Friday, March 16, 2012

Long time no see...

Assalamualaikum dan hello....

Agak lama juga Yati tak update blog ni. 
Sibuk sikit. Cuba tengok senarai order yang Yati tengah buat sekarang. List bertambah panjang. Alhamdulillah. Ada ketika, terasa seperti mau diserang panic attack! Tapi kena remain calm, tu buat list, supaya boleh siap satu persatu, mengikut giliran. Buat kerja menjahit/mengait ni mesti lah tenang, ye dak. Kang salah kira pulak.

Insya-Allah, Yati cuba siapkan secepat mungkin. ^_^

Long time no see sape ni?

Amirul dan Hafizan

Budak 2 orang ni la. Sejak cuti sekolah, dia orang duduk rumah opah di Lumut.
Amboi... syoknya. Atam (panggillan anak Yati pada kakak tengah Yati) siap bawak naik kapal lagi.
Kapal tu memang orang ramai boleh naik, kena bayor sikit, boleh masuk sampai dalam ambik gambor.

Amirul tu baru 5 hari tak jumpa, dah makin tinggi. Kalau tak jarak ketinggian dengan Hafizan takde lah jauh sangat macam gambor di atas.

Amirul dan Hafizan, with their new bikes.

Aunty (panggillan anak Yati pada kakak sulung Yati pula) siap beli dia orang basikal setiap sorang. Amirul nak pergi sekolah naik basikal. Tapi basikal dia sebelum ni, basikal budak kecik, dah pecah tayar lagi. Yang tu boleh pass kat Sulaiman bila dah repair.

Aunty dah Atam lari dari KL, sebab KL takde ayor hari tu kan.

Sulaiman tersangat lah boringnya sepanjang ketiadaan abang-abangnya. Tapi hari ni, abang-abang dah balik! Yeh!! Tok datang hantor.


Yang ni Yati cuba pattern baru bunga. Tapi macam tak jadi. Sekali pandang, macam bintang biru. 2 kali pandang, macam tapak sulaiman. Tengah cari bunga lawa nak letak sebagai hiasan atas projek.

Hmmm... orait. 
Jumpa lagi nanti.
Take care semua! ^_^

10 comments:

  1. Yati.. bunga tu cantik la.. apa plak mcm tapak sulaiman.. hehee.. kemas je.. i like.. :)

    ReplyDelete
  2. Jgn panik k.yati..

    Slow n steady..insyaAllah blh siap on time ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki melimpah ...

    ReplyDelete
  4. hensemlah anak teruna 2 org tu :)

    take care yati..slow and steady:)

    ReplyDelete
  5. sunyi sepi la rumah yati tiap kali cutikan..apa pun mesti ensom boys tu seronok dpt jln2.....

    ReplyDelete
  6. Alhmdulillah, rezeki yati....

    Seronoknya anak2 dapat balik kg..mcm2 xtviti yg dapat dibuat....

    ReplyDelete
  7. best kan jadik bebudak, dapat jalan sana sini tambahan yg ada opah, bestnyer... dapat besikal lagi tu!

    yati bunga biru tu masih boleh diselamatkan... yati try buat stitch sambung kat belakang kelopak tu then buat selapis lagi kelopak under kelopak yg mula tu, buat lapis2, jadi mcm bunga ros...

    ReplyDelete
  8. lamanya tak ziarah rumah yati niii. Budak2 ni bila cuti sekolah jer dok fikir nak balik kg je lah kan... hari dah monyok semacam bila nak g sekolah hahhaa

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah suka dengar rezeki yati makin bertambah..

    ReplyDelete
  10. Zila,
    tapi dia takde kelopak, tu nampak macam bintang atau tapak sulaiman tu. Hehe..

    Ziraziz,
    thank you, cikgu. Itu lah dia, tengah buat slow-slow la ni, kena enjoy! :)

    Kak Suzie,
    Alhamdulillah, rezeki anak-anak juga. :)

    Ayu,
    Hensem dari jauh je, Ayu. Hehe..
    Orait! ^_^

    Kak Nza,
    betul tu kak. Kalau tak pi KL, dia orang pergi Lumut. Tak lekat kat rumah cuti sekolah. Ya kak, seronok la, sebab mak sedara dia orang tak lokek bawak jalan, beli barang semua.

    Kak Ina MP,
    Alhamdulillah, kak. Syukur pada Allah.

    Az Jari Lentik,
    itu la, cucu manja, mintak apa semua dapat.
    Yati tak tau sambung stitch kat belakang lagi la Az. Nak kena refer youtube lagi ni. Itu la, yang macam bunga lapis-lapis tu, dia sambung stitch kat belakang, teringin nak buat. Thank you, bagi idea ya. :)

    Kak Mila,
    hahaha.. betul tu kak. Sekolah start hari tu, slow je jalan. dah cuti seminggu, kan.

    Totie,
    Alhamdulillah, boleh ler, cari makan dari rumah. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea