Friday, August 31, 2012

salam merdeka...

Salam hari merdeka pada semua....
Semalam pukul 12 malam, meletops-letops jugak kat sini, tak tau la dari mana tu.

Nak tau tak... beberapa hari lepas, masa bangun pagi, mata Yati bengkak. Macam kena gigit binatang. Tak amik gambor. Tak yah la share muka yang mengerikan tu. Menjelang petang, bengkak mata tu surut. Keesokan harinya, berlaku lagi. Bukan saje mata, muka pun macam bengkak juga. Hidung dan mata rasa gatal.

Bila pi klinik, doktor cakap tu simptom resdung. Waaa... Yati ada masak sambal tumis, kan ada belacan dalam tu. Seumur hidup, takde pun makan benda ada belacan jadi macam ni. Nak kuor rumah pun segan, mata macam harimau. 

Dah makan ubat doktor kasi. Dan stop makan sambal tumis. Sambal tumis petai tau, my peberet... tapi tak leh makan. Semalam dan hari ni baru muka ok. Pelik kan, tak pernah terjadi, tapi dah tua ni, baru dia jadi. Kenalah pantang lepas ni. Hilang nikmat hidup satu. Kalau nak makan, makan je la, kan. Cuma akibatnya kena lah tanggung sendiri. Macam minum ais jugak, lepas minum, tanggung le ko, semput waktu malam. Huhu... kesian tak kat saya..

Hari ni pulak hari Jumaat. Yati ingat hari Sabtu. Bila pi makan roti canai, pelik la, nape takde pasar tani hari ni? Baru ingat nak singgah beli ikan. Laaaa.... hari Jumaat rupanya.

Ok le, nak tengok progress cross stitch Bouquet of Roses Yati?


Bila saya hamparkan cross stitch ini untuk diambil gambor, udah macam menghampar sejadah untuk budak. Besor! Inilah cross stitch terbesor teman buat! Luas kawasan cross stitch 33.5" X 21".


Close-up sikit gambor, menunjukkan bahagian 5 yang dalam pembikinan. Part 1 to 4 sudah siap! Masalahnya bila buat cross stitch ni, asyik rasa ngantuk je. Macam baca buku masa sekolah dulu. Asal pegang jarum ni, dia start menguap. Sekali sekala boleh jugak melawan, capai tali skipping, pi lompat setempat. Tapi kebanyakan masa, stop, simpan, masuk bilik, tidor... hehehe... jahit 1 baris, tidor 2 jam. Boleh ke... hehhe

Ada jemputan rumah terbuka ke? Kami takde, lepak rumah saje. Duit raya anak-anak selamat dah masuk Amanah Saham Didik. Kalau tak, boleh juga amik skit, buat shopping. Hee.. jahatnya saya.

Selamat hari merdeka yang ke-55. Hargai dan bersyukurlah atas keamananan negara kita. Merdeka!

^_^

 

Monday, August 27, 2012

cerita raya

Semua macam slow motion je. 
Sepanjang cuti raya Yati tak update blog ni. Masa balik rumah mak, ada internet, tapi mood update ke laut. Lebih pada mood tengok tv. Hehe..

Raya kami tahun ni tak sama macam raya tahun lepas-lepas. Gambar raya lengkap sekeluarga dengan mama dan papa pun takde. Last entry Yati ada cakap yang mak Yati masuk hospital, kan. Dah keluar 2 hari sebelum raya. Cuma mama Yati tak leh bangun, perlu bantuan ke bilik air. Urusan masak memasak semua Yati tiga beradik ni la yang buat. Ok le, tapi kurang sedap (jangan bagitau kakak saya tau!) Mana bole lawan masakan mak kan. 

Tak sedap pun, nak tunjuk gambor jugak lauk raya hari tu.

Ni rendang ayam, nak tunggu kering.
Ni kelampung (paru) masak hitam atau taik minyak. My eldest sister in action.
Masak atas dapur arang, seperti biasa.

Gulai ayam, tunggu pekat skit
Itu je la. Lemang import. Nasi impit segera. Kuah kacang lupa amik gambor pulak.

Ni gambar anak-anak pagi raya.

Amirul, Sulaiman dan Hafizan
Budak-budak dengan Atam dan Aunty (kakak tengah dan kakak sulong Yati)
Kita orang 5 beranak. Husband Yati pakai kopiah Yati kait hari tu. :)
Ramai jugak orang datang beraya rumah mak. Sedara mara yang jauh dan dekat. Semua jumpa mama, mintak ampun dan maaf. Masa tu keadaan ma memang teruk. Tak leh makan. Semua yang makan, muntah balik. Yang datang melawat semua nangis tengok keadaan mama Yati. Yati pun tak tau apa nak expect waktu tu, doa je.

Alhamdulillah, setakat semalam tengok ma, ma sudah beransur sihat. Sudah boleh bangun. :)

Sulaiman dah Hafizan main bunga api
Tu je cerita raya. Sekolah pun dah start, dah kembali pada rutin biasa.
Raya korang camana pula? ^_^

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum....

Selamat hari raya kepada semua kawan-kawan. Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan Yati. Semoga gembira di hari raya. 


^_^

Friday, August 17, 2012

perkembangan projek

Makin sunyi je. Ramai yang dah balik kampung ya?

Yati dok rumah lagi ni. Tak esok, petang ni la balik Lumut. Sejam je dari rumah. Husband kerja lagi hari ni.

Tak buat dah kueh raya. Ingat nak buat lagi satu, makmur. Malas la pulak.

Cross stitch:  Bouquet of Roses

Ni progress sehingga semalam, 16 Ogos 2012.


Sudah siap part 1-4. Sekarang buat part 5, bahagian bawah kanan. Tinggal part 5 dan 6 untuk disiapkan. Memang nak tambah kelajuan. Tapi bulan posa ni, letih. Bila mengadap benda ni, ada je alasan pi buat kerja lain pulak. Heee... tak nak sebut perkataan M dan B tu. Pergilah jauh-jauh, supaya cepat dapat siap projek ni.

Gunting rambut

Semalam bawak budak-budak pi gunting rambut, lagi 2 hari nak raya.

nak buat peace sign kot Sulaiman tu...
Sulaiman ni kena pergi satu kedai ni je, baru dia nak gunting rambut. Kedai lain dia tak nak. Mungkin sebab kedai ni ada aircond kot, sejuk. Pegi kedai gunting pakai baju tidor je. Semalam berbuka di mamak. Sudah malas nak masak. Kat pasar ramadhan pun macam dah tak ramai yang niaga.

Tak pergi terawikh pun. Budak-budak tanya bila lalu masjid, bila kita nak pergi lagi. Seronok pula dia orang.  Tapi bapak budak batuk-batuk semalam. Dia kalau batuk, kong², sampai merah² mata. Ntah jangkit dari sape.

Selamat pulang ke kampung. Ke, dah sampai kampung pun? Hehe.. take care semua. Selamat masak rendang, ketupat dan kemas rumah. ^_^ 

Wednesday, August 15, 2012

Kopiah dan siput

Hari tu Yati lupa nak cerita. Yati ada buat kopiah, 2 biji, color hitam. Untuk kawan yang tak berapa jauh ni, Az Jari Lentik. Pertama kali Yati buat kopiah. 

Kopiah 1 : Lubang kat atas

Dari depan

Dari atas

Pattern dari Fruitful Fusion.

Kopiah 2: Lubang kat tepi

Dari depan
Dari atas
Pattern diamond di bahagian tepi dari Fruitful Fusion, manakala bahagian atas dari Syeda's hobbies.

Lepas dah hantar, tak puas hati lagi. Tapi kena buat cross stitch juga. Bila bosan jap dengan bouquet of roses tu, Yati buat kopiah lagi sebijik, untuk husband.

Amirul jadi model sat
Dari atas
Pattern dari Crochet is Fun.

Credits pada kesemua blog yang Yati sertakan link ni. Sebab instruction dia mudah faham, walau pun orang tak pernah kait kopiah. 
Yati tak ambil order. Cuma saje, tangan gian nak crochet. Lama dok cross stitch sahaja. Knit lagi lah, rindu sangat!

Cerita pasal kueh siput pulak. Dapat juga buat.

Masa gentel siput, takde gambor. Takde sape nak amik gambor. Semua dok sibuk gentel siput je.

Semasa menggoreng.
Kalau sape cari kueh raya yang tak perlu masuk oven, cuba lah try buat siput. Sebab goreng saje. Cuma nak menggentel tu, 2 jam la jugak nak abis. Kebas semua otot-otot.

Masa baru angkat dari kuali
Bekas besor ni, dapat banyak ni
Close-up sikit, bagi korang jeles
Amirul suruh buat lagi 2 balang. Ish, tengok ler. Macam tak larat je. Lagi 4 hari je lagi nak raya. Amirul dah start cuti esok, tapi Hafizan sekolah lagi. Husband hari Jumaat kerja lagi. Jadi hari Sabtu atau petang Jumaat kot balik Lumut.

Selamat balik kampung pada kawan-kawan yang sudah nak bertolak tu. Hati-hati di jalanraya. ^_^

Monday, August 13, 2012

4 dalam 1

Dah 24 Ramadhan. Kejap je kan. 

Yati nak cerita banyak ni..

Cerita 1: Kami sekeluarga pergi terawikh

Tak tau nak cakap camana. Yati rasa sangat gumbira dalam hati, sebab tahun ni, kami satu family dapat pi masjid, solat terawikh. 
Hafizan dan Amirul ok, boleh ikut sembahyang. Takut juga Sulaiman tu kacau orang. Tapi dia tak de la sampai ganggu orang. Bapaknya cakap, kejap dia ikut sembahyang, kejap dia pi main kat belakang, kejap dia duduk, tengok orang. Lama sangat tau, nak pi. Tapi risau sebab ada budak kecik yang tak reti dok diam ni. 

Geram kat budak ni. 

Tahun ni, dapat juga. Alhamdulillah...

Cerita 2: Kueh cara

Selalu Yati beli je singgit kalau nak makan. Tapi tiba-tiba di suatu petang sementara bersiap masak nak berbuka, Yati boleh terbuat kueh cara.

Kueh cara ku..
Ha, amik ko... hitam. Dia punya bekas acuan tu, beli dah lama, besi punya. Tapi dah jadi barang berhias. Bila kemas kotak barang-barang baking, terjumpa pulak, tu boleh tergerak nak try. Boleh ler tahan rasanya, tapi kurang manis. Patut letak lebih banyak gula kat tengah-tengah tu. 

Cerita 3: Semprit

Projek hari Sabtu. Nak buat hari biasa, letih makcik! Hari minggu baru ada assistants.

Ha, projek atas lantai je
Bersila, dan tenyeh ler korjenya.


dan lagi...
Dapat 3 balang. Sehingga entri ni ditulis, balang tengah tu dah tinggal half. Budak tak posa makan.


Pengsan buat kueh raya ni. Rasa tak larat sangat. Lepas ni mungkin nak buat siput pulak. Tu je la, 2 jenis. Tak rasa macam nak membeli. Sebab kakak-kakak Yati yang selalu bawak balik kueh tunjuk-tunjuk ni. Tengoklah camana.

Cerita 4: Mak Yati masuk spital

Ha, paru-paru berair. Lepas buat semprit, Yati tertidor. Pastu terjaga, ada kawan ma called, cakap ma masuk spital. Terus balik Lumut. Hari Ahad balik rumah kami balik. Hari ni, kakak Yati dok spital. 

Tak tau lagi camana. Doktor buat test, cancer ma tu camana, dan sebab ma sakit di bahagian perut dan belakang. 

Fikir yang baik-baik saje. Doa yang terbaik.

Selamat  membuat persiapan raya ya, pada semua.

Wednesday, August 08, 2012

baking tray

Biasanya, bila ada projek cross stitch, Yati akan letak benang-benang yang Yati guna dalam dulang pembakor. 

Serabut la pulak dalam gambor.
Supaya senang nak alih mana-mana. Tengok la, kalau projek kecik, benang tak banyak, guna tray yang kecik, dan begitulah sebaliknya. 

Hari tu Yati pindahkan semua benang-benang ni ke tempat baru.

Bekas plastik.
Apa makna semua ni?
Maknanya.... seru buat kueh raya dah mai! 
Tapi tak buat lagi la, baru mai seru. ^_^

p/s: Radio dah start pasang lagu raya. Syahdu la pulak, baju raya tak beli lagi. Kueh raya pun tak buat lagi. 

Monday, August 06, 2012

blackout

Semalam hari Ahad, kami berbuka dalam gelap. Rumah ni, semenjak 2 menjak ni, selalu sangat dia tendang letrik tu. Bila check main switch tu, dan semua menghala ke atas (on), tapi still takde letrik, jadi call la TNB. Dia kata technician mai dalam sejam dua. Maknanya, lepas berbuka la tu, dia mai.

Jadi, kami candle light dinner la semalam.

Ada 2-3 lauk gulai tunjuk masa berbuka. Gambar Amirul dan Hafizan.
Lepas berbuka, betul pun dia mai. Technician tu ganti satu benda kat meter letrik di luor rumah tu. Semua kembali ok. Sempat tengok Chong Wei lawan Lin Dan. Penat yek tengok dia main. Perak pun ok kan, dari orang lain tu, yang pi makan angin je, tak bawak balik apa-apa pun. Oppss..

Semuanya ok, tapi bila Yati bangun sahur pukul 4 pagi, perangat nasi dan masak air, tup! Dia tendang lagi letrik. Anak-anak terus jaga semuanya. Masak ayor guna periuk, sebab cerek biasa tu ntah ke mana perginya. Pun sama cam semalam, sahur in candle light. Sama juga, main switch dalam rumah semua on, tapi power takde. Called TNB, nanti sejam dua katanya datang ler.

Lauk ala kadar. Selera takdak.
Tau, mesti dah cerah baru depa mai. Bila cerah sikit, Yati pi exercise, jalan kat playground dekat rumah dengan anak-anak. Dia orang ni bising sangat, nak sambung tidor pun tak leh.

Masa ni baru pukul 7 pagi.
Lawa tak bunga taik ayam tu? Ada orang panggil taik mamak. Ni la tempat budak-budak ni main, jalan kaki je dari rumah.


Bulan pun ada lagi
Bila balik, baru lah orang TNB mai. Rupanya, ada satu part kat main switch tu, yang kadang bila kilat, kena tendang, ha menatang tu ler, yang rosak. TNB tak leh repair, dia suruh repair sendiri. Uit! 

Hmmm... Encik Abe tunggu kedai letrik buka, beli menatang tu dan pasang sendiri. Orang letrik tu cakap kalau panggil orang buat, mau kena upah 70-80 ringgit. Sekarang dah ok dah. Kalau tak, takde la Yati online, Alhamdulillah.

Hari ni Nuzul Quran. Sekolah cuti.
Selamat ya! ^_^