Friday, May 04, 2012

A gift from friends

Assalamualaikum...

Hari ni sangat happy! Yati dapat stork scissors dari kawan online ku, Jari Lentik, Min Depandi and Sew Cut dari Andihali Jahitan dan Kraf.

Sudah admire lama gunting ni, yang gold punya dulu pernah nampak kat Ipoh, tapi yang ni lagi cun!

Terima kasih banyak ya korang! Yati hargai sangat!

Orang satu negeri dengan Yati. Hehhe... Dia orang ni adik beradik sangat berbakat, yang ceburi bidang jahitan, kait, dan kraf. Dia orang juga ada business pre-order untuk barang kraf dan jahitan, dan buat bengkel jahitan dan sulaman manik. Terer tak? Yati pun tak tau jahit manik. Hehhe..

Yati sangat salute dengan orang lelaki yang boleh jahit ni dan sebagainya. Sekarang pun ramai tukang jahit lelaki. Bertuah kerana mewarisi bakat dan ilmu dari ibu.

Yati sendiri tak pasti sama ada boleh turunkan ilmu cross stitch ni pada anak-anak Yati. Dia orang tak nampak minat untuk cross stitch. Tapi Amirul ada juga menyibuk dulu time Yati buat felt crafts, dia kutip felt scraps yang jatuh atas lantai, lepas Yati gunting tu, dan cantum-cantum jadi rantai. Walau pun takde rupa rantai pun.

Husband Yati juga pernah offer diri untuk membantu Yati cross stitch, sebab ada ketika, Yati buat sampai lewat malam dan tak cukup tidor, tapi entah. Macam tak percaya je tangan husband ni. Kang lari kualiti. Mungkin kena berlatih banyak sebelum boleh buat order customer. Hehe, sorry bang. Lain la kalau dah belajar dari kecik, itu lain. Tapi kalau ada minat kan, tak salah orang laki belajar jahit, kraf, kait, dan sebagainya ni, pada pendapat Yati.

Gunting stork ni masuk dalam koleksi kesayanganku, dan akan guna untuk cross stitch projects. Suka!

Esok hari Sabtu! Selamat hujung minggu! ^_^

9 comments:

  1. Akakkk Yati pun ada this gunting "bangau" tp corak bunga bunga. Beli kt kedai quilting masa kt nz. Your one looks very elegant :)

    Yes I agree tak salah if boys want to do all these needle crafts if they are interested! In fact, maybe they should all be doing the crafts and us women rule the world. Mungkin dunia akan lebih colorful dan ceria that way :D

    ReplyDelete
  2. wahh cute ler gunting ni.. mesti tajam nii

    ReplyDelete
  3. salam yati..tahniah yatie..mesti suka dapat hadiah2 tu..cantik gunting tu yati..acik tak pernah nampak pulak gunting rupa macam itu

    ReplyDelete
  4. cantik la. best kan
    dapat hadiah

    ReplyDelete
  5. cantiknya gunting tu Yati...kak ina tak pernah tengok gnting mcm tu...

    ReplyDelete
  6. spesel gunting tu ye k.yati. cntik lak tu design nye...

    haah ye kalo hanie pun xpercaya nk bagi hasben buat kerja jahitan kita.. hik2

    ReplyDelete
  7. tajam kan gunting tu kalau nak gunting curve mesti senang

    ReplyDelete
  8. Nurhayathxcy J,
    ya ke? Wah, beli oversea. Memang semua gunting bangau atau swan ni cantik-cantik. Ada banyak design. :)
    Haha.. satu kelainan tu, kan. Tapi mungkin sikit huru-hara kot nanti, sebab women kan emosional skit. Hehhe..

    Kak Mila,
    tajam, kak. Sekali snap je.

    Kak Erna,
    gunting oversea kak. Tak semua kedai barang jahitan ada jual ni. :)

    Kak Su,
    ha ah, tukar selera, design baru. :)

    Melor,
    ha ah, suka dapat hadiah. :)

    Kak Ina MP,
    itu la, kedai jahitan biasa takde jual gunting camni, kak.

    Ummi Hanie,
    Haah, cantik, suka sangat.
    Hehe.. sama kita ya. :)

    Kak Suzie,
    ya, tajam. Yati buat gunting benang cross stitch, kak.
    Gunting kain lain.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea