Tuesday, July 24, 2012

Recovery

Hello... Assalamualaikum....!
Salam Ramadhan pada semua kawan-kawan!
Camana? Ada baik ka? ^_^

Rindu Yati ke? Hehhe... 

Ada ni ha... bukan apa, tak de benda best nak cerita. Cuma, ada lah satu peristiwa sedih ni, berlaku lama sebelum bulan posa ni. Sedih giler dibuatnya. Hancur la hati Yati. Haa, ni buat macam nak nyanyi lagu Najwa Latif - Kosong ni. Kosong tu lebih ringan rasanya dari apa yang Yati alami baru-baru ni. Rasa dah la hati tu berkecai, macam ada batu besor pulak menimpa hati tu. Dan rasa tu berterusan sampai lama la. 

Betul la tu, orang kata, lidah tu lebih tajam dari mata pisau. Dan sebab kata-kata juga lah yang buat hati Yati hancur. Tak leh tulis kat sini la apa yang orang tu cakap kat Yati. Tapi lepas orang tu cakap macam tu, 3 hari Yati nangis tau! Masak nangis (bukan tak posa, ni berlaku sebelum bulan posa), sapu sampah nangis, cuci beras nangis, solat pun nangis. Ate... bila ayor mata tu nak kuor, ingat boleh ke tahan? Kalau ada alternatif lain, boleh juga tadah bagi orang lembah kelang yang katanya akan alami krisis ayor. Tapi dah tak leh tahan, bila nak kuor tu, kuor je la. Huhu... lawak pun ada bila ingat balik. Sebab orang yang cakap kat Yati tu tak tau langsung kata-katanya telah menyinggung perasaaan Yati. 

Heee... Yati doa Yati takde la sampai macam tu. Mengata kat orang sampai macam tu, tak amik kira perasaan orang sampai macam tu. Tau angin dia je, sesedap mulut dia je berkata-kata. Kalau orang muda, boleh la juga kita melawan. Tapi camana kalau kata-kata tu keluor dari mulut orang tua? 

Berlakon je la, senyum, seolah-olah takde apa-apa, tapi bila balik rumah, amik ko.... meleleh ayor mata 3 hari. Lepas tu hati tu, susah benor nak buat dia lupa kata-kata laser yang diucapkan tu. Terngiang-ngiang di telinga, macam nyamuk! Yati dari dulu harap Yati orang yang boleh dengor cakap orang, masuk telinga kanan, kuor telinga kiri, tapi tak leh ler. Bila dah dengor tu, dia terus masuk dan main-main dalam kepala macam cd rosak. 

Masa. Itu la yang Yati perlukan untuk sembuhkan hati tu. Tu pasal blog ni sunyi sepi. Bukannya tak nak update, tapi tak terkeluor. Jari ni tak dapat menaip kata-kata happy bila hati tengah bersedih. 

Ada hikmahnya apa yang berlaku. Hikmahnya, mungkin Yati jadi lebih dekat dengan Allah. Dr. Mohd Fadzillah Kamsah pun kata, kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia. Sejak peristiwa tu, Yati doa, sembuhkan lah hati Yati, Ya Allah.

Hari demi hari, satu hari Yati bangun, Yati rasa batu besor yang menimpa hati Yati tu dah takde. Dah takde rasa berat lagi dah dalam hati. Allah tu Maha Mendengar, kan. Dan dia makbulkan permintaan hambaNya yang banyak dosa ni.

Cuma sekarang, cebisan-cebisan yang hancur tu, nak kena tampal balik. Dan Yati rasa lebih ok sekarang. Deep down, Yati appreciate kawan yang telefon dan mesej kat fb, nape lama tak update blog. Terima kasih, my friends. :-)

Oh, Yati dah pun maafkan orang yang cakap perkataan tak elok tu pada Yati. Lama dah. Cuma, in order for me to be happy, I can't help but to stay away dari orang macam tu. Cakap lah apa saja, tapi hari ni, masa ni, saya tak boleh balik lagi. Bagi Yati masa, ok.

Dari memikirkan benda yang menyedihkan ni, lebih baik kita fikir benda yang lebih penting, contohnya macam order cross stitch Yati yang tak siap-siap ni. Yati harus akui juga, pattern ni agak susah ler! Hari-hari Yati jahit juga, walau pun progress sebaris dua. Yang penting at least harus amik masa jahit juga, walaupun 10 minit. Customer Yati yang amat baik hati ni sungguhlah memahami, dan boleh tunggu sampai akhir tahun katanya. Tapi takkanlah kita nak amik kesempatan atas kebaikan orang. I can do this! Malaysia boleh!

Bouquet of Roses, siap part 1-3. Sedang siapkan part 4.
Lagi satu benda yang buat Yati tambah kuat, anak-anak la.

Kesian tak tengok muka Sulaiman tengah tidor ni? Takde bantal, atas simen je pun dia bole tidor.

Dan selain anak-anak, abe ku tercayang. Bulan posa ni, rileks kat rumah je la hujung minggu. Petang je la pi pasor ramadhan. Siang-siang tu, hari Sabtu lepas, layan mesin jahit ni. Jahit segala menatang yang koyak dalam rumah. Ropa-ropanya, suami Yati ni lagi terer guna mesin jahit tu ler, dari Yati.

Abe jahit tudung Yati. Bole amik kursus menjahit ni. :-)

Pejam celik, sudah pun 4 Ramadhan hari ni. Amirul posa, dah darjah 3, kan. Cuma hari first hari tu dia lembik. Hafizan kejut bangun sahur, tak pernah nak bangun. Cer kome bagi tips, camana nak suruh budak  tadika bangun sahur? Liat ler, budak lelaki ni. Jirus ayor ke? Hui, basah ler katil. Susah pulak nak menjemor. Angkut tilam pun boleh semput.

Ok la. Selamat berpuasa kepada semua. ^_^


18 comments:

  1. Assalam Yati..

    Tak sangka pula yati lama menyepi sebab tengah sedih.. Semoga apa yang terjadi membuat kita menjadi lebih kuat dan tabah.. cheer up!



    Anak saya yang darjah 1 tu sadis betul.. sabtu ahad puasa, isnin sekolah terus bocor.. sampai sekolah terus g kantin.. uwaaaa...
    Saya buat2 merajuk la kat dia.. saya kata masa nak buka tu tak ingat langsung mama dengan papa ek? hehehe... psycho tak? hehehehe ;)

    Kalo anak saya susah nak bangun, papanya dukung sampai ke meja makan.. hehehe... ;)

    Selamat berpuasa Yati & family..

    ReplyDelete
  2. yesss...kak yati is back....

    dan sungguh....gambar bunga tuh sungguh cantik...tuh blom siap lagi tuh...kalo dah siap nanti,sure jeles tahap gaban punya...heheh

    anak saya yg tadika pon susah nak bangun sahur..makanya,tak berpuasa ler...bila org tanya,beriya cakap puasa..padahal baru jer lepas makan nasi...huhuh...

    ReplyDelete
  3. ketabahan seseorg adalah kunci utama dalam merawat jiwa yang sedang sakit...pasni jgn pkir² lg...hidup perlu ceria...tul tak?

    Salam kenalan dan selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  4. betul tu yati, kadang-kala kita kena belajar memaafkan orang lain untuk menjadi orang yg bahagia.. sy sendiri pun sometimes mcm tu jgk, bila org ckp lepas, terus sy sentap.. sedih..down.. lepas tu cuba muhasabah balik..yelah kdg2 org yg ckp tu pun dia x sedar.. terngiang-ngiang pesan Prof Muhaya psl ckp-ckp org ni "orang ngumpat kita 2 minit kita sakit hati 3 bulan" mcm tu la lebih kurang bunyi dia.. sakit hati yang 3 bulan kita tanggung tu tak berbaloi..yg azabnya kita..jadi dari kita lebih sakit hati kita belajarlah maafkan dia..kita pun tak stress :)..

    p/s sy pun masih cuba utk senang memaafkan org, bukan mudah kn tp bila pikir ganjarannya nanti di sana, masyaAllah..

    salam Ramadhan yati :)

    ReplyDelete
  5. jangan bersedih yer yati.. banyak2 doa kepada Allah supaya lapangkan hati dan kuatkan iman ok.
    anak akak yg 10 tahun tu pun susah nak bangun, tak boleh ayah yg kejutkan, kena umi jugak, pastu pimpin tangan bawa g kitchen hahaha

    ReplyDelete
  6. sabaq byk2 na dugaan Allah...sapa pun x lepas dari dugaanNya...saya pun sama pernah terguris perasaan sampai nangis camtu tapi org tu x sedar pun dia dh sakitkan hati kita...huhuuhu!!!

    ReplyDelete
  7. Stay strong Yati, and Happy Puasa :-)

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa yatie.
    alhamdulillah yatie dah sembuh dari kelukaan.

    ReplyDelete
  9. yati selamat berposa
    semoga semuanya dipermudahkan untuk yati dan keluarga, amin

    sulaiman tetap maintain comei

    ReplyDelete
  10. Salam ...yati , yati tak leh lawan kak suzi ,kak suzi jarang nangis keras hati ...hahahahah
    qaid kadang bangun kadang puasa ,itupun separuh hari je

    ReplyDelete
  11. Selamat berpuasa Yati. Banyak2 berdoa dan bersabar yer di bulan yang penuh berakah ini..InsyaAllah! Always think +ve..

    ReplyDelete
  12. Oh yati..slmt berpuasa buat yati sekeluarga... Biasala...tgh emosi...sy pn gitu gk...ada bnrnya kata abby dn kwn2 yg lain....
    Ank sy ammar,5thn...puasa tp mkn semacam je..mcmana lah nk train dia... CS tu cantik... Susah ke yati klau nk buat....baru masuk dlm wishlist sy..

    ReplyDelete
  13. yati, biasalah nangis2 tu, tgh sedih... kadang2 elok diluahkan drpd dipendam... nak cerita kat org pun kdg2 bukannya org paham kan... anak2 akak pose, tapi selalu buat alasan nak bukak puasa.. manjang je terbatal, terkorek hidunglah, tergigit jarilah.. hehe biasalah budak2 belajar puasa kan...
    Selamat Berpuasa yati... dan teruskan semangat menghabiskan bouquet of roses tu... :)

    ReplyDelete
  14. Zila,
    Waalaikumsalam warahmatullah.
    Yes! Amin.. thanks Zila! Hugss Zila!
    Hehhe.. kantin dia bukak pulak ya. Tapi baru darjah 1, boleh dimaafkan tu. :)
    Hahaha.. carry terus. Bagus, bagus! :)

    Ariena,
    ya betul, pattern ni cantik Ariena. Meh la kita buat sama. Hehhe..
    Haha... sama je dengan Hafizan. Bila cikgu tanya pun jawap posa. :)

    Ena's Palace,
    Betul, betul, betul!
    Salam kenal dari Yati juga dan terima kasih singgah sini. :)

    Abby,
    setuju dengan apa Abby cakap. Terima kasih komen Abby buat yati lebih ringan rasanya.
    Salam ramadhan untuk abby sekeluarga juga. :)

    Kak Mila,
    ya, kak. Terima kasih. Hugss kak Mila.
    Manja maknya ya, anak dara sorang kak Mila. :)

    Nanie,
    huhuhu... takpe Nanie, kita sama-sama kuatkan diri dengan sabar dan iman ya! :)

    Jeyanthi,
    thank you! Long time no see. Hope you're doing great. :)

    Kak Erna,
    Alhamdulillah, kak Erna. :)

    Kak Shima,
    Amin, ya rabbal alamin..
    comel-comel geram kak Shima. Tengah potty train dia sekarang. :)

    Kak Suzie,
    wah... wish I could be like you! Keras hati dan kuat!
    Separuh hari tu pun dah ok, kak. Dari tak posa langsung. :)

    Marie,
    Thank you Marie. Thank positive! :)

    Ina,
    Susah juga la. Banyak color. Tone hampir sama. Ada backstitch lagi nanti. Saiznya pun besor! Selamat berposa untuk Ina sekeluarga juga. Satu cabaran pattern ni, bagi Yati. :)

    Kak Nisa,
    hehhe.. korek idung batal posa. Thanks Kak Nisa! Semangat, yeh!

    ReplyDelete
  15. hmm patutla lama yati takde...takpe, forget the past, move forward....kami semua ada sini, tunggu and teman yati....yang penting yati teruskan hasil kerja yati...lantakkan orang itu...zasssssst

    ReplyDelete
  16. Sabar ye yati....itulh mulut org yg xde insyuran..sesuka hati menyakiti org lain....Pasti ada balasan utk org2 begini..Sabarlah....

    ReplyDelete
  17. biasalah yati, selalunya org tua ler yg paling laser seb dh byk mkn asam garamnya, yg penting kita kena sabo... mereka org tua ni terlalu byk memendam perasaan, so bila terburai tu mmg x boleh nak kaup balik dah... saya yakin dia x bermaksud nak lukakan hati org cuma kebykkan org tu suka menyindir, dan x sedar sindiran dia tu menyakitkan hati... sabo yea...

    tip nak gerak budak tadika, tgk apa yg abg sy buat dia tarik ibu jari kaki... selalunya bole bangun... katanya petua org dolu-dolu , selamat mencuba (psst..sy sndiri pon x prnh cuba..hehehe)

    ReplyDelete
  18. Kak Fidah,
    Huggsss kak Fidah. Thanks, that's right, keep moving forward. :)

    Kak Nza,
    Terima kasih, kak. Sabar kena banyak kan kak.

    Az Jari Lentik,
    Yati akan cuba bersabor. Timacih ya!
    Nanti nak coba tarik ibu jari kaki budak Hafizan ni. Dah masuk 7 hari dah puasa, dia tak bangun jugak time gerak sahur. Ntah tidor camana.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea