Thursday, May 24, 2012

Tragedi

Petang semalam, lepas Encik Abe habis kerja, kami pi Lumut, tengok Mama Yati masuk wad. 

Mama Yati darah tinggi, dan tulang dia sakit-sakit. Tekanan darah yang sangat tinggi, sampai 200, doktor tak bagi ma jalan pergi toilet. Bila jalan je ke tandas, ma pening. Doktor kata, boleh kena strok. Jadi ma memang kena tahan di hospital.

Lepas tengok ma, kami kena balik rumah kami semula di Seri Iskandar, sebab Amirul ada paper lagi hari ni. Dia tengah exam.

On the way, kami kemalangan!

Bila tiba di satu lampu isyarat selepas Ayer Tawar, masa tu lampu isyarat bertukar kuning. Bila lampu tukor kuning, korang selalunya buat apa? Tekan minyak lagi ke, nak bagi lepas, atau korang brek dan bersedia untuk berhenti waktu lampu kuning?

Kereta depan kami brek, bila nampak tu, Encik Abe pun brek la, walau pun bajet, mesti lepas punya la, sebab lampu baru tukor kuning. Tapi sebab kete depan berhenti, kami pun brek, brek dari jauh lagi.... shreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkk... BAM!!!! Kena juga bontot kete depan.

Kami dua orang depan ni ok, sebab pakai seatbelt. Tapi anak-anak 3 orang kat belakang, impaknya ke depan. Melalak lah juga Sulaiman, sebab dia dok tengah, terjatuh ke bawah.

Kete orang tu kemek sikit je. Ni kete kita orang...

Sori ya, camera handphone je. Jadi, gelap, sebab hari dah malam. 

Close-up sikit

Dari tepi
Orang kete depan tu tanya, nak settle camana? Encik Abe jawap, settle balai la.

Masa tu, kat tempat kemalangan tu, bau hangit tau! Tayar berasap masa brek dari jauh tu, sampai tinggal kesan hitam tayar atas jalanraya tu.

Kami terus pi balai polis bota, nak report, tapi tak boleh, sebab rupanya, kami kemalangan dalam kawasan Manjung. Kalau kami lepas satu pintu gerbang selepas kedai makan Rotisegar tu, baru lah masuk daerah Perak Tengah. Sebab kat Seri Iskandar pun ada IPD, tapi rupanya, tak leh.

Walau pun report boleh buat dalam 24 jam, tapi kami pergi juga malam tu, patah balik ke Lumut. Masa nak sampai ke Ayer Tawar, kereta tiba-tiba berasap dan bau hangit. Immediately berenti tepi jalan. Nasib dekat kedai tomyam, jadi kami makan malam situ. Hmmm... Sulaiman je yang makan. Yang lain hilang selera lagi.

Panggil tow-truck. Jadi, kami pergi Lumut, naik kete yang di tunda. 

Camtu la ya. Bahagian depan kete naik ke atas, macam basikal buat wheely tu. Yati lukis gambaran, sebab amik gambar, gelap sangat, tak nampak.
Macam ni la ya, dari dalam. Yati, Amirul dan Hafizan dalam kete. Encik Abe dan Sulaiman naik tow truck depan tu. Sulaiman takut naik kete buat wheely.

Boleh tertidor la pulak dalam kete. Kami tidor kat rumah mama di Lumut. Papa ada. 

Encik Abe kata, orang pomen kata, 3 minggu jugak kete ni kena repair. Salah kami, sebab kami langgar bontot orang. Encik Abe bawak laju juga. Tapi nak kata break mengejut, tak jugak, sebab kami break dari jauh. Macam jalan tu licin la. Yati pejam mata tau waktu impak langgar tu. Tak berani nak tengok. Cuma boleh rasa je, bam! Kena saman 300.

Pagi ni, pukul 5 pagi, kami pinjam kete papa, balik rumah, sebab Amirul tak leh tak pergi, kan. Nasib rumah ma ada 2 kete.

Camtu la ya. Mungkin tak jadi la balik kelantan. Cuti sekolah, tak tau la... dugaan Allah bagi, kan. Ok, kami ok je. Yati rasa ok, dan bersyukur sebab anak-anak tak apa-apa dalam accident semalam. Harap mama baik cepat-cepat. Doakan ya!

16 comments:

  1. akak penah ada pengalaman camni, tapi en. abah langgar vontot keta tok ayah. ni pun pasal brek mengejut gak. yang penting anak2 selamat.

    ReplyDelete
  2. kak yati,saya pon penah mengalaminya...2 kali dalam tempoh sebulan...
    1st,langgar divider...jalan licin dan ada kesan minyak...

    kali kedua,lori dari arah depan langgar kereta kami...masa tuh hujan lebat..so lori tuh gerak sket2 ke belakang...sampai menghentam kete kami..teruk jugak impak dia...sbb lori treler...

    hasilnya,saya jadi fobia bila naik kete time hujan...n lalu pulak sebelah lori besar...huhu...

    ReplyDelete
  3. faham sebab saya pun pernah eksiden camtu...keta waja langgar lori sampah...keta saya time tu abah bawa langgar keta waja tu...teruk gak la tapi nsb baik x da apa2..kebetulan semua ada dalam keta tu nk balik penang....salah lori sampah tu hmmm....dugaan betul...

    ReplyDelete
  4. yati.. i miss u!! :)
    lama tak menjengah sini..
    aduhai, sedih tengok kereta. penah alami jugak, hencot sebelah kaki bila kete takde. huu~
    papepun, semoga dipermudahkan segala urusan ye yati

    ReplyDelete
  5. dugaan tol ek....moga dipermudahkan urusan yati and famili ek....moga dapat pi jenjalan time cuti sekolah

    ReplyDelete
  6. Sy xpenah eksiden lg, tp penah dok betul2 blkg kete yg terbalik pusing2 siap ada api mcm dlm movie tuh..nsb baik suami sy sempat brek..walopn bkn sy yg eksiden, tp smpi skrg sy xberani bawak kete sndiri..

    ReplyDelete
  7. Syukur Yati & family xde pape, keta rosak xpe blh repair, claim insurans, kes Yati ni cam kami xcident kat Cameron Highland hr tu la, 3 biji keta, keta km blkg skli, suami hjr mmg dah break tp keta melunsur laju gak hentam bontot keta depan, maybe jalan licin, tayar kurang mencengkam..huhu

    ReplyDelete
  8. yg penting, syukur yati & famili tidak apa-apa :)

    ReplyDelete
  9. yati
    insyaallah semoga semuanya dipermudahkan dan mama yati cepat sihat ya

    ReplyDelete
  10. Akakkkk syukurlah akak sekeluarga selamat takde cedera apa! Alhamdulillah! Semoga akak sekeluarga bersabar atas dugaan ni and semoga your mum sembuh soon inshaAllah.

    ReplyDelete
  11. Sykur Alhmdulillah, Yati dan keluarga tak de apa2.....

    Sabar ya dik...semoga Allah permudahkan segala urusan Yati dan fmly...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah Yati sekeluarga selamat ... terkejut juga baca entri nih ...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah yati n keluarga tak apa2. Adalah lebih baik suruh anak2 pakai tali pinggang keledar walaupun duduk kat belakang.

    ReplyDelete
  14. pengalaman yg sgt berguna nie kak..semoga ia dijadikan iktibar utk akak sekeluarga kans

    ReplyDelete
  15. Kak Su,
    betul kak, yang penting, semua orang tak apa-apa.

    Ariena,
    2 kali dalam sebulan? Peh, lagi teruk tu ya.
    Dasyat tu ya, dengan lori lagi.
    Mesti trauma tu.

    Nanie,
    Dasyatnya, dengan lori sampah. Nasib baik semua ok ya.

    h4nie,
    I miss you too! :)
    Tu la, ingat Hanie sibuk kerja. :)
    Terima kasih, Hanie. Betul, bila kete takde, boleh mati kutu, yek!

    Kak Fidah,
    terima kasih, kak. Betul dugaan betul. Sedih lagi ni. Huhu...

    Aiza,
    dasyat ya, nampak macam tu. Kalau kak Yati pun, boleh trauma tu.

    Hajar,
    oh... pelik juga ya, dah brek pun boleh hentam bontot orang lagi. Benda nak jadi, kan Hajar. Sabor je la.

    Aida,
    Syukur, betul! :)

    Kak Shima,
    terima kasih, kak. Hugssss...!

    Yati,
    Amin, terima kasih Yati. Hugsss! Kawan-kawan la yang bagi kak Yati lebih kuat.

    Kak Ina MP,
    Amin. Huhu... terima kasih, kak. Memang Yati selalu kena ingatkan diri supaya sabor, bila rasa emosi tu datang.

    Kak Ann,
    Alhamdulillah, Kak Ann. Tu la, benda nak berlaku kan. Sabor dan terima semuanya.

    Kak Mila,
    ye, kak. Biasanya pakai. tapi budak kecik kan, dah pandai pula buka sendiri tali pinggang keledar tu.

    Sahromnasrudin,
    iktibar, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  16. MasyaAllah, teruk jugak kereta tu kemek yati..nasib baik xde yg cedera..apapn akak hrp agar semuanya dlm keadaan ok..kesian sulaiman....

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea