Wednesday, May 09, 2012

Cross stitch potret Tunku Puteri Intan Shafinaz

Assalamualaikum...

Hari ni Yati nak berkongsi projek yang Yati siapkan semasa tempoh Yati tak online lama hari tu.

SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah, sekali lagi telah memberi kepercayaan pada Yati untuk menjahit cross stitch potret sebagai cenderahati, kali ini pada Tunku Puteri Intan Shafinaz, sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah yang majlisnya berlangsung semalam.

Tunku Puteri Intan Shafinaz ialah puteri KDYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Agong ke-14.

Berikut gambar perkembangan jahitan cross stitch dari mula hingga siap.

Bahagian 1 siap
Bahagian 1-3 siap
Bahagian 1-5 siap
Bahagian 1-6 siap
Bahagian 1-7 siap
Bahagian 1-8 siap
Alhamdulillah, siap.
Tarikh mula: 5 April 2012
Tarikh siap: 26 April 2012
Saiz: 39 cm X 48 cm atas 9 count

Gambar original yang convert ke chart:

Cross stitch yang sudah frame:
Terima kasih pada Puan Norhashikin yang sudi kongsi gambar cross stitch sudah frame ni dengan Yati. Menurutnya, Tunku Puteri sangat teruja menerima cross stitch potret ni.

Alhamdulillah.

^_^


19 comments:

  1. tahniah yatie..lagi sekali yatie berjaya membuat cooss stitch potret yang cantik

    ReplyDelete
  2. Wah! dpt bt potret diraja lg...tahniah Yati!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..sekali lagi diberi kepercayaan untuk membuat potret xstitch keluarga diraja..congrats yati :-)

    ReplyDelete
  4. tahniah yati.. cantiknya yati buat.. :)

    ReplyDelete
  5. wow!! lajunya jahit!! tak sampai sebulan dah siap... well done!!

    ReplyDelete
  6. wah... kelas ko yati, tabik!!!!

    ReplyDelete
  7. Tahniah Yati.... keep up the lovely works!!

    ReplyDelete
  8. akak tengok je dah macam tak sanggup ...cantik sangat

    ReplyDelete
  9. salam yati,
    dah lama tak singgah sini. Wah, tahniah!! cantik gambar tu

    ReplyDelete
  10. cantik sangat hasil tangan yati tu...apapun tahniah dik....

    ReplyDelete
  11. TAHNIAH + SYABAS...turut berbangga dgn hasil kerja tngan yati yg amat mengkagumkan....moga yati makin suksess....

    ReplyDelete
  12. cantik kak..saya mmg kagum dengan kecantikan hasil tangan akak..awesome lah..

    ReplyDelete
  13. amboi...tumpang gembira dengan ko put...semakin mendapat tempat di hati raja nampaknya. keep it up!!

    ReplyDelete
  14. wow! amazing betul. mcm mana convert pegi chart potret tu, pandai betul pilih warna benang yg sesuai.

    ReplyDelete
  15. Pergh!! tabik springggg! :D
    3 minggu je.. kalau saya, entah2 3 tahun.. muehehehehe..

    Bagusla sulaiman.. x kacau mama dia.. :D

    ReplyDelete
  16. wow...cepatnyer siap..klu saya betahun belum tentu siap :) . anyway i hv some charts from Country Cottage Needleworks n Little House Needleworks for sale. Feel free to visit minililshop.blogspot.com ya everyone!

    ReplyDelete
  17. Kak Erna,
    Terima kasih, kak. :)

    Hajar,
    timasih, Hajar. Rezeki anak-anak juga. :)

    Kak Sal,
    Alhamdulillah, kak. Terharu bila orang percaya kita untuk jahit sekali lagi.

    Nanie Khairani,
    terima kasih atas sokongan. :)

    Nanie,
    timasih! :)

    Kak Nisa,
    Thanks, kak. Ha ah, kena kejar dateline, siapkan sebelum majlis tu berlangsung, kak.

    Az a.k.a. Jari Lentik,
    hehehe... tabik balik kat Az, dia pun sibuk gak tu jahit manik meletops! ^_^

    Kak Dee,
    terima kasih kak Dee, atas sokongan. Hugsss...!

    Kak Suzie,
    ye kak, mencabar mata juga, sebab foto black and white. :)

    Ayu,
    terima kasih, Ayu!!! :)

    Kak Ina MP,
    terima kasih, kak. Rezeki anak-anak juga, kak. :)

    Kak Nza,
    thank you! Amin, kak. Terima kasih atas doa! :)

    Kak Fidah,
    thank you!!!! :)

    Sahrom,
    terima kasih, Sahrom. :)

    Epid,
    hehe.. timacih. Kembang hidung aku ni.

    Jaw @ MyGamanBorneo,
    kena test banyak kali juga color benang dan pilih mana paling clear, based on foto diberi. :)

    Zila,
    Zila kerja, Yati dok rumah, tu boleh siap cepat tu. :)
    Sulaiman ok je, asal bagi dia tengok tv. :)

    Dee,
    Thanks. Nanti saya singgah ya. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea