Sunday, February 26, 2012

Selamat hari Ahad!

Assalamualaikum...
Hmmm... sejak hari Khamis juga tak update blog ni. 
Yati punya mental kurang sihat. Hehe.. ntah apa-apa, kan. Takde la sampai meletop, cuma kena time-out sat, pi kedai runcit, amik angin tengahari buta. Anak-anak tinggal kat bapak dia orang.
Yati memang camni sejak dulu. Jaga budak kat rumah ni, 7 hari seminggu, berkepit dengan dia orang, tak de kawan kat luar ni, adakalanya menyeksa jiwa juga. Bukan maksud tak sayang anak, cuma kita kadang nak juga keluar. 
Mungkin sebab lahir tahun kuda, rasa macam nak lari di padang rumput yang luas, berguling-guling.... bestnya... sorang-sorang, tanpa suami dan anak-anak. Ada tak surirumah lain yang rasa macam Yati?

Laa.. kita cari gambar kuda, gambar kucing pula yang keluar.
Tapi dah ok.. beransur-ansur ok. Bila dah dapat pi kedai runcit, tengok orang, cakap dengan orang, slow-slow sudah kembali ok.
Yati sendiri tak suka bila angin kus-kus tu datang. Sebab dia buat kita rasa tak best. Kalau kita dalam keadaan tak best, sangat-sangat tak best rasanya. Kena cari benda yang boleh buat kita stop, ubah frekuensi fikiran kita ni, dan mula pikir yang baik-baik pula. 
Yati juga kalau boleh, tak nak cakap, fikir dan tulis benda yang buruk. Tu pasal la blog ni tak ber-update. Bukan malas. Cross stitch Yati buat, crochet pun buat juga. Bergerak. Bergerak slow pun lebih baik daripada berenti terus, kan. 

Entah apa benda la yang Yati  merepek ni, kan. Selain sebab rimas dan bosan dok kat rumah ni juga, otak Yati juga macam sudah letih, sebab selalu dijadikan 'punching bag' oleh orang yang Yati sangat hormati dalam dunia ni. Dari dulu la. Asyik kena marah je. Bila nak marah je, kita la orangnya. Dengan orang lain, dia tak marah. Mungkin sebab Yati kawin dengan orang kampung yang miskin kot. Bukan macam orang tu, yang kawin dengan orang yang boleh beli kete 'sukan'. 

Tak boleh la macam tu. Kita ni orang, kan. Pernah tak kawan-kawan jumpa orang negatif? Orang negatif ni, semua benda yang keluar dari mulut dia, semua benda buruk la, mengata orang itu ini, marah orang itu ini, pendek kata, semua orang buruk la, dia je yang baik dan sempurna. Orang macam ni, Yati kesian sangat. Kalau boleh elak, memang Yati elak untuk berjumpa atau bersama, sebab aura negatif nya tu, boleh berjangkit. Kalau kita mood happy, tapi bila kita dekat dengan orang negatif macam ni, mood kita pun boleh down giler la, seperti dihina-hina dan dipijak-pijak. 

Tapi macamana kalau Yati katakan, orang negatif macam ni wujud dekat dengan kita, seperti di kalangan family kita? Orang yang lebih tua dari kita? Masuk dari kategori derhaka ke kita, kalau kita pilih untuk menjauhi orang-orang camni? Kita orang, ada perasaan, bukannya punching bag yang boleh dihentam beribu-ribu kali, bangun, baik, dan dihentam lagi?

Letih, tau! Berapa banyak kena istighfar dan tampar diri sendiri la, supaya tak hanyut dalam lautan air mata. Biar la mereka dengan penyakit negatif mereka tu. Patut la sakit pun. Korang jangan jadi macam ni, tau. Jangan marah orang yang takde kena mengena. Mungkin ada yang tension di pejabat, bila balik rumah, anak merengek, minta perhatian, cakap suara tinggi. Anak tu tak bersalah. Jangan lepaskan amarah pada orang tak bersalah, ok. Sebab orang yang dimarah tu, mungkin boleh maafkan, tapi ingatan tu sampai ke mati boleh bawak.

Yang penting, gembirakan diri kita. Cari kebahagiaan kita sendiri. Kalau orang selalu suruh kita berkorban kan, isy.. tu salah, tau. Berkorban tu macam kita tak seronok pun, kita buat juga. Tak boleh! Kita first, kita yang pertama, yang mula-mula kena suka! Dan yang lain akan menyusul. Bila kita sendiri happy, baru kita boleh jaga orang lain.

Masa juga boleh heal kita. Lama-lama kita akan jadi kebal, atau belajar untuk masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, atau simply buat-buat tak dengar. Dan apa pun yang berlaku, kita akan terus berjalan dan senyum! ^_^

Have a great Sunday everyone!


14 comments:

  1. Assalammualaikum WBT kak Yati.

    Nama saya Yati jugak tp spelling nama tu ayah bagi pelik sikit. Hehe. Anyway saya jumpa blog akak few weeks ago and I instantly clicked 'follow'. I enjoy reading your blog. Apart from reading your adventure in craft, saya enjoy juga baca kesah kesah harian akak sebagai ibu. I feel humbled reading your stories. Saya doakan akak terus bertabah menjalani kehidupan seharian.

    Dulu saya pernah kerja ngn orang yg negative mcm ni, almost everyday kena dgr their marital problems and kena marah kalau ada yg tak kena. Macam saya yang kena absorb all their sufferings.

    In the end I resort to crochet which is such a calming practice. It takes me away from people and all their drama. Alhamdulillah. Ha panjangnyeee tulis sorryyyy akak kena baca panjang panjang mcm ni :P

    Anyway, I wish you well and semoga Allah sentiasa pelihara akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  2. Ok yati ...ok je luahkan kat dalam blog ni ...hilang tensionkan bila dah diluahkan .Sebab tu akak selalu keluar kalau weekend....window shopping.Biarlah x beli apa pun tapi at least tenang juga otak.kadang akak keluar juga sendiri ,tapi bukan jauh pun sebab bila tak anak2 n husband rasa boring pula kan ...
    Ok yati semoga tabah n cool selalu

    ReplyDelete
  3. Memang kalau kita duduk satu tempat dan buat rutin yang sama setiap hari boleh stress. Kena tukar jadual sikit. Tak salah nak pentingkan diri sekali-sekala, bak kata omputeh "You are the most important person in your life".

    ReplyDelete
  4. Yati...
    kat mana2 ada orng yg ngtif macam ni...
    Betulkan...apapun yg berlaku perlu terus senyum dan berjalan...

    ReplyDelete
  5. Yati..dalam usia akak yang macam ni dah macam2 orang dijumpa..orang macam tu memang ada..sabar je yati

    ReplyDelete
  6. yati
    kak shima faham perasaan itu, yang paling baik memang kena buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, memang kena kebal...

    bila kita buat macam tu, kadang2 kak shima rasa gelihati juga, sebab kita tengok orang yang marah tu akan nampak comel... entahlah yati...

    memang tempat yang paling best release tension ialah cross stitch, sebab itu kak shima banyak buat cross stitch..he he

    semoga yati dan keluarga sentiasa ceria selalu... take care

    ReplyDelete
  7. akak faham yati...ada masanya kita nak bersendirian..melakukan xtvt dgn kwn...nk kluar dr rutin yg membosankan....kalau boleh yati perlu pergi bercuti atau sskali keluar dgn kwn..
    Itulh cara akak release tension...brfoya2 dgn rakan mmg boleh hilangkan stress....Apa pun bykkan brsabar ye...itulh hidup kita...penuh dgn ranjau duri....
    Semoga Allah limpahkan rahmat dn kebahagiaan utk yati skluarga....

    ReplyDelete
  8. salam kak yati,

    kita sama2 surirumah so hanie sgt faham dgn apa yg k.yati rasa tuu...hanie pun xde kwn sgt kat luar ni..bukan xdelangsung,tp jarang2 berjumpe..bersosial2... mmg adakalanya rasa nak off seketika terus dari rutin harian surirumah ni kan, juga dari menjaga family... tp no way melainkan kite skait ke..bersalin ke... so,blog dan internetlah teman rapat hanie skrg

    org2 negatif ni kita kena anggap depa ni mcm lalat jek kot... biarlah depa nk bising2 kita buat pekak sajelah... dan lupekan ;)

    ReplyDelete
  9. Nurhayathxcy J.,
    waalaikumsalam warahmatullah.
    Terima kasih, sudi follow. :)
    Sangat setuju dengan cerita Yati. Macam kita pula yang kena absorb all their sufferings. Betul tu.
    Eh, takpe, suka baca komen Yati juga. :)
    Amin, terima kasih Yati ya! ^_^

    Kak Suzie,
    betul, rasa lega sikit bila dah luahkan di blog.
    Betul la kak, kalau jalan, walau pun tak beli apa-apa, boleh bagi otak tenang juga. :)
    Terima kasih, kak Suzie.

    Min DePandi,
    betul, betul.
    Ada kalanya kena buat benda lain juga. Buat benda yang sama setiap hari, boleh bosan. :)

    Kak Ina MulutPayau,
    betul, betul, betul.
    Hehhe.. ^_^

    Kak Shima,
    hehhe.. tu la, lain kali Yati pun nak buat camtu juga.
    Betul, Yati pun suka ralitkan diri dengan projek macam-macam ni ha, jadi takde la pikir sangat.
    Terima kasih, kak Shima. ♥

    Kak Nza,
    hehe.. kawan-kawan Yati semua jauh, kak. Tu bosan juga. Nasib baik boleh online.
    Amin, amin...
    Terima kasih, Kak Nza. ♥

    ReplyDelete
  10. Ummi Hanie,
    kita serupa... :)
    Betul tu, Kak Yati lain kali nak buat camtu juga, buat pekak.
    Kena happy, kan. ^_^

    ReplyDelete
  11. sabar la kak....semua tu dugaan yang boleh buatkan kita lagi kuat untuk mengharungi pelbagai suka duka selagi hayat dikandung badan..insyaAllah...

    ReplyDelete
  12. siannya yati..

    x best bila dibuat mcm punching bag ni..

    & rasa nak guling2 kat pdg tu, kakyong pun pernah ada rasa perasaan mcm tu.. at a time memang rasa 'jammed' sgt dok rumah.. sbb xde time off utk diri sendiri... kdg2 rasa nak LARI jap dr rutin harian.. if only i could do that..

    tp skrg ni, tahun ni.. much better.. sbb dah ade kawan2 yg boleh dibuat bersembang.. sejak anis dah sek ni, belah pagi memang dah ronda 1 taman dgn beskal.. kebetulan ade pulak kenalan blog yg dok 1 taman.. ;)

    cuma x join dgn xtvt mesyuarat tingkap jer.... ;)

    ReplyDelete
  13. bior ler yati, yg paling penting kita taw apa yg kita buat, asalkan kita bahagian dgn pilihan hati kita, sudah! x kiralah miskin atau kaya...

    kaya tu x menjaminkan kebahagiaan... rmi org kaya kekurangan kasih sayang... ate mana idaknya, sebok mencari reta smpi mengabaikan keluarga... tul tak... biorler miskin tapi penuh dgn kasih sayang...

    lantak pi lah kt org yg "negative" tu seket sebyk bagi pahala kat kita... cuma kita perlu tabah aje...

    selama mana pon dia nak "berkata2"... smpi "masa"nya kot berhentilah tu :)

    ReplyDelete
  14. Nanie,
    terima kasih, Nanie.
    Insya-Allah, kak Yati akan terus bersabar. :)

    Kakyong,
    kakyong naik basikal ke ronda satu taman? Bestnya. Ada kawan memang best, kak. Boleh juga borak. :)

    Az a.k.a. Jari Lentik,
    terima kasih Az ya. Yati hargai sangat tau. Dah kuat dah ni, lain kali nak buat dek je. Buat apa pikio kan. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea