Monday, May 28, 2012

Alam ria cuti sekolah

Assalamualaikum, hello....

hari tu masa accident tu kan, saya ok. Tapi sekarang saya dah mula rasa lain macam. Lambat betul effect dia, kan. Sebab cuti kan, anak-anak tak sekolah, husband pun dah amik cuti, tapi dok kat rumah je. Kami merancang, hari ni lah kami nak bertolak ke Kelantan, tapi nak buat camana, accident keta. Dah lah setahun sekali je balik. Cuti sekolah pula bukan selalu. Heee... ntah apa-apa la kan. Boleh tak saya nak cubit husband saya banyak-banyak, sebab dia pi langgar bontot orang? Geram betul lah! 

Nasib baik la ada kete bapak, merasa juga lah berjalan-jalan, buat hilang bosan.
Oh, lupa nak cerita. Alhamdulillah, mama Yati sudah keluar hospital. Tidor di hospital semalam sahaja. Esoknya sudah minta keluar hospital dari doktor. Walaupun tak berapa turun lagi blood pressure-nya. Tapi lusanya kena pi jumpa doktor di hospital semula. Dan masa kami balik rumah kami balik, mama nampak dah ok sikit. Asalkan ma makan ubat dengan betul, ma boleh sihat, Insya-Allah. 

Dan, kami singgah di bengkel, tengok kete kami yang accident tu. Cian kete...

Hari Sabtu pula, ada undangan kenduri. Selang beberapa buah rumah dari rumah kami saja. Alhamdulillah...

Malamnya, membawa diri ke Euro Fun Fair, di Station 18, Ipoh. 

Bagi anak happy.

Amirul bawak Hafizan naik kid's bumper car.
Macam best je naik ni, kan. Berangin, walau pun agak menakutkan bila dia dah swing tu. Kalau muda lagi, aku dah naik dah.
Amirul bawak Sulaiman pulak

Sulaiman ni sepanjang masa dok tutup telinga je. Dia takut, muzik kuat.

Agak-agak muntah tak kalau naik benda pusing 360 darjah tu?
Letih bila balik. Tak termasuk lagi yang main tembak-tembak tu, baling bola tu, etc. Adalah bawak balik mug, keychain dan teddy bear kecik sikit. Kena bawak duit banyak pergi funfair ni.

Waktu Yati tulis entri ni, tak pasti lagi macamana, sama ada jadi ke balik kelantan atau tidak. Urusan kete seperti insurans, belum settle lagi. Kami dah survey tiket keretapi, semua penuh, second class dan first class. Tak sangka yek, musim cuti sekolah, orang suka naik keretapi. Ingatkan masa hari raya je takde tiket. Eh, kan ada kete, kan, boleh jalan-jalan sampai ke Ipoh. Ha... itu lah dia, kami tak berani bawak kete ni balik kelantan, sebab kete antik. Tak tau la boleh panjat ke tidak banjaran titiwangsa tu. Kami balik ke Lumut pun bawak slow-slow sampai 1 jam baru sampai, banding kete biasa, setengah jam dah sampai. Naik bas tak boleh, sebab budak kecik ni. Satu lagi alternatif yang tinggal, sewa kereta. Kalau ada rezeki balik kelantan, ada la. Kalau takde, kenalah redha. 

Ok lah. Kepada kawan-kawan yang bercuti sempena cuti sekolah ni, selamat bercuti! ^_^

10 comments:

  1. insyaallah yatie..kalau tak dapat balik masa cuti sekolah ni.nanti kemudian pun boleh balik kan..

    ReplyDelete
  2. Kelakar Yati sebab nak cubit husband ,akak pula selalu akak jela rajin seret sana sini ...heheheh tapi husband tak berani buka mulut nanti bini mogok tak nak hantar anak sekolah ...hahahah

    ReplyDelete
  3. heheh selamat cuti sekolah....best pegi funfair kan..yang tak bestnya funfair ni telan duit hehhehe....

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah, akak trlepas pulak cerita yati ni akibat kesibukkan n byk urusan. xsmpt nk bw...nnti akak baca n3 kt bawah....

    Xpelah yati, apa yg brlaku ada hikmahnya.....nmpk hero2 yati tu ttp gembira w.pn xdpt blk kg...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak

    semoga kereta akak cepat sembuh ya..nanti mesti panjang kaki kans hihihhh

    ReplyDelete
  6. alahai.. baru baca entry Yati pasal accident tu.. syukurlah yati sekeluarga xde apa-apa.. sakit badan tu maybe sebab impact masa accident tu yati pakai seat belt kan.. tersentap agaknya..

    Semoga mama Yati cepat sihat seprti sediakala..

    Takpelah Yati..ada rezeki lain kali boleh balik kelantan lagi.. :D

    ReplyDelete
  7. seronoknya anak2 yati dpat ke fun fair....

    Dik. jngn sedih2 tau..tak pe, lain kali boleh kelik kelate ya...mngkin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi....

    ReplyDelete
  8. eh muda lagi. ko naik je benda swing2 tu kalau dah berkenan. Lain le macam aku ni ha..takooot beb!

    ReplyDelete
  9. Kak Erna,
    ye kak. Alhamdulillah, dapat juga balik, kak. :)

    Kak Suzie,
    wakakaka.. betul-betul. Kita pun accident juga kan, tapi setakat calar-balar je, takde lah teruk sampai kena tahan workshop. :)

    Encik Zino,
    terima kasih. :)

    Kak Fidah,
    betul, bukan budak saje, makbapak budak pun seronok main, tak sedor habis banyak dah.

    Kak Nza,
    ye kak. Takpe, dapat balik juga. Terima kasih ya.

    Sahrom,
    waalaikumsalam warahmatullah.
    tu la dia, harap dapat sembuh minggu ni. Minggu depan dah sekolah.

    Zila,
    Terima kasih, Zila. Ye, syukur, semua tak apa-apa masa accident tu.
    Balik juga Kelantan Zila. :)

    Kak Ina MP,
    terima kasih kak. Kami kelik jugo kak. Alhamdulillah. :)

    Epid,
    hahaha... dress not appropriate la (pakai kain), kalau tak, aku dah naik dah. Wakakkakaka....

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea