Friday, February 10, 2012

MKC pillow swap

Assalamualaikum...

Yati sudah siapkan sarung bantal kait 2 jarum. Bantal dalamnya juga Yati buat baru. Lama tak guna mesin jahit tu. Cian dia. 


Gambar di atas menunjukkan bahagian depan dan belakang bantal. Yati guna beberapa color benang, sebab Yati dan partner swap, Wie, sepakat pilih tema warna-warni.


Button pun letak macam-macam color.
Bagus juga dapat join program swap camni. Sebab Yati pun belajar buat pattern cable yang tak pernah buat sebelum ni. Juga, dapat praktis knitting. Rasanya, improve la sikit kelajuan Yati mengait dua jarum ni.

Selamat berhujung minggu semua.

Sebelum tu, Yati nak tanya sikit kawan-kawan di sini. Pada yang layak terima bantuan 1 Malaysia tu, adakah korang sudah terima? Kami belum terima la, walau pun check hari tu layak. Hehe... saje tanya, maklum la, tengah bulan ni. ^_^

14 comments:

  1. Cantiknya Yati buat, kemas sangat. Salute! :D
    p/s: Bantuan 1 Malaysia, saya tak tahu cerita. Banyak ketinggalan :D

    Salam Jumaat Yaticim!

    ReplyDelete
  2. saya dah dapat bantuan 1 malaysia..dia bagi surat..then ambik duit..tp hubby saya yang uruskan..

    ReplyDelete
  3. Cantik yati ...hehehe nak dapat duit ye...hehehehe

    ReplyDelete
  4. serius mmg cantik..sy mampu tgk je la ha2..blaja nk bt mcm ni, xpandai2 jgk ..hehe..

    ReplyDelete
  5. amat kemas hasil kaitannya...syabas yati...

    ReplyDelete
  6. put, ko boleh buat sling beg tak. saiz sederhana. emel kt aku eh fid_rafsham@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. cantiknya.....
    paling suka tengok pattern yg timbul2 tu..

    ReplyDelete
  8. ASSALAMUALAIKUM KAK


    syabas..hasilannya sgt kemas dan teratur

    ReplyDelete
  9. cantik2 suka sgt..
    kalau nk beli, bper akak jual?
    (*_*)...v

    ReplyDelete
  10. Ayza,
    Terima kasih, Ayza. ♥
    Bantuan 1 Malaysia tu, bantuan RM500 pada keluarga yang punya pendapatan isi rumah kurang RM3000 sebulan, Ayza. :)

    Kak Su,
    Terima kasih, kak. Baru pertama kali kait sarung bantal ni. :)

    Totie@Tomy,
    baguslah dah dapat bantuan tu. Tak tau kat kawasan saya ni, lambat sangat prosesnya. :)

    Kak Suzie,
    Terima kasih, kak.
    Ye la kak, tengah bulan ni, dah kering dah ni. Huhu...

    Ziraziz,
    terima kasih, cikgu.
    Sape yang boleh asas knitting iaitu knit dan purl, boleh buat pattern cable tu, cikgu. :)

    Kak Nza,
    terima kasih, kak. ♥

    Epid,
    aku dah email. :D

    Ariena,
    timasih.
    tu pattern cable namanya. Cantik kan patternnya, buat sweater pun boleh guna pattern cable tu. :)

    Nurulaisycraft,
    terima kasih. :)

    sahromnasrudin,
    waalaikumsalam warahmatullah.
    terima kasih, sahrom. Boleh la kan, sebab pertama kali cuba kait sarung bantal. :)

    Nadia,
    terima kasih.
    Yang bantal dalam projek ni, dah ada yang punya, Nadia.
    Kalau nak Kak Yati buat yang baru, harga RM50+ sebiji, tengok berapa banyak color Nadia nak. Guna benang import. Kalau benang local, RM40 camtu.

    ReplyDelete
  11. cantik ler sarung tu mmg pro punya :) bantuan 1 malaysia tu sy dh terima tu hari... hehehe lepas bil api air telefon, astro :)

    ReplyDelete
  12. Az,
    timasih. :)
    Betul tu kan, banyak 500 tu.
    Yati pun baru dapat aritu, Az. Pun guna bayar bil dan sewa rumah juga.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea