Friday, July 27, 2012

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.

Ni cerita jalan-jalan sebelum bulan posa.

Satu hujung minggu, kami pi Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Tak la jauh mana pun. Tapi sebab kami tak tau jalan, nu.. sampai ke Kuala Kangsor kami pi. Sebab jalan Ipoh tu, bukannya kami tau sangat. Yang kami tau, tempat ni letaknya di tepi highway utara-selatan. 

Kami pun jarang masuk highway. Dulu ingat ada exit ipoh utara, exit ipoh selatan kalau kita dari arah selatan. Tapi la ni, dia dah asingkan highway tu. Makna, kalau nak kuor Ipoh, ada satu je exit. Kalau kita lepas satu tu, makna pi la sampai Kuala Kangsor. Camtu la kami, terlajak.

Ingat nak pi lain hari je. Tapi sampai jugak akhirnya.

Amirul dan Hafizan 

Sampai sana, tengok ada ikan banyak sangat dalam tasik tu. Boleh bagi makan ikan, ada jual makanan ikan singgit satu paket.

Budak-budak leka tengok ikan
Ikan koi. Ikan hitam tu macam ikan keli, tapi tak pernah la tengok ikan keli besor camtu. Besor giler!
Tempat ni ada tasik. Boleh naik bot ke seberang, ada tempat lain lagi boleh pi.

Husband with Amirul & Sulaiman atas bot. 

 Rasa aman kat sini. Tengok pemandangan hijau, dan dekat dengan bukit.

Ada playground
Budak-budak bila dah nampak ni, lama la lepak sini.

Duduk tepi tasik, tengok ada tuntung. Besor juga. Dia makan pulak tu makanan ikan.


Penat duduk tengok anak main, jalan-jalan lagi.

Ada burung unta
Ada rusa
Ok la, kalau nak bawak family sini.

Bot ulang alik ambil dan antor penumpang
Yati dengan anak-anak. Anak kurus, mak gemuk. Heee.....
Tu la dia. Dok Perak dah 7 tahun, tapi tak pernah sampai sini. Bila nak balik, baru ikut bandar Ipoh. Tak ikut highway. Memang tak jauh la pun dari pusat bandar Ipoh.

Tu je citer. Baru nak terokai negeri sendiri. Selama ni dok jalan tempat tu je. Gua Tempurung tu pun tak pernah pi lagi, padahal kat Gopeng tu je. 

Jumpa lagi, selamat berpuasa semua! ^_^

Wednesday, July 25, 2012

Le' Cucur Doyan

Ello! Assalamualaikum!

Ni gambor lama, baru nak upload.

Suatu hari di bulan tak posa, Yati telah buat cucuq durian! Hehe.. sebab durian banyak kan hari tu orang jual. Ni first time buat cucur durian, selama ni dok makan yang orang buat je.

Nak resepi ke? Sama je macam buat cokodok. Sebab durian tu kecik-kecik, Yati masukkan isi beberapa ulas dalam blender, dan blend dengan gula. Sebab durian tu makan mentah tak manis pun. Husband Yati beli tak suruh orang tu kopek dulu. Yati suka yang isi kuning-kuning. Tapi banyak isi putih je, durian kampung. Pastu masukkan self raising flour skit, tepung gandum sikit dan telor. Pastu kacau dan boleh digoreng seperti buat cucur biasa.


Dapat sikit je. Kami 2 orang je layan, anak-anak tak makan.


Goreng keropok 2 bekas. Buat teh panas. Layan....

Hari ni masak apa untuk berbuka ya. Masuk hari kelima puasa, dah tak lalu makan sahur. Kena goreng ikan masin jugak esok sahur.

Selamat ya! ^_^

Tuesday, July 24, 2012

Recovery

Hello... Assalamualaikum....!
Salam Ramadhan pada semua kawan-kawan!
Camana? Ada baik ka? ^_^

Rindu Yati ke? Hehhe... 

Ada ni ha... bukan apa, tak de benda best nak cerita. Cuma, ada lah satu peristiwa sedih ni, berlaku lama sebelum bulan posa ni. Sedih giler dibuatnya. Hancur la hati Yati. Haa, ni buat macam nak nyanyi lagu Najwa Latif - Kosong ni. Kosong tu lebih ringan rasanya dari apa yang Yati alami baru-baru ni. Rasa dah la hati tu berkecai, macam ada batu besor pulak menimpa hati tu. Dan rasa tu berterusan sampai lama la. 

Betul la tu, orang kata, lidah tu lebih tajam dari mata pisau. Dan sebab kata-kata juga lah yang buat hati Yati hancur. Tak leh tulis kat sini la apa yang orang tu cakap kat Yati. Tapi lepas orang tu cakap macam tu, 3 hari Yati nangis tau! Masak nangis (bukan tak posa, ni berlaku sebelum bulan posa), sapu sampah nangis, cuci beras nangis, solat pun nangis. Ate... bila ayor mata tu nak kuor, ingat boleh ke tahan? Kalau ada alternatif lain, boleh juga tadah bagi orang lembah kelang yang katanya akan alami krisis ayor. Tapi dah tak leh tahan, bila nak kuor tu, kuor je la. Huhu... lawak pun ada bila ingat balik. Sebab orang yang cakap kat Yati tu tak tau langsung kata-katanya telah menyinggung perasaaan Yati. 

Heee... Yati doa Yati takde la sampai macam tu. Mengata kat orang sampai macam tu, tak amik kira perasaan orang sampai macam tu. Tau angin dia je, sesedap mulut dia je berkata-kata. Kalau orang muda, boleh la juga kita melawan. Tapi camana kalau kata-kata tu keluor dari mulut orang tua? 

Berlakon je la, senyum, seolah-olah takde apa-apa, tapi bila balik rumah, amik ko.... meleleh ayor mata 3 hari. Lepas tu hati tu, susah benor nak buat dia lupa kata-kata laser yang diucapkan tu. Terngiang-ngiang di telinga, macam nyamuk! Yati dari dulu harap Yati orang yang boleh dengor cakap orang, masuk telinga kanan, kuor telinga kiri, tapi tak leh ler. Bila dah dengor tu, dia terus masuk dan main-main dalam kepala macam cd rosak. 

Masa. Itu la yang Yati perlukan untuk sembuhkan hati tu. Tu pasal blog ni sunyi sepi. Bukannya tak nak update, tapi tak terkeluor. Jari ni tak dapat menaip kata-kata happy bila hati tengah bersedih. 

Ada hikmahnya apa yang berlaku. Hikmahnya, mungkin Yati jadi lebih dekat dengan Allah. Dr. Mohd Fadzillah Kamsah pun kata, kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia. Sejak peristiwa tu, Yati doa, sembuhkan lah hati Yati, Ya Allah.

Hari demi hari, satu hari Yati bangun, Yati rasa batu besor yang menimpa hati Yati tu dah takde. Dah takde rasa berat lagi dah dalam hati. Allah tu Maha Mendengar, kan. Dan dia makbulkan permintaan hambaNya yang banyak dosa ni.

Cuma sekarang, cebisan-cebisan yang hancur tu, nak kena tampal balik. Dan Yati rasa lebih ok sekarang. Deep down, Yati appreciate kawan yang telefon dan mesej kat fb, nape lama tak update blog. Terima kasih, my friends. :-)

Oh, Yati dah pun maafkan orang yang cakap perkataan tak elok tu pada Yati. Lama dah. Cuma, in order for me to be happy, I can't help but to stay away dari orang macam tu. Cakap lah apa saja, tapi hari ni, masa ni, saya tak boleh balik lagi. Bagi Yati masa, ok.

Dari memikirkan benda yang menyedihkan ni, lebih baik kita fikir benda yang lebih penting, contohnya macam order cross stitch Yati yang tak siap-siap ni. Yati harus akui juga, pattern ni agak susah ler! Hari-hari Yati jahit juga, walau pun progress sebaris dua. Yang penting at least harus amik masa jahit juga, walaupun 10 minit. Customer Yati yang amat baik hati ni sungguhlah memahami, dan boleh tunggu sampai akhir tahun katanya. Tapi takkanlah kita nak amik kesempatan atas kebaikan orang. I can do this! Malaysia boleh!

Bouquet of Roses, siap part 1-3. Sedang siapkan part 4.
Lagi satu benda yang buat Yati tambah kuat, anak-anak la.

Kesian tak tengok muka Sulaiman tengah tidor ni? Takde bantal, atas simen je pun dia bole tidor.

Dan selain anak-anak, abe ku tercayang. Bulan posa ni, rileks kat rumah je la hujung minggu. Petang je la pi pasor ramadhan. Siang-siang tu, hari Sabtu lepas, layan mesin jahit ni. Jahit segala menatang yang koyak dalam rumah. Ropa-ropanya, suami Yati ni lagi terer guna mesin jahit tu ler, dari Yati.

Abe jahit tudung Yati. Bole amik kursus menjahit ni. :-)

Pejam celik, sudah pun 4 Ramadhan hari ni. Amirul posa, dah darjah 3, kan. Cuma hari first hari tu dia lembik. Hafizan kejut bangun sahur, tak pernah nak bangun. Cer kome bagi tips, camana nak suruh budak  tadika bangun sahur? Liat ler, budak lelaki ni. Jirus ayor ke? Hui, basah ler katil. Susah pulak nak menjemor. Angkut tilam pun boleh semput.

Ok la. Selamat berpuasa kepada semua. ^_^