Friday, May 18, 2012

macam-macam

Assalamualaikum...
Sungguh tidak konsisten saya dalam meng-update blog. Mesti dah kehilangan pembaca setia. Hehe... ada ke pembaca setia... perasan sungguh kan?

Pekabo semua? Saya biasa-biasa saje. Saya selang-selikan hari dengan siapkan projek bouquet of roses dan main hidden chronicles kat facebook. Berikut progress bouquet of roses setakat semalam...

Ada hari, saya rasa macam sudah bosan untuk cross stitch. Mungkin sebab projek berturut-turut kot. Rindu rasanya nak crochet dan knit. Untuk hilangkan bosan tu, tu yang saya main hidden chronicles kat fb tu. Lepas tu, sambil cross stitch, dengor radio Sinar. Suka dengor pagi di Sinar.

Walau pun tuan punya bouquet of roses ni suruh saya ambil masa untuk siapkan, tapi saya nak cuba siapkan dalam bulan june. Bulan 7, kita dah puasa, kan. Lepas tu, dah ada customer lain pula untuk cross stitch potret keluarga. Lepas tu, saya takkan ambil custom order dah. Nak buat ready stock pula. 

Nak tengok tak bunting saya order?

Saya nak buka meja, niaga offline. Prepare sikit-sikit, kumpul stok banyak-banyak. 
Kawan-kawan nak tau tak? Saya baru renew pendaftaran perniagaan Yati and Stitch di SSM, untuk tahun ke-4! ^_^

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, saya masih bertahan, sejak mula tahun 2008. Semua berkat sokongan kawan-kawan, keluarga, dan pelanggan. Terima kasih semua!!!!

Lagi satu, nak cerita...

Hafizan
Hafizan, anak Yati yang 6 tahun ni, yang pergi tadika ni, sudah ngaji Quran. Dia dah habis Iqra'. Laju betul budak ni. Amirul dulu pun tadika, tak abis lagi Iqra'. Yati dulu masa kecik pun, tadika, muqaddam pun tak lepas lagi. Naik Quran masa darjah 2, tak silap. Alhamdulillah... 

Ada satu hari tu, kita orang nak keluar, jalan-jalan cari makan. But end up pergi workshop, sebab kete kuor bunyi.

Lama la jugak melepak kat workshop, tukor tali aircond. Lepas tu pi makan ice-cream, panas kan cuaca sekarang ni.

Lepas tu balik rumah, tengok senja nan merah. 

Cantik, kan langit tu?

Ok la. Minggu depan minggu terakhir sekolah, sebelum cuti sekolah 2 minggu. Minggu pertama cuti sekolah tu, kami nak balik Kelantan. Anak sedara Encik Abe nak kawin. Minggu kedua cuti sekolah, budak-budak ni seperti biasa, aunty dia orang nak ambil.

Tapi sebelum ni, hari Ahad ni, 20 May, birthday saya ke 34. Tua dah kan?

Me with my three boys, Amirul, Hafizan dan Sulaiman.
Syukur atas semua nikmat. 
^_^

17 comments:

  1. betul saya pun dah rasa bosan dan tertekan sebab order bertimpa nih. nak relax la pula sambil2 buat kraf. saya stop dulu ambil tempahan sekarang sehingga selesai semua yg ada. Mungkin lepas raya saya baru nak ambik tempahan balik.

    ReplyDelete
  2. lupa nak niaga offline di mana ?

    ReplyDelete
  3. bestkan berniaga sendiri..bila la nk boleh niaga sendiri nih???

    ReplyDelete
  4. 34?? muda lagi la kak Yati! ekekeke... :P
    bulan Mei juga rupanya.. samala kita.. hehehe..

    waah..dah ada bunting.. bila nak start tu? :D

    Tahniah Hafizan.. anak saya yang darjah 1 tu pun masih iqra lagi.. huhuhu... dia dah tak saba-sabar nak naik muqaddam.. tp x lancar lagi cemaner ustazah nak lepaskan.. hehehe..

    Selamat balik Kelantan!:D

    ReplyDelete
  5. yati
    laju tu... kak shima punya masih ditakuk lama

    ti, tak tua ;agi still young, happy advanced bestday

    ReplyDelete
  6. Saya pembaca setia kak yati :)

    ReplyDelete
  7. saya nak wish dulu..... Happy coming birthday...... Sebaya umur kita....

    ReplyDelete
  8. Syukur krn dikurniakan anak2 yg sihat, bijak n comel2 tu yati.....

    Hepi besday Yati...moga bahagia sokmo...amin.

    ReplyDelete
  9. Akak pembaca setia yati..hehehe

    Hppy birthday yati...(muda lagi tu..)semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan dipemudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  10. yati...CS tue buat atas kain berapa ct ek?

    ReplyDelete
  11. Happy besday ...muda lagi ...akak 34 tu anak nak masuk 5 dah ...hehehe

    ReplyDelete
  12. Pembaca setia masih ada lagi.

    ReplyDelete
  13. happy belated bday, yati :)
    bday aida ke 34 oktober nanti. alololo da byk da umur kita ekk hi hi hi...
    aida wish selamat maju jaya dlm bisnes. kalau ikhlas & jujur, sure Allah beri rezeki yg melimpah ruah. aida ni minat bisnes jugak, ada simpan niat nak bisnes. tapi, masa takde la yati. masa utk keje ofis & famili. kalau bisnes nanti, takut tak ter handle!

    ReplyDelete
  14. Melor,
    betul tu Melor. Kalau nak terima je order, pengsan la kita. Kena juga tutup order kan, boleh rehat.
    Kat KL, hujung minggu, banyak tempat ada weekend bazar. Macam-macam la bazar hujung minggu, contohnya macam fuyoh art bazaar. Yati, husband ajak kat pasar malam je, Melor. :)

    Nanie,
    boleh, kalau kita nak. Betul, seronok niaga sendiri ni. :)

    Zila,
    nanti bila semua order dah siap baru Yati nak start, Zila. :)
    Takpe, nanti mesti anak Zila makin lancar baca iqra. :)
    Tak balik kot, Zila. Kete masuk workshop.

    Kak Shima,
    oh, akak pun buat projek ni ya.
    thanks Kak Shima. :)

    Aiza,
    ye ke? Hee.. timasih! :)

    Nizacraft,
    oh, sebaya rupanya kita. Terima kasih! :)

    Kak Nza,
    Ya, syukur, kak.
    Amin... terima kasih, kak. :)

    Kak Ina MP,
    hehe.. timacih, kak!
    Terima kasih wish birthday. Amin... :)

    Ina,
    atas 9ct. :)

    Kak Suzie,
    thanks, kak.
    wah... yati baru 3. Tunggu husband beli kete besor. Heheee...

    Min,
    timasih ya! :)

    Aida,
    thanks, Aida!
    Itu la dia, banyak dah umur kita.
    Takpe, Aida kan kerja kerajaan. Dah molek sangat tu, concentrate kerja je dah cukup. :)

    ReplyDelete
  15. hepi belated befday yati....

    moga terus sukses dunia akhirat, suka tengok gambar yati and anak2...bila la kita dapat jumpa yea

    ReplyDelete
  16. lawa bunting (bukang bunting mengandung) .... !

    suka tengok gambar anak2 Yati ... comel

    :-)

    ReplyDelete
  17. Kak Fidah,
    thank you, kak. :)
    Amin.. hugsss..!
    Yati pun nak jumpa kak Fidah juga. Lepas ni bila turun KL, Yati calling-calling ya. :)

    Kak Ann,
    Hehhe... kembang kuncup idung Yati ni. :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea