Wednesday, July 25, 2012

Le' Cucur Doyan

Ello! Assalamualaikum!

Ni gambor lama, baru nak upload.

Suatu hari di bulan tak posa, Yati telah buat cucuq durian! Hehe.. sebab durian banyak kan hari tu orang jual. Ni first time buat cucur durian, selama ni dok makan yang orang buat je.

Nak resepi ke? Sama je macam buat cokodok. Sebab durian tu kecik-kecik, Yati masukkan isi beberapa ulas dalam blender, dan blend dengan gula. Sebab durian tu makan mentah tak manis pun. Husband Yati beli tak suruh orang tu kopek dulu. Yati suka yang isi kuning-kuning. Tapi banyak isi putih je, durian kampung. Pastu masukkan self raising flour skit, tepung gandum sikit dan telor. Pastu kacau dan boleh digoreng seperti buat cucur biasa.


Dapat sikit je. Kami 2 orang je layan, anak-anak tak makan.


Goreng keropok 2 bekas. Buat teh panas. Layan....

Hari ni masak apa untuk berbuka ya. Masuk hari kelima puasa, dah tak lalu makan sahur. Kena goreng ikan masin jugak esok sahur.

Selamat ya! ^_^

8 comments:

  1. tu ler kan....akak pun dah pening nak masak apa..adoiii

    ReplyDelete
  2. salam yatie..tang keropok tu kita sama..goreng siap2 masuk bekas..balik terawikh boleh makan

    ReplyDelete
  3. durian... adeh... terliur plak.. ekekek...

    saya kalo tak selera, goreng ikan bilik campur bawang. kalau rajin goreng kentang nipis2 campur sekali..kalau ada tempe pon sodap.. pergh... boleh bertambah nasi... (cemaner nak kurus nih???) Hahahaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya cucur doyan... lagi sedap klu goreng sebiji mcm tu aje rasanya... mcm goreng cempedak, ada gak mkn, sedap!

    ReplyDelete
  5. 2lh kita kaum ibu yati...awal2 dh fikir nk masak apa utk brbuka...kesian tgk anak2 kalau mkn xlalu....

    ReplyDelete
  6. Akak ada buat juga tapi akak punya style durian tu koyak isi campur gula sikit then celup dlm bancuhan tepung macam nak goreng pisang then goreng .Terasa isi durian sebab tak campur dengan tepung kan .
    Semlm akak buat asam pedas je ,sahur makan nasi lemak ...x tahu juga nak makan apa ;)

    ReplyDelete
  7. Nak beli gak la doyan.. uwaaaaa

    ReplyDelete
  8. Kak Fidah,
    Susah-susah telor goreng je kak, pun best, asal ada ikan atau telor masin buat sedap mulut sahur. :)

    Kak Erna,
    Hehe.. betul, senang nak makan.

    Zila,
    husband Yati selalu goreng ikan bilis camtu. Memang sedap! Boleh buat nanti.
    Zila tak gemuk ok! :)

    Az Jari Lentik,
    tak pernah try macam goreng cempedak, Az. Tak letup-letup ke nanti? :D

    Kak Nza,
    Itu la, memang kena buat 2 menu. satu benda kita makan, satu benda anak nak makan. Selera lain kan, tak sama dengan budak.

    Kak Suzie,
    Tak pernah buat macam style kak suzie tu, tapi nak try nanti. :)
    Asam pedas? Best, layan dengan roti pun boleh.

    Anie,
    beli, jangan tak beli.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea