Wednesday, February 08, 2012

Progress knit pillow case

Assalamualaikum...!

Hello semua! Pekabo? 
Nak tau tak, saya cirit-birit sejak hari Ahad. Hari pertama tu, lemah-lemah anggota badan. Urat sendi semua lenguh. Hari kedua tu baru saya ke klinik. Beransur baik, tapi pagi ni ada lagi. Tapi masih lagi boleh keluar jalan, main game kat fb, kait, jogging, sepanjang cuti weekend yang panjang tu. Hehe...

Berikut progress knit untuk swap projek group MKC. 


Bahagian depan dah siap, sekarang tengah kait bahagian belakang. Nampak timbul kan, corak cable atau berselirat tu. 

Gambar di atas, masa tengah 'blocking'. Pada kawan-kawan yang tak tahu, blocking ialah proses semasa kait, supaya hasil kait tu mengikut bentuk yang kita nak. Elok buat blocking sebab nanti kita nak cantum dia dengan bahagian lain. Misalnya, bentuk hasil kaitan tu kita nak dia terbentuk square, sebelum ni, hujung-hujungnya melengkung atau bergulung. 

Yati cuma stretch kan hasil kaitan yang dah siap, pin sekeliling dengan jarum peniti, dan spray supaya dia lembab. Kemudian biar kering. 

Yati guna benang Daiso yang medium thick. Masa nak weave-in (sembunyi ekor benang), tak muat pakai jarum cross stitch hujung tumpul yang Yati selalu guna untuk weave-in. Jadi, cari kat kedai, jumpa la jarum yang agak besar. Tuan kedai tu kata, jarum tu untuk ribbon embroidery (RE) punya.


Ha, cuba tengok. Jarum kiri, adalah jarum cross stitch hujung tumpul yang Yati selalu guna. Dan jarum kiri adalah jarum RE. Besor sikit, dan boleh la guna untuk benang tebal atau bulky lepas ni. 

Yati plan nak siapkan pillow case ni minggu ni. Sebab partner swap Yati dah siap dah dia punya. 

Orait.. selamat menjalankan tugas harian dan senyum-senyum selalu! ^_^

12 comments:

  1. yati cantiknya
    kak shima baru nak belajr jahit 2 jarum...

    ReplyDelete
  2. wah...wah....dah nampak dah rupa pillow case nie...

    ReplyDelete
  3. huwaa..xreti wat crochet .. setakat kaitan asas mcm blaja alip ba ta tu buleh la .. :p

    ReplyDelete
  4. emmm no komen tapi saya baca tampalan ini. ahhhaaa poyo sikit

    ReplyDelete
  5. yati..cantiknya..yati buat pillow case baby ke..

    ReplyDelete
  6. cantik sungguh...bila la nak pandai ni kan

    ReplyDelete
  7. hr tu br tya Yati ada buat sarung bantal x? tup tup hr ni Yati bt N3 ni, suke suke..

    InsyaAllah nti raya sy nk tempah kat Yati yer..

    ReplyDelete
  8. respectlah kat yati..cantik. yang ni ayu surrenderlah. takleh buat..:)

    ReplyDelete
  9. cantiknya....kombinasi warna yg ceria.....

    ReplyDelete
  10. Kak Shima,
    terima kasih, kak.
    Mesti kak Shima boleh knit, sebab dah expert crochet, kan. :)

    Ina,
    Dah siap dah. :)

    Ummi Hanie,
    ni bukan crochet ni, Hanie. Ni knit, kait 2 jarum. :)

    Kak Erna,
    tak la kak, untuk orang dewasa. Tapi partner Yati dan Yati sendiri pilih tema warna-warni, tu guna macam-macam color benang. :)

    Kak Suzie,
    terima kasih, kak.
    Kak Suzie juga boleh buat, kalau ada minat nak belajar. :)

    Hajar,
    nanti kalau nak, bagitau awal ye Hajar. Takut bagitau dekat raya, Yati sibuk, siap lepas raya pula. Heheh...

    Kak Su,
    timacih, kak. :)

    sahromnasrudin,
    timacih. Baru cuba buat pattern baru tu. :)

    Ayu,
    hehhe.. takde la susah pun, kalau Ayu berminat, Ayu juga boleh knit. :)

    Kak Ina MP,
    timasih.
    Suka warna-warni, supaya ceriakan bilik. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea