Monday, February 20, 2012

Fishing...

Assalamualaikum...
Dah lama kami tak pergi mancing. Jadi hari Sabtu dan Ahad, kami pi la. 2 hari tu, tapi pergi sat ja, lepas asar pi, sebelum maghrib dah balik. 

Meh kita tengok gambor.


Ikan besar sekali kat kiri gambor tu, nak tau tak sape yang tangkap? Sulaiman! Ya, budak kecik tu tangkap ikan paling besor. Masa dia dapat ikan tu, takde tunjuk reaksi langsung. Dia lebih suka bagi ikan makan, dia tunggu lama-lama sampai ikan makan habis umpan dia. Tengok sekali, dia tarik cepat pula, dapat ikan besor tu!


Juara hari Sabtu tangkap ikan paling besor Sulaiman. Juara tangkap ikan paling banyak pula, Hafizan. Asal letak, kena. Sampai bapaknya tak sempat nak mancing la. Kerja dok pasang umpan dan ambik ikan je dari mata kail tu. Memang meriah. Tu pun dah buang beberapa ekor yang kecik-kecik. Bila Sulaiman tahu ada ikan kena campak balik dalam kolam, melalak dia. Hehe..


Batang pancing budak-budak ni dibuat dari batang kayu, pasang tali pancing, mata kail dan batu (pemberat).


Pancing kat tepi je, asal letak je, dapat!
Tu gambor mancing hari sabtu, meh kita tengok yang hari Ahad punya plak.


Ni baru Amirul ikut. Hari Sabtu tu, dia tak nak ikut. Budak berdua ni, bagi mancing sat je, sebab umpan cengkerik pun dah tinggal sikit. Bagi can Amirul pulak.


Dapat pun Amirul ikan. Dengan kayu sekali dia bawak naik.
Hasil tangkapan hari Ahad, semua dicampak semula dalam kolam. Sebab ikan dalam fridge pun banyak lagi, penat nak menyiang ikan tak habis lagi. Mancing seronok-seronok je.
Sambil tengok kerbau dari jauh. 


Hari ni hari isnin.
Ceria-ceria selalu! ^_^

10 comments:

  1. si comel akak tue dpt ikan pun comel mcm dia kans

    ReplyDelete
  2. wah sronoknya aktiviti memancing bersama keluarga

    ReplyDelete
  3. aktiviti yang tak keluarkan duit ...bestkan ...husband akak tak pandai la benda macam ni ...akak ok ...hehhe

    ReplyDelete
  4. yati
    comeinya sulaiman dapat ikan besor..he he..cute sangat

    ReplyDelete
  5. sabar anak2 yati ni memancing..seronok tengok reaksi mereka..

    ReplyDelete
  6. wahh bagusnye.. nmpk best laa mancing ni, nk try laa one day:) eh lame tak nmpk kerbau..

    ReplyDelete
  7. Sahromnasrudin,
    ha ah, Sahrom, ikan berisi, cam dia juga. :)

    Kak Su,
    Boleh le kak, ambik angin petang, tepi bekas lombong. Hehhe...

    Kak Suzie,
    kuor duit singgit kak Suzie, beli umpan cengkerik. :)

    Kak Shima,
    Budak-budak tu comot sebenornya, kak.

    Totie@Tomy,
    dia orang kalau boleh bukan takat mancing, nak masuk sekali dalam air. Tapi tak leh ler kan, bahaya, bekas lombong ni.

    Kak Ina MP,
    tempat tu yang banyak ikan, kak. Situ memang meriah, kalau akak pun mancing situ, mesti dapat. :)

    Maya Amir,
    Cuba la sekali, nanti mesti nak mancing lagi. :)

    ReplyDelete
  8. kat mana ni yati siap ada pemandangan kerbau lagi... mcm pernah kulihat tmpt ni :)

    ReplyDelete
  9. Az,
    ni kat jalan Tanjung Tualang tu. Tempat lori korek pasir. Dia dekat juga dengan simpang nak ke Tanjung Tualang - Malim Nawar.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea