Friday, July 27, 2012

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.

Ni cerita jalan-jalan sebelum bulan posa.

Satu hujung minggu, kami pi Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Tak la jauh mana pun. Tapi sebab kami tak tau jalan, nu.. sampai ke Kuala Kangsor kami pi. Sebab jalan Ipoh tu, bukannya kami tau sangat. Yang kami tau, tempat ni letaknya di tepi highway utara-selatan. 

Kami pun jarang masuk highway. Dulu ingat ada exit ipoh utara, exit ipoh selatan kalau kita dari arah selatan. Tapi la ni, dia dah asingkan highway tu. Makna, kalau nak kuor Ipoh, ada satu je exit. Kalau kita lepas satu tu, makna pi la sampai Kuala Kangsor. Camtu la kami, terlajak.

Ingat nak pi lain hari je. Tapi sampai jugak akhirnya.

Amirul dan Hafizan 

Sampai sana, tengok ada ikan banyak sangat dalam tasik tu. Boleh bagi makan ikan, ada jual makanan ikan singgit satu paket.

Budak-budak leka tengok ikan
Ikan koi. Ikan hitam tu macam ikan keli, tapi tak pernah la tengok ikan keli besor camtu. Besor giler!
Tempat ni ada tasik. Boleh naik bot ke seberang, ada tempat lain lagi boleh pi.

Husband with Amirul & Sulaiman atas bot. 

 Rasa aman kat sini. Tengok pemandangan hijau, dan dekat dengan bukit.

Ada playground
Budak-budak bila dah nampak ni, lama la lepak sini.

Duduk tepi tasik, tengok ada tuntung. Besor juga. Dia makan pulak tu makanan ikan.


Penat duduk tengok anak main, jalan-jalan lagi.

Ada burung unta
Ada rusa
Ok la, kalau nak bawak family sini.

Bot ulang alik ambil dan antor penumpang
Yati dengan anak-anak. Anak kurus, mak gemuk. Heee.....
Tu la dia. Dok Perak dah 7 tahun, tapi tak pernah sampai sini. Bila nak balik, baru ikut bandar Ipoh. Tak ikut highway. Memang tak jauh la pun dari pusat bandar Ipoh.

Tu je citer. Baru nak terokai negeri sendiri. Selama ni dok jalan tempat tu je. Gua Tempurung tu pun tak pernah pi lagi, padahal kat Gopeng tu je. 

Jumpa lagi, selamat berpuasa semua! ^_^

10 comments:

  1. Assalamualaikum Yati....

    selamat berpuasa...semoga sntiasa sihat di smping kluarga....

    Bila mak makin sihat...tu tandanya senang hati..samalh kita...hhehe..

    ReplyDelete
  2. salam yati..
    memang seronok sekali sekali kuar jenjalan bawak anak ni..terutama tempat yang tak pernah pergi kan...
    # selamat berpuasa....

    ReplyDelete
  3. Yati akak orang Perak pun tak pernah pusing habis lagi

    ReplyDelete
  4. seumur hidup sy lahir besar, keje kat perak x pernah pegi pon gunung lang ni hehehe...gua tempurung lagik ler...

    tp klu tmpt2 negeri lain rajin pulak pi skodeng...:)

    ReplyDelete
  5. hi put...lama tak update gak eh...takpe2..ko dah maju sikit. aku masih berhibernasi :p

    ReplyDelete
  6. bestnya tmpt tu cz mcm2 ada..mesti budak2 suka kan....

    ReplyDelete
  7. Puan Zai Jendela Hati,
    selamat berpuasa juga. :)

    Kak Ina MP,
    waalaikumsalah warahmatullah.
    Selamat berpuasa, kak. Amin.. :)
    Hehhe... tapi kak Ina takde la sihat sangat, ok lagi tu. :)

    Ena,
    ha ah, makan angin sekali-sekala. :) Selamat berpuasa juga pada Ena.

    Kak Suzie,
    hehhe... sama la ya. Yati pun lahir kat Perak. Cuma selama ni dok merantau. :)

    Az Jari Lentik,
    hehhe.... apeda.. :D
    hik hik.. jalan jauh lagi best kan.

    Epid,
    hehhe.. takpe.. selamat ya!

    Kak Nza,
    Ha ah kak, sebab ada playground, budak-budak seronok ler.

    ReplyDelete
  8. wah.. best gak gi tmpt mcm ni.. naik bot plak tu..

    p/s: yati mana ada gemuk!!

    ReplyDelete
  9. Zila,
    best jugak la. Menyejukkan mata, tengok kehijauan alam. Chewah..
    Ok la, Yati tak gemuk, gebu je. Hik hik!

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea