Monday, June 04, 2012

baru balik...

Assalamualaikum...! Hello semua!!

Ha ah, Yati baru balik dari Kelantan. Alhamdulillah, sampai juga kami ke sana, tengok anak sedara husband kawin.
Dalam entri sebelum ni, kami tak pasti, kan. 
Yang penting, nak ke, tak nak. Kalau nak, kenalah cari jalan, kan. 
Pikio punya pikio, kami sewa kereta, balik Tumpat. Kereta Viva. Comel je, tapi jimat minyak!

Budak-budak ni ok pulak, takde muntah dalam perjalanan. Semua orait. 
Berehat sehari, dan keesokannya, sudah ada kenduri, hantar pengantin lelaki. Lebih kurang macam rombongan Cik Kiah la pulak, dari Tumpat ke Tanah Merah. Konvoi kete, beramai-ramai.

Bertolak pukul 2 lebih, pukul 5 baru sampai rumah pengantin pompuan. Lapor bebenor ler. 

Ha, gambor belakang orang je. Pengantin nu, kat depan. Kita bawak budak, kat belakang la. Masa ni, nak masuk rumah pengantin pompuan.
Lepas selamat hantar sampai ke dalam, apa lagi...

Sulaiman amik lauk ayam masak merah. Ice-cream pun ada.
Lepas tu, balik la.

Sementara ada masa esoknya, jalan-jalan la dulu ya. 

Makcik gemuk mana la pulak tu ya.
Ni masa nak pi beli-belah di Pengkalan Kubor. Beli barang mainan budak je.

Sibuk sungguh, itik ni pun nak interprem.
Itik tu datang dekat benor dengan meja kami, masa makan bihun sup kat Pantai Geting.

Inilah stesyen ketapi akhir di kelantan, di Tumpat.
Ha, esoknya, kenduri sambut menantu pula.


Dua beradik, anak sedara husband, buat hari yang sama.

Encik Abe busy dari pagi, tolong cacak signboard dan masa kenduri pun, dia jadi penanggar. 

Hehe.. kami dok bawah pokok, cian dia, kena buat kerja.
Pertama kali juga kami pi kenduri yang ada silat. Selama ni, dok tengok kat tv je.

Encik Abe kata, ni silat pulut. Dia macam silat gurau-gurau. Ada masa, macam joget pun ada. Sebab masa ni, pukul 12 lebih, pengantin belum sampai, perut dah lapor.

Macam nak joget, kan.
Ni pula silat bila pengantin pompuan sampai.

Waiya...
Yang silatnya orang muda. Main muziknya, orang lama belaka...

Bukan senang nak main serunai tu yek.. Nafas panjang benor...
Sulaiman pulak nak balik je. Tak sempat nak tengok pengantin lagi satu datang. Jalan kaki je dari rumah abang ipar ni ke rumah mek. (mak husband).

Esoknya dah bertolak balik Perak. Memang sepanjang sana, asyik makan gulai je. Bertambah sihat saya. Kalau pi kenduri sini, tak jumpa macam di sana. Itu la dia, lain tempat, lain kan. Makan pun murah sana. Bila dok sana, takde lah cuaca panas macam kat rumah ni. Boleh rasa bezanya, bila masuk Perak, baru rasa bahang panas. Ha, camana tu... hehhe...

Ni masa lepas Pulau Banding. Amik gambor dari dalam kete.
Lagi satu kan, masa dalam perjalanan ke Kelantan hari tu, kami kira lori balak yang selisih sepanjang perjalanan menghala ke Perak. Nak tau berapa biji? 35 biji lori balak!! Kalau pelik nape cuaca sekarang panas, hmmm... tak tau la nak cakap ya. 

Alhamdulillah, dapat juga kami balik Kelantan. 
Cuti kawan-kawan pula camana? ^_^

9 comments:

  1. Alhmdulillah...dapat jugak kelik kalate ya Yati...dapat makan gulai dan melepaskan rindu pada keluarga...

    ReplyDelete
  2. sekrg ni semua org sibuk bercerita pasal kenduri kawin

    ReplyDelete
  3. Ingat nak juga balik besut tapi nak kena pergi kota tinggi dan alor star so lupakan saja...

    ReplyDelete
  4. wahhh best ...dapat pi kelantan.akak pun dah lama tak pegi sana. cuaca skang memang berapi...rasa nak duduk dalam air jek ..akak cuti sekolah tak pegi mana sangat...baru2 ni bawak anak2 sedara pegi planetarium and muzium kesenian islam..best la gak

    ReplyDelete
  5. gambar kt signboard bunohan tu macam best jek. eh mana gemuk.ok lagi tu :p
    sekarang cuaca panas bangatt. anak2 aku pun ruam sampai kt kepala

    ReplyDelete
  6. Kak Ina MP,
    hehe.. Alhamdulillah, betul, betul!

    Kak Su,
    musim cuti sekolah ni memang banyak kenduri ya, kak. Hujung minggu tak yah masak.

    Kak Suzie,
    wah, selatan dan utara pergi. lagi jauh tu.

    Kak Fidah,
    betul, kalau ada swimming pool kat rumah, sure takde kerja lain, berendam je.
    Bagus tu, planetarium tu budak-budak mesti suka.

    Epid,
    Hehe.. kembang semangkuk le, tak slim macam ko.
    Tu kena letak bedak sejuk tu, Epid.

    ReplyDelete
  7. waa.. naik viva.. :D
    yang penting selamat pergi dan balik.. :)

    byknye lori balak! habislah hutan kat Perak tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Syukur akhirnya yati n family blk juga ke klate.
    Kalau majlis kawin kt klate biasanya mmg ada silat ni yati......

    kalau xsilap akak, cuaca di klate dh brcmpur dgn iklim tropika...sbb tu kepanasannya brbeza dgn tmpt lain.

    ReplyDelete
  9. Zila,
    itu la dia. Alhamdulillah, ada rezeki balik Kelantan.
    Itu la dia. Ntah ada permit ke pembalakan haram tu, tak tau lah.

    Kak Nza,
    ooo ye ke kak. Yati baru pertama kali tengok silat orang kawin, kak.
    Hmmmm... boleh jadi juga ya kak, tentang cuaca tu. Rasa nak duduk sana terus pun ada. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea