Wednesday, June 13, 2012

Demam dan donut

Assalamualaikum, hello...!

Sudah balik ke rutin biasa. Sulaiman sudah happy, sebab abang-abangnya dah balik. 

Tapi Hafizan pula demam. Sempat pergi sekolah hari Isnin saje, lepas tu, masuk hari ni dah 2 hari tak ke sekolah. Muntah-muntah, tak lalu makan, sampai tinggal tulang dan kulit saje.

Hafizan masa di Pangkor. Design t-shirt sendiri.
Harap Hafizan ok esok. 
Kalau lah boleh transfer sakit tu pada mama, kan bagus. Sebab mama banyak lemak. Hehhe.. ni budak ni dah la sedia kurus, tambah keding jadinya.

Semalam Yati buat donut. Ikut resepi Kak Nza.

Ini kali kedua buat donut. Pertama kali dulu, dia tak naik gebu. Kali ni, memang gebu dan sedap. (masuk lif tekan butang sendiri).

Sekarang Yati agak malas masak. Jadi, hari-hari lauk simple je, macam telor, ikan bilis atau sardin. Tapi bila tengok Masterchef selebrity tu, rasa nak cuba pulak buat donut lagi. Tu semalam test buat tu. Nampak macam cucuq keria pun ada dalam gambaq.

Ok, take care semua! Be happy dan rajin-rajin kerja!

Wednesday, June 06, 2012

Di sana gembira, di sini bersedih

Amirul dan Hafizan pergi Pangkor, aunty dia orang bawak.

Aunty MMS gambar pada mama semalam
Sulaiman tak boleh pisah dengan Hafizan. Kalau dengan abang Amirul, takpe lagi. Sulaiman makan sikit, minum pun sikit.

Nak tergelak pun ada tengok muka sulaiman ni
Cian dia. Ni last tau. Lain kali nak bawak, bawak tiga-tiga sekali.
^_^

Monday, June 04, 2012

baru balik...

Assalamualaikum...! Hello semua!!

Ha ah, Yati baru balik dari Kelantan. Alhamdulillah, sampai juga kami ke sana, tengok anak sedara husband kawin.
Dalam entri sebelum ni, kami tak pasti, kan. 
Yang penting, nak ke, tak nak. Kalau nak, kenalah cari jalan, kan. 
Pikio punya pikio, kami sewa kereta, balik Tumpat. Kereta Viva. Comel je, tapi jimat minyak!

Budak-budak ni ok pulak, takde muntah dalam perjalanan. Semua orait. 
Berehat sehari, dan keesokannya, sudah ada kenduri, hantar pengantin lelaki. Lebih kurang macam rombongan Cik Kiah la pulak, dari Tumpat ke Tanah Merah. Konvoi kete, beramai-ramai.

Bertolak pukul 2 lebih, pukul 5 baru sampai rumah pengantin pompuan. Lapor bebenor ler. 

Ha, gambor belakang orang je. Pengantin nu, kat depan. Kita bawak budak, kat belakang la. Masa ni, nak masuk rumah pengantin pompuan.
Lepas selamat hantar sampai ke dalam, apa lagi...

Sulaiman amik lauk ayam masak merah. Ice-cream pun ada.
Lepas tu, balik la.

Sementara ada masa esoknya, jalan-jalan la dulu ya. 

Makcik gemuk mana la pulak tu ya.
Ni masa nak pi beli-belah di Pengkalan Kubor. Beli barang mainan budak je.

Sibuk sungguh, itik ni pun nak interprem.
Itik tu datang dekat benor dengan meja kami, masa makan bihun sup kat Pantai Geting.

Inilah stesyen ketapi akhir di kelantan, di Tumpat.
Ha, esoknya, kenduri sambut menantu pula.


Dua beradik, anak sedara husband, buat hari yang sama.

Encik Abe busy dari pagi, tolong cacak signboard dan masa kenduri pun, dia jadi penanggar. 

Hehe.. kami dok bawah pokok, cian dia, kena buat kerja.
Pertama kali juga kami pi kenduri yang ada silat. Selama ni, dok tengok kat tv je.

Encik Abe kata, ni silat pulut. Dia macam silat gurau-gurau. Ada masa, macam joget pun ada. Sebab masa ni, pukul 12 lebih, pengantin belum sampai, perut dah lapor.

Macam nak joget, kan.
Ni pula silat bila pengantin pompuan sampai.

Waiya...
Yang silatnya orang muda. Main muziknya, orang lama belaka...

Bukan senang nak main serunai tu yek.. Nafas panjang benor...
Sulaiman pulak nak balik je. Tak sempat nak tengok pengantin lagi satu datang. Jalan kaki je dari rumah abang ipar ni ke rumah mek. (mak husband).

Esoknya dah bertolak balik Perak. Memang sepanjang sana, asyik makan gulai je. Bertambah sihat saya. Kalau pi kenduri sini, tak jumpa macam di sana. Itu la dia, lain tempat, lain kan. Makan pun murah sana. Bila dok sana, takde lah cuaca panas macam kat rumah ni. Boleh rasa bezanya, bila masuk Perak, baru rasa bahang panas. Ha, camana tu... hehhe...

Ni masa lepas Pulau Banding. Amik gambor dari dalam kete.
Lagi satu kan, masa dalam perjalanan ke Kelantan hari tu, kami kira lori balak yang selisih sepanjang perjalanan menghala ke Perak. Nak tau berapa biji? 35 biji lori balak!! Kalau pelik nape cuaca sekarang panas, hmmm... tak tau la nak cakap ya. 

Alhamdulillah, dapat juga kami balik Kelantan. 
Cuti kawan-kawan pula camana? ^_^