Thursday, January 26, 2012

Tak abis-abis lagi sibuk

Assalamualaikum...

Ha ah. Sibuk lagi, nak buat camana... hehe...
Hafizan sekolah dari hari Rabu, cuma Amirul cuti seminggu, tapi kena ganti juga cuti tu nanti. 

Kawan-kawan yang saya hormati sekalian,
pernah tak korang beli barang kat hypermarket, dekat rak tulis harga lain, tapi bila scan nak bayor, harga dia lain? 
Kalau kat 'Gergasi' tu dulu selalu kena. Sekarang kat 'Teko' pun dah kena. Dah 2 kali dah kami beli beras, dia cakap kat harga lekat di dinding tu, harga lain, bila bayor, ternyata harga yang keluar lebih mahal.

Camana pula dengan harga yang dalam katalog, dia kata ada promosi sempena hari perayaan, tapi bila kita pi beli, tak dak pun diskaun? 

Contohnya, macam bekas letak benang Yati kat atas, dalam risalah dia kata, ada diskaun, harga cuma RM14.90. Tapi tengok-tengok harga sebenor RM19.90. Hmmm... baik tak yah cakap, kan. Kalau ada barang-barang camni kat kedai runcit, takde lah kita nak pi hypermarket. Sebab kat kedai runcit, lagi murah harga kebanyakan barang.

Tapi kan, ada juga yang kat 'Teko' tu barang jauh lebih murah dari kat pasar malam. Sampai peniaga kat pasar malam sendiri cakap kat saya. Ha, apa? Cuba teka?

Ayam la! Ayam kat 'Teko' tu 3 ringgit je, orang kata. Banding ayam kat pasar malam, 12 ringgit sekor. Saya tak tau, sebab tak pernah beli ayam kat 'Teko' tu. Sampai orang kat pasar malam tu cakap, dia rugi bila pasar malam kat Ipoh, sebab ramai dok beli kat 'Teko' je, tak beli ayam kat pasar malam dah, sampai ayam dia tak laku, rugi je bawak banyak. Hehe...

Tak tau la tu. 
Ok la ya, lain kali saya sambung lagi.

Dah singgah tak kat kedai saya? Dah color pink, tau. Cukup-cukup la 3 tahun color biru. ^_^
Letih ler juga tengok skrip html, nak bagi lebor page dan masukkan table ni. 

www.yatiandstitch.com
Take care semua!

16 comments:

  1. memang skit hati kalau mira kena cm tu..tapi sktakt nie xde la pulak :D

    ReplyDelete
  2. Pengalaman kat us ni lain sikit yati. Perna sy beli deep fryer masa tu kebetulan kotak tu je yg ada stiker sale kurang dlm $10. Tp masa bayar yg keluar hg tak sale. Bila sy tunjuk stiker sale tu dia kata sale tu dah lps. Tp tanpa sbrg soal cashier tu terus tolak hg asal ikut hg sale tu (walaupun tarikh sale tu dah lepas). Rasanya kat sini pelanggan mmg sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  3. kalau kat gergasi dah selalu kena, tp diorg mmg akan ikut jer harga display, tp kena bgtau cashierlah.
    akak dah lama tak beli ayam kat supermarket nii, selalu beli ayam azzain jer... kalau takde ayam azzain, beli ikan je lah. Ntahlah.. rasa lebih yakin sebab ayam organik, n kalau ayam daging diorg takde antibiotik.

    ReplyDelete
  4. hmmm...tak berani nk beli ayam kt pasaraya, tk confident.kt sini harga ok, takde masalah tak 'tele'. agaknya pengurusan pasaraya tu yg tak proper kot.

    ReplyDelete
  5. tak penah kena tp penah dgr citer... tu yg setiap kali berbelanja di 'teko' mesti cek resit harga serta bilangan itemnya

    ReplyDelete
  6. pernah kena kat giant dulu..nk beli mini airwick. harga display lain..sampai kat casher harga lain. Jenuh gak bertekak.. last2 sy cancel terus. tak nk beli. Pastu ada 1 pakcik yg queue blkg sy tu angkat tgn tunjuk tanda bagus sambil ckp " bagus2..tak yah amik. kasi ajar skit diorg ni". the following week sy pergi supermarket lain. tgk harga 1/2 dr harga kat giant tu..

    ReplyDelete
  7. yg pasti, brg2 skrg mmg mahal...stkt duit 50 tu sekelip mata je licin kn k.yati..

    ReplyDelete
  8. biasala hypermarket2 ni.....dia pusing2 ..dia gak untung.

    cantek kaler pink...i likeeeeeeeeee hehehhe

    ReplyDelete
  9. sy pun beli barang kat teko jugak kan tp sakit hati gak dgt cashier dia..bukan nak tolong letak barang dlm plastik..dia suh kita wat sendiri huhuhuhhh

    ReplyDelete
  10. Kak Ina tak pernah beli ayam kat teko tu walaupun murah...selalu beli ikan jer kat situ...

    ReplyDelete
  11. Selam Yaticim,

    Lamanya tak singgah sini, semoga Yati sekeluar sihat InshaAllah. Mmg tak suka kan kalau kena mcm tu, tapi kita sebagai pengguna kena tegas. Kalau waktu di cashier mereka charge tak ikut harga yg sebenar, Yati cancel je barang tu. Kalau dah charge, suruh dia deduct balik, sbb dulu saya pernah kena di Jusco Melaka, harga rak lain, harga kat cashier lain. Bila saya suruh deduct balik barang2 tu, staf tu gi check balik harga, tanya supervisor etc, last2 dia kasi juga harga sale tadi sbb tu kecuaian staff yg tak alih harga. :D

    ReplyDelete
  12. ayam kat teco tu memang lah murah sikit drpd pasar, tapi idok ler 3 ringgit... akak pun penah beli sekali je, sbb saiz dia besar benar, mcm takut nak makan... hahaha...

    ReplyDelete
  13. Mira Maisara,
    tu la, rasa tak nak pergi dah beli kat situ. :)

    Aida,
    Sana lain, Aida. Bukan macam kat Malaysia ni, lagi mau gaduh dengan pelanggan ada lah.

    Kak Mila,
    tu la dengor citer dulu kat gergasi orang selalu kena.
    Bagus la tu kak. Kat sini takde ayam organik.

    Epid,
    agaknya la kot, Epid. Orang sini malas update harga lama dengan harga baru, kot.

    Puan Zai,
    bagus la camtu, check dulu sebelum tinggalkan cashier. :)

    Adik Nor,
    good for you! Yati pun dah lama tak pi gergasi, tipu je dia orang ni.

    Ziraziz,
    lama tak nampak cikgu. :)
    Betul tu, RM50 tu, dapat ciput je barang dapur.

    Kak Fidah,
    hehhe... ingat nak tukar merah mula-mula, tapi nanti customer sakit mata pula tengok lama-lama. Last, amik pink la. :D

    sahromnasrudin,
    hehhe... tu biasa tu, kena letak dalam plastik sendiri. :D

    Kak Ina,
    ye ke kak. Yati pula tak pernah beli barang basah kat hypermarket. Beli kat pasar malam je.

    Ayza,
    Yati Alhamdulillah, sihat. Harap Ayza dan keluarga juga sihat.
    Bagus Ayza. Lain kali Yati juga akan buat camtu. Selalu Yati biar je, atau lepas tu tak pergi dah, sebab malas bertekak. Anak pula tak boleh tunggu lama.

    Melor,
    baca la Melor.

    Kak Nisa,
    hehhe... ye ke kak. Orait la tu, boleh buat stok seminggu. :D

    ReplyDelete
  14. mmg byk trjadi kes mcm nie yati..ada kwn akak buat report kt pengurus pasaraya ttp alhamdulillah mrk layan n siasat....

    ReplyDelete
  15. Kak Nza,
    ye la kak. Yati pun memang nak fight juga tapi anak-anak ni tak boleh tunggu lama lepas beli barang. Tapi lepas tu, Yati boikot la hypermarket tu, tak pergi dah.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea