Monday, March 05, 2012

Hari Sukaneka Hafizan

Assalamualaikum...

Line di rumah Yati ni sejak minggu lepas tak berapa elok. Kadang kita tengah tulis entri blog, ter-disconnect. Pastu, email tak sempat nak check, komen blog tak sempat nak balas. Sorry ya.

Hujung minggu baru ni, agak sibuk dan memenatkan. Sekolah Hafizan ada sukaneka tahunan pada hari Ahad. Bertempat di stadium Parit. Ni pertama kali kami pergi ni. Tak tau pun jalan, ikut kereta orang je, sebab bukan sekolah Hafizan saje, seluruh tadika PASTI daerah Parit gabung sekali dalam sukaneka ni. Jadi tengok mana kereta ada anak pakai uniform sukan PASTI, ikut je.

Jom kita tengok gambar.


Masa gambar di atas, baru pukul 8 lebih camtu. Eh, pukul 9 kot. Matahari dah terik. Panas. Masa mula-mula, ramai juga ibubapa dok atas. Tapi lepas tu, tinggal sikit je, semua lari sebab panas sangat. Tempat duduk berbumbung pula sikit je, tak cukup nak duduk ramai-ramai. Lagi-lagi kita bawa anak kecik, dengan angin dia lagi. Lari, pi cari tempat teduh.


Masa gambar di atas, Hafizan belum keluar perbarisan lagi. Sibuk je mak bapak ni, nak amik gambar anak. Walau pun pengacara majlis banyak kali buat pengumuman ibubapa tak boleh duduk bawah khemah, murid-murid dan cikgu je yang duduk situ.

Ha ah. Hafizan sekolah tadika yang sama. Tahun lepas dan tahun ni. Kami kekalkan dia di PASTI, sebab suka. Hafizan bukan saje pandai baca doa-doa lazim, dia dah boleh hafal banyak surah, bacaan dalam solat, dan boleh membaca juga.


Kesian juga tengok Hafizan. Bawah khemah, padang lecak. Ada yang bukan setakat kasut, baju sekali dah comot, padahal belum main lagi acara depa. Murid 6 tahun punya acara selepas budak 4 dan 5 tahun punya dah selesai. Masa ni, husband bawak Sulaiman pi main playground, budak kecik tu dah boring.


Hafizan dengan kawan baik dia, Alif. Tengok gigi depan Hafizan, patah sikit. 


Ha, tu dia. Hafizan punya turn. Dia main bawak getah guna straw kat mulut, letak bola dalam bakul, dan bawak tayar. Pukul 11 pagi dah waktu ni. Matahari atas kepala, encik! Yati lari dok atas, bawah bumbung.

Lepas tu, kami balik. Letihnya sampai rumah. Dah la masing-masing udah bau macam kerbau. Dalam kete lagi budak-budak dah tidor.

Itu la dia. Seronok dan letih. 

Ok. Selamat bekerja semua! ^_^

8 comments:

  1. heheehh best kan gi tengok budak2 ni bersukan..tapi ngan kita2 pun leh penat hehehe....

    ReplyDelete
  2. meriahnya yati....comel je hafizan nie.....

    ReplyDelete
  3. assalam yatie..yang tengok seronok tapi yang turut serta lagi seronok kan..letih dah tentu la yatie

    ReplyDelete
  4. meriahnya....
    Seronokkan tengok anak2 dapat main..letih sikit tak pe....

    ReplyDelete
  5. seronoknya dah lama tak join suka neka,,kena tunggu damia sekolah dulu..hehe

    ReplyDelete
  6. aktiviti mcm nie sgt bagus untuk mengasah bakat kanak2 dlm sukan seawal usia lg....

    ReplyDelete
  7. comel je hafizan tu:) hmm..biasalah org yg pergi tgk sukan yg letih..hehe

    ReplyDelete
  8. Kak Fidah,
    betul tu kak. Tapi last la, sebab tahun depan Hafizan dah masuk darjah 1. Tunggu Sulaiman pula masuk tadika, untuk sukaneka. :)

    Kak Nza,
    meriah kak. Ramai orang. :)

    Kak Erna,
    waalaikumsalam kak.
    Budak-budak suka kak, dapat hadiah, dan kawan pulak ramai. :)

    Kak Ina Mp,
    itu la dia kak. Sekali-sekala, kan. :)

    Totie,
    nanti Damia dah sekolah, penat la Totie, macam-macam aktiviti sekolah anak. :)

    Sahromnasrudin,
    betul tu Sahrom. Daripada main game saje, lebih baik keluarkan peluh bersukan, kan.

    Ayu,
    hehhe... ye la Ayu, dengan layan karenah Sulaiman lagi, sabor je la. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea