Wednesday, February 22, 2012

Projek cross stitch

Assalamualaikum...
Pekabo semua? Harap semuanya sihat dan ceria-ceria selalu.

Nak tengok progress projek cross stitch Yati tak...? ^_^

Sekarang tengah buat Bouquet of Roses. Ni gambarnya...


Lawa, kan? Dah lama tak buat gambar bunga. Rasa seronok la juga.

Agak besar juga cross stitch ni, dia ada 290 stitches X 200 stitches. Pattern dia terbahagi kepada 6 bahagian. Yati tengah buat bahagian bucu kiri, bahagian bawah. 

Berikut progress Yati sehingga semalam.


Masuk hari ni, sudah 10 hari buat, tapi bahagian pertama pun belum lepas lagi. Lepas ni, kena pulun sikit.

Ni pula gambar sebahagian daripada benang yang guna untuk projek ni.


Sekarang dah 2 tray benang guna. Banyak!
Jika tiada urusan customer, Yati online selang sehari dalam seminggu, untuk siapkan cross stitch ni. 

Semangat, semangat! 
Take care, semua! ^_^

25 comments:

  1. cantik nya gambar roses tu. sya punya pun hampir sama dengan kak yati cuma colornya tak cantik sbb tu malas nak siapkan. :)

    ReplyDelete
  2. Ish saspen je... Masa tengok gambar tadi ingatkan dah siap. Kalau dah siap mmg marvelles le... Banyak jugak yati dah buat. Akak punya progress lagi slow...

    ReplyDelete
  3. lawa nye crosstich ni. dah lama x buat..x berkesempatan :)

    ReplyDelete
  4. nak tanya kat mana leh dapatkan tempat benang tu hehehhe...

    ReplyDelete
  5. detailnya..syabas kerana akak berjaya menyiapkannya

    ReplyDelete
  6. wahhhh tak sabar nak tgk hasilnya nanti

    ReplyDelete
  7. cantik roses tuh, meriah kalernya, gigih Yati knit yer...

    ReplyDelete
  8. lamanya tak buat cross stitch. good luck yati :)

    ReplyDelete
  9. yati..kak shima punya tak siap..lagi..huhu, yati buat tersusun je

    ReplyDelete
  10. wahh sukenye tgk.. lame tak tgk org buat cross stitch ni..terbaikk lah:)

    ReplyDelete
  11. wahhhhh geramnya tengok kaler benang tu yati....lovely colors...so english..tak sabar nak tengok hasil!

    ReplyDelete
  12. caiyok Yati!
    :)
    dah lama tak tgk yati wat cs.. :)

    ReplyDelete
  13. kak yati..cantik ar akk jahit nih..nmpk tebal n penuh je..akak pakai sume helaian ea?n mane akk bli benang gulung besar2 ni ea??cantik2 laa kaler die..hihi..selamat berjuang kak! hehe ^__^)v~

    ReplyDelete
  14. cantiknya yatiii...kita punya ada 2set tak siap2..bila la nk tersiap

    ReplyDelete
  15. Mala Entily,
    hehe.. ye ke, buat bunga rose juga ya. Takpe, kita siapkan sikit-sikit. :)

    Kak Aida,
    ooo.. akak ada buat pattern yang sama? Yati pun agak slow juga ni, kak. Pening juga, tengok tone benang hampir sama.

    Has,
    Sibuk ye. Takpe, bila free dan ada minat, boleh buat. :)

    Nanie,
    bobbin benang tu Yati beli di eBay.

    sahromnasrudin,
    belum siap lah, sahrom. :)

    Kak Su,
    hehhe... lambat lagi kot kak, nak siap. Besor ni. :)

    Nizacraft,
    thank you, thank you! Semangat! :D

    Hajar,
    cross stitch ni, Hajar. Bukan knit.

    Eis,
    terima kasih, Eis. :)

    Kak Shima,
    akak pun ada buat pattern ni ya. Yati buat ikut baris, :)

    Totie,
    terima kasih Totie. :)

    Maya Amir,
    Maya pun boleh buat juga! :)

    Kak Fidah,
    betul, betul, Yati pun tak sabar nak tengok bila siap. Cuma skrang pening sikit, tengok benang.

    Kak Ina a.k.a. MulutPayau,
    ha ah, color roses tu cantik, kan. :)

    Zila a.k.a. MamaDaniel,
    Thank you, Zila!
    Hehhe... Yati ada buat cs sebelum ni, cuma tak boleh share, sebab pattern customer, dia nak keep private, tu Yati tak share kat blog. :)

    Hafezah,
    ya, Kak Yati pakai kesemua 6 strands benang DMC tu. Itu benang DMC yang biasa, boleh beli kat kedai yang jual. Cuma akak lilit pada bobbin. Senang nak cari dan simpan ikut nombor. Bobbin tu, Hafezah boleh beli di eBay.
    Terima kasih, Hafezah! ^_^

    Az a.k.a. Jari Lentik,
    thank you, Az! Semangat!!! :D

    MeknaBlog,
    hehhe.. takpe, kita pelan-pelan siapkan yek.

    ReplyDelete
  16. cntik..serius!

    akk...nnti get ready ye,sy dah nak umum result GA itu hari... nnti sy emel akk nama pemenang cross stitch name dan bank in ke akk ;)

    ReplyDelete
  17. Ummi Hanie,
    pattern rose ni memang cantik, Hanie. Tak sabar akak nak siapkan.
    ok, apa-apa Hanie email ya. :)

    ReplyDelete
  18. salam nk tanya blh tak??? nk beli benang cross stitch yg murah kat mane ek??skang nie benang mahal sgt ler...

    ReplyDelete
  19. Tak tau la saya. Saya dok Perak. Kedai di Perak tu, tau la saya. Satu benang RM1.80, harga standard tu. :)

    ReplyDelete
  20. salam. akk2 ade jual bahan o crosstitch yg belum siap x ? or akk2 ada catalog crosstitch? sila email sy or add fb sy. elyka123@yahoo.com. tangan nih gatal nk menyulam. hehehe. pless tolong yerr

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea