Friday, February 17, 2012

Macamana mulakan cross stitch dengan loop knot

Assalamualaikum...
Pekabo semua? :-)

Ada yang bertanya, saya nak terangkan dalam bentuk karangan, tak tau la boleh faham ke tak. Jadi, saya tunjuk langkah demi langkah ya.

Masa zaman remaja dulu, mama Yati ajar mulakan cross stitch dengan buat simpulan. Macam nak jahit biasa tu, kita buat simpul di akhir benang, kan. 

Bila meningkat ke remaja purba, melalui pembacaan, baru lah Yati tahu, tak digalakkan kita mulakan cross stitch dengan menyimpul benang kita, sebab nanti cross stitch kita akan ada 'bump' sana-sini, atau tak rata. Lagi-lagi kalau kita nak frame cross stitch kita nanti.

Hari ni, Yati nak tunjukkan salah satu cara nak mulakan cross stitch, dengan gunakan loop knot. Cara biasa, kita boleh saja tinggalkan ekor benang yang panjang dan jahit cross stitch seperti biasa. Sebab jahitan kita tak terkeluar, melainkan kita cungkil dia keluar atau tetas dia, baru dia cabut, kan.

Tapi kalau tak suka cara tu, takut tak secure atau kedekut benang macam saya, boleh juga gunakan loop knot. Mari kita mulakan...

Sebelum tu, cara ni sesuai untuk yang guna 2, 4 atau 6 strands benang sahaja ya, sila ambil perhatian.

1) Potong benang 2 kali ganda panjang dari panjang yang kita nak guna. Sebab kita akan temukan kedua hujung benang, seperti gambar di atas. Kalau potong pendek, kontot la jawapnya.

2) Masukkan benang dalam lubang jarum seperti biasa. Dalam contoh di atas, saya guna 6 strands, jadi saya bahagi 3-3.

3) Lebih kurang macam gambar di atas rupanya bila dah masuk jarum. Kita ada hujung yang bulat camtu, bentuk loop.

4) Boleh mulakan dengan masukkan jarum dari arah bawah, seperti biasa, tapi....

5) Jangan tarik sampai habis benang tu. Buat half cross stitch dulu, macam biasa, tapi kat bawah...

6)... selak belakang kain, pastikan jarum kita masuk melalui loop kat bawah ya.

7) Bila benang tu melalui loop, rupanya seperti gambar di atas. Boleh la tarik benang, bagi kemas. Jadi sudah, jahitan kita secure kat belakang.

8) Boleh la jahit cross stitch seperti biasa. Dalam gambar di atas, pattern tu nak half stitch. Bila kita dah banyak jahit, kita tengok kat belakang, nampak lebih kemas tak de la serabut macam selalu. Kalau kita buat ekor panjang tu, kadang waktu jahit, ekor tu pun saje je ikut naik ke atas kan.

Ok, begitulah caranya nak mulakan cross stitch dengan loop knot. Ada faham ka adik manis? :-D

Opps, ni progress cross stitch Yati buat sekarang, bouquet of roses.

Suka jahit bunga ni. 

Camana pun, terpulang pada keselesaan masing-masing la ya, nak mulakan cross stitch macamana. Harap bermanfaat pada yang baru nak belajar cross stitch.
Happy stitching! ^_^

17 comments:

  1. wah........suke...suke....saya pun baru belajar teknik nie...dpt dr otai kat Stitchers aritu... ;)

    ReplyDelete
  2. siapa yg minat semua nie jadik mudah kan, kak....

    ReplyDelete
  3. err...kene wat praktikal dulu nih...baru paham..heheh...

    thanks kak yati..

    ReplyDelete
  4. kurang faham sbb x try lagi...selalu simpul je heheehehe....

    ReplyDelete
  5. akak dah lama tak buat cs ni..belum kawin dulu mmng rajin buat....

    ReplyDelete
  6. best best best! hari tu belajar ikut buku x berapa jadik..hehehe..selalu tinggal benang dlm 1.5inch pastu jahit cam biasa...hehehe..nih leh try nih..thanks kak yati for da info!

    ReplyDelete
  7. mak saya suka buat...tp saya belum try lagi..tengok kat blog ni berminat tiba2...

    ReplyDelete
  8. mcm best je bt cross stitch ni... tp sy x pernah cuba pn. sbb takut nnt bt separuh jln je

    ReplyDelete
  9. great!!! pas ni tunjuk waste knot pulak... yati pandai buat tutorial la... hehe

    ReplyDelete
  10. suzie pun suka buat crosstich, tp dah kerja cam xde masa lak nk buat da

    ReplyDelete
  11. hi yati, thanx for tutorial...great tip!

    ReplyDelete
  12. Ina,
    oh, i see.. bagus ya, otai kat Stitchers tu, share ilmu menjahit ni.

    Sahromnasrudin,
    Harap-harap begitu lah sahrom. :)

    Ariena,
    sila, sila cuba. Senang je. :)

    Nanie,
    Ikut kita lah, nak buat simpul pun tak salah. :)

    Kak Ina MP,
    wah.. ye ke... baru tahu ni. Kalau ada koleksi cross stitch lagi, share la kat blog, kak. :)

    Iza Qs Stitch,
    sama-sama.
    Itu la, kak Yati pun camtu juga, tinggal ekor benang panjang kat belakang. Tapi skrang dah banyak guna loop knot. :)

    Totie,
    kalau ada minat, boleh cuba. :)

    Aiza,
    kena ada azam yang kuat buat cross stitch ni, nak tengok sampai siap. :)

    Kak Nisa,
    hehhe.. waste knot nanti ya, kot ada projek guna tu, Insya-Allah Yati akan buat juga. :)

    Suziesanji,
    kalau kerja, memang sibuk kan. Kena cari masa buat hujung minggu la kot. :)

    Jeyanthi,
    You're welcome, thank's for dropping by! ^_^

    ReplyDelete
  13. kak yati,dah berjaya buat ...

    err..lepas nih bleh laa tolong ajar buat french knot pulak.. (~_*)

    ReplyDelete
  14. Ariena,
    yeh, bagus.
    Hehe.. Insya-Allah, nanti bila free akak akan buat. :)

    ReplyDelete
  15. Salam Puan Yati,
    saya suka baca blog puan.menarik. kini, barulah saya tahu ada loop knot, waste knot, french knot. saya nak tanya, macamana cara nak matikan benang crosstitch bila kita habis setiap satu pusingan jahitan; maksud saya mematikan jahitan sebelum tukar benang.
    Harap puan dapat membantu.
    Salam persahabatan.
    Shidah

    ReplyDelete
  16. sy bercross-stitch dulu mmg guna cara loop ni... klu tgk dari belakang... xde langsung benang melintang... semua menegak. mak sy ajar terbaek punya... kalau ada benang belakang cross sana sini, tgn kena ketuk :)

    ReplyDelete
  17. Shidah,
    untuk matikan benang tu, boleh susupkan jarum kita melalui beberapa jahitan cross stitch di bahagian belakang, dalam 5-6 stitches dah kira ok. Pastu, boleh lah gunting benang tu. :)
    Terima kasih singgah blog Yati ya!

    Az a.k.a. Jari Lentik,
    hehhe... orang lama kalau mengajor memang tegas, yek. Mak Yati dulu pun camtu, dia kata, cross stitch tu cuma di depan, di belakang, takde yang cross.
    Az sekarang tak buat cross stitch lagi ke? :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea