main switch dalam rumah semua on, tapi power takde. Called TNB, nanti sejam dua katanya datang ler.

Lauk ala kadar. Selera takdak.
Tau, mesti dah cerah baru depa mai. Bila cerah sikit, Yati pi exercise, jalan kat playground dekat rumah dengan anak-anak. Dia orang ni bising sangat, nak sambung tidor pun tak leh.

Masa ni baru pukul 7 pagi.
Lawa tak bunga taik ayam tu? Ada orang panggil taik mamak. Ni la tempat budak-budak ni main, jalan kaki je dari rumah.


Bulan pun ada lagi
Bila balik, baru lah orang TNB mai. Rupanya, ada satu part kat main switch tu, yang kadang bila kilat, kena tendang, ha menatang tu ler, yang rosak. TNB tak leh repair, dia suruh repair sendiri. Uit! 

Hmmm... Encik Abe tunggu kedai letrik buka, beli menatang tu dan pasang sendiri. Orang letrik tu cakap kalau panggil orang buat, mau kena upah 70-80 ringgit. Sekarang dah ok dah. Kalau tak, takde la Yati online, Alhamdulillah.

Hari ni Nuzul Quran. Sekolah cuti.
Selamat ya! ^_^

8 comments:

  1. salam yati..nasib baik dah ok kan..kalau tak de letrik apa pun tak boleh buat

    ReplyDelete
  2. Salam Nuzul Quran juga..
    Perak cuti ek.. Wilayah kena kerja...
    :)

    wa.. candle light dinner.. anak3 yati mesti suka.. hehehe.. :D

    ReplyDelete
  3. Candle light iftar yer, cian anak2 yer, mkn dlm gelap & panas, nsb baik dah dekat berbuka klu dr tghr ke lg penat kan, nk masak pun xselesa..

    ReplyDelete
  4. cantek bunga taik ayam tu...wahhh berbuka candlelight la ek heheheh....dah buat kuih raya ke yati?

    ReplyDelete
  5. Kak Erna,
    betul. Masak semua kena guna dapur gas la, rice cooker tak leh guna, electric cattle tak leh guna. Lagi takut barang mentah dalam peti sejuk tu jadi tak leh makan. Nasib baik tak berapa lama sangat, kak.

    Zila,
    Dia orang ni dok main lilin pulak bila takde letrik. :)

    Melor,
    hai Melor! :)

    Hajar,
    ha ah, candle light iftar. Betul Hajar. Nasib baik cuaca mendung, takde la panas sangat.

    Kak Fidah,
    belum lagi, kak. Mungkin weekend ni kot. :)

    ReplyDelete
  6. Dulu kecik2 suka main shadow bila kena guna lilin atau pelita .Anak2 yati macam tu tak ?

    ReplyDelete
  7. Kak Suzie,
    sama la. Lagi dia orang suka takde letrik. Bila dah ok, dia mintak berbuka guna lilin juga. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea