Wednesday, March 28, 2012

Crocheted sling bag

Assalamualaikum...
Hari ni Yati nak share hasil kait pulak.
Juga tempahan dari customer, kawan lama Yati juga, sejak itm Jengka, tuan punya blog Chekpid.

Color purple.

Ada zip di dalam
Cotton lining

Minta tolong Sulaiman jadi model. ^_^

Hmmm... mendung-mendung macam ni, bestnya buat nescafe, sambil menjahit.
Ok, selamat bekerja semua, dan ceria-ceria selalu!

Tuesday, March 27, 2012

Cross stitch ucapan

Assalamualaikum...

Berikut cross stitch yang Yati siapkan baru-baru ni, dan sudah pun selamat sampai ke tuannya, Puan Bee.


Sulaman cross stitch nama ini dimenangi oleh Puan Bee, dalam giveaway tahun baru di blog UmmiHanie.com.

Besar cross stitch lebih kurang saiz A4. Guna kain 14 count.

Puan Bee ni, salah sorang otai blogger, pada Yati. Dulu lagi ada singgah blognya, cuma tak pernah tinggalkan komen, silent reader saje. Sangat berbesor hati dapat jahitkan cross stitch untuk Puan Bee.

Yati tengah siapkan order satu-satu ni.
Tengah syok jahit rose.
Selamat dan senyum selalu semua! ^_^

Thursday, March 22, 2012

Jalan berbukit

Assalamualaikum...

Weekend lepas ada bawa anak-anak mandi ayor terjun.

Masa perjalanan pergi ayor terjun...

Weeee.........!
Ala, nak naik pulak.
Masa perjalanan balik ke rumah...

Ha, get ready, get ready!
Weeee......! Yahoo...!

Ingat tak dulu, ada satu iklan ni, time kereta tu turun bukit, dia matikan enjin. Pastu bila naik bukit, baru start enjin, nak jimat minyak punya pasal.

Tak tau la sama ada iklan tu dibuat kat jalan ni, atau camera trick ke. 
Tapi bila pertama kali kami lalu jalan ni, memang rasa syok! Dan setiap kali lalu, memang syok. Kecuali kalau lalu waktu malam, takut, sebab gelap. Kalau on the way dari Kelantan ke rumah Perak, lalu sini la, shortcut. Ikut highway, jauh sikit.
Waktu siang, kiri kanan jalan hijau, dengan rumah kampung, kereta tak banyak sangat. 

Jalan ni terletak di antara pekan Parit ke Kuala Kangsor, melalui Manong. 

Gambor jalan je share kali ni. Gambor kat ayor terjun, lain kali ya Yati share.

Babai!  ^_^

Friday, March 16, 2012

Long time no see...

Assalamualaikum dan hello....

Agak lama juga Yati tak update blog ni. 
Sibuk sikit. Cuba tengok senarai order yang Yati tengah buat sekarang. List bertambah panjang. Alhamdulillah. Ada ketika, terasa seperti mau diserang panic attack! Tapi kena remain calm, tu buat list, supaya boleh siap satu persatu, mengikut giliran. Buat kerja menjahit/mengait ni mesti lah tenang, ye dak. Kang salah kira pulak.

Insya-Allah, Yati cuba siapkan secepat mungkin. ^_^

Long time no see sape ni?

Amirul dan Hafizan

Budak 2 orang ni la. Sejak cuti sekolah, dia orang duduk rumah opah di Lumut.
Amboi... syoknya. Atam (panggillan anak Yati pada kakak tengah Yati) siap bawak naik kapal lagi.
Kapal tu memang orang ramai boleh naik, kena bayor sikit, boleh masuk sampai dalam ambik gambor.

Amirul tu baru 5 hari tak jumpa, dah makin tinggi. Kalau tak jarak ketinggian dengan Hafizan takde lah jauh sangat macam gambor di atas.

Amirul dan Hafizan, with their new bikes.

Aunty (panggillan anak Yati pada kakak sulung Yati pula) siap beli dia orang basikal setiap sorang. Amirul nak pergi sekolah naik basikal. Tapi basikal dia sebelum ni, basikal budak kecik, dah pecah tayar lagi. Yang tu boleh pass kat Sulaiman bila dah repair.

Aunty dah Atam lari dari KL, sebab KL takde ayor hari tu kan.

Sulaiman tersangat lah boringnya sepanjang ketiadaan abang-abangnya. Tapi hari ni, abang-abang dah balik! Yeh!! Tok datang hantor.


Yang ni Yati cuba pattern baru bunga. Tapi macam tak jadi. Sekali pandang, macam bintang biru. 2 kali pandang, macam tapak sulaiman. Tengah cari bunga lawa nak letak sebagai hiasan atas projek.

Hmmm... orait. 
Jumpa lagi nanti.
Take care semua! ^_^

Thursday, March 08, 2012

work in progress, sun and cloud

Assalamualaikum...

korang apa cerita?
Yati takde cerita la. Hehhe...

Biasa-biasa je. 

Sekarang ada beberapa projek order customer nak kena siapkan. Antaranya,

Bouquet of Roses
Cross stitch di atas sudah masuk part 2 dari 6 mukasurat pattern. Tak termasuk backstitch lagi, nanti dah siap semua, baru nak buat backstitch.

Crochet sling back
Ni baru bahagian badan bag. 

cross stitch nama
Belum nampak nama siapa lagi ni.. hehhe..

Hari ni mendung, kan. Semalam dengor KL banjir kilat. 
Yati nak share gambar Yati amik dalam kete.


Masa ni, waktu petang. Hari nak hujan. 


Tapi tengok, tak jadi hujan. Matahari keluar akhirnya.

Tapi hari ni kat rumah Yati ni, matahari langsung tak nampak. Oleh itu, rasa nak tidor je.

Bye! Kerja rajin-rajin! ^_^

Monday, March 05, 2012

Hari Sukaneka Hafizan

Assalamualaikum...

Line di rumah Yati ni sejak minggu lepas tak berapa elok. Kadang kita tengah tulis entri blog, ter-disconnect. Pastu, email tak sempat nak check, komen blog tak sempat nak balas. Sorry ya.

Hujung minggu baru ni, agak sibuk dan memenatkan. Sekolah Hafizan ada sukaneka tahunan pada hari Ahad. Bertempat di stadium Parit. Ni pertama kali kami pergi ni. Tak tau pun jalan, ikut kereta orang je, sebab bukan sekolah Hafizan saje, seluruh tadika PASTI daerah Parit gabung sekali dalam sukaneka ni. Jadi tengok mana kereta ada anak pakai uniform sukan PASTI, ikut je.

Jom kita tengok gambar.


Masa gambar di atas, baru pukul 8 lebih camtu. Eh, pukul 9 kot. Matahari dah terik. Panas. Masa mula-mula, ramai juga ibubapa dok atas. Tapi lepas tu, tinggal sikit je, semua lari sebab panas sangat. Tempat duduk berbumbung pula sikit je, tak cukup nak duduk ramai-ramai. Lagi-lagi kita bawa anak kecik, dengan angin dia lagi. Lari, pi cari tempat teduh.


Masa gambar di atas, Hafizan belum keluar perbarisan lagi. Sibuk je mak bapak ni, nak amik gambar anak. Walau pun pengacara majlis banyak kali buat pengumuman ibubapa tak boleh duduk bawah khemah, murid-murid dan cikgu je yang duduk situ.

Ha ah. Hafizan sekolah tadika yang sama. Tahun lepas dan tahun ni. Kami kekalkan dia di PASTI, sebab suka. Hafizan bukan saje pandai baca doa-doa lazim, dia dah boleh hafal banyak surah, bacaan dalam solat, dan boleh membaca juga.


Kesian juga tengok Hafizan. Bawah khemah, padang lecak. Ada yang bukan setakat kasut, baju sekali dah comot, padahal belum main lagi acara depa. Murid 6 tahun punya acara selepas budak 4 dan 5 tahun punya dah selesai. Masa ni, husband bawak Sulaiman pi main playground, budak kecik tu dah boring.


Hafizan dengan kawan baik dia, Alif. Tengok gigi depan Hafizan, patah sikit. 


Ha, tu dia. Hafizan punya turn. Dia main bawak getah guna straw kat mulut, letak bola dalam bakul, dan bawak tayar. Pukul 11 pagi dah waktu ni. Matahari atas kepala, encik! Yati lari dok atas, bawah bumbung.

Lepas tu, kami balik. Letihnya sampai rumah. Dah la masing-masing udah bau macam kerbau. Dalam kete lagi budak-budak dah tidor.

Itu la dia. Seronok dan letih. 

Ok. Selamat bekerja semua! ^_^

Friday, March 02, 2012

Sunset di Teluk Batik

Assalamualaikum...
Hari ni hari Jumaat! ^_^

Bulan Mac ni juga, ada cuti sekolah, seminggu! ^_^

Suka je ya, macam kita pula yang sekolah.

Hari Ahad lepas, kami pi Teluk Batik. Lama juga lah tak pergi sana. Syok juga dapat tengok laut. Meh kita tengok gambor.



Tak mandi pun. Lepak je tengok sunset. Anak-anak main pasir.


 Gambar lebih kurang sama. Tapi tengok kedudukan matahari tu. Yati ambil sepanjang kita orang lepak tu.


Kita baru je nak tulis nama atas pasir, tengok ada orang dah tiru kita pula, dekat pula tu duduk.  Takde la tulis.


Awan tu sentiasa berubah-ubah rupanya. Bestnya dapat tengok sunset.

Esok hari sabtu, Amirul sekolah ganti. Hari Ahad pula, ada sukan sekolah Hafizan. 

Heee.... babai!