Monday, May 07, 2012

Sulaiman

Ada sorang budak kecik ni, nama dia Sulaiman. Umur 4 tahun.
Sulaiman tak sekolah lagi, tahun depan baru sekolah.
Hari-hari dia dok rumah, teman mama. 


Selain tengok tv, melukis dan main game komputer, Sulaiman juga tak boleh duduk diam, suka bercakap.

Dekat rumah, Sulaiman pot-pet pot-pet.
Makan dekat kedai, Sulaiman pot pet pot pet juga.

Sulaiman sangat suka kalau mama bawak pergi main dekat tempat budak-budak main, tak kira la kat playground ke, shopping complex ke.

Gambar di atas dekat tempat apa ntah nama dia, Sulaiman dah lupa, kid's zone ke apa, lebih kurang camtu lah nama dia, terletak di Aeon Station 18, Ipoh. 
Sulaiman main dengan abang-abang berjam-jam dalam tu, sampai *We boring tunggu.
Mama tak boring, sebab dekat sebelah kid's zone ni ada DAISO, kedai jepun yang setiap barang 5 ringgit tu. Hehhe...

Sulaiman suka main kat tempat ni, boleh jadi Bob the Builder.

Tengok tu, Hafizan dah jadi macam orang buat jalan dah, pakai macam tu.

Abang Amirul pula dah jadi orang jual ice-cream dah. Duduk belakang counter ice-cream, mesin cashier pun ada, bestnya, macam niaga betul-betul.

Tu je la nak cerita kali ni. Tapi satu je Sulaiman tak suka. Sulaiman tak suka hujan, lagi-lagi ada guruh dan kilat. Sulaiman takut!

Sampai kena tutup telinga. Tapi kena control, tak leh nangis, walau pun takut hujan. Sebab meja depan tu ada awek cute. Ni masa makan kat kedai nasi lemak ayam golek, Batu Gajah. Sulaiman tak makan pun, sebab camana nak makan, tangan kena tutup telinga, hujan. Mama tapau aje nasi untuk Sulaiman makan kat rumah.

Ok, babai.

*We = Wan, nama panggilan untuk bapa. Sebutan slang Kelantan ya.

8 comments:

  1. Selam Yaticim,
    Apa khabar? Ceria rasa pagi ni baca kisah Sulaiman yg comel ni.. Aunty Ayza cubit pipi dia sikit! *hugs* utk Yati! :D

    ReplyDelete
  2. Ya Allah comelnya Sulaiman! Mata dia cute sgt :D :D

    ReplyDelete
  3. SULAIMAN COMELNYA..semoga sulaiman menjadi anak yg soleh yg membahagiakan kedua ibubapanya ya

    ReplyDelete
  4. Kak Suzie,
    budak comot ni, kak. :)

    Ayza,
    hello Ayza!!! Rindu la! :D
    Yati Alhamdulillah. Harap Ayza dan family juga sihat.
    HUgssss Ayza back! ♥

    Kak Su,
    kalau Sulaiman dengor ni, nak tau tak dia cakap apa balik? Memang lahh hensem! (hehe, budak perasan hensem).

    Nurhayathxcy J,
    :)Ha, ramai juga cakap camtu, mata dia macam pompuan, sebab bulu mata lentik.

    Sahromnasrudin,
    Amin.. itu jugalah yang akak doakan. :)

    ReplyDelete
  5. suka tgk sulaiman...comel....

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea